Showing posts with label SITI NUR DHUHA. Show all posts
Showing posts with label SITI NUR DHUHA. Show all posts

ISTERIKU 120KG - SITI NUR DHUHA

ISTERIKU 120KG - SITI NUR DHUHA
HARGA: RM28.00
BUKU : BARU

INI wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta. 

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. 

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

“Awak fikir saya mintak dengan TUHAN ke lahir sebagai perempuan gemuk yang tak cantik? Tak! Saya tak mintak, tapi nilah takdir saya. Nilah takdir saya!” – Nelydia

“Harta nenek tu, memang takkan jadi milik Aiman selagi Aiman tak bagi cicit kepada nenek. Nenek nak cicit daripada Neli. Bukan daripada perempuan lain. Ingat tu.” – Shahaikal

“Tak, abang tak bohong. Neli tak hodoh. Cuma Neli gemuk sikit aje daripada anak gajah, yang ni abang jujur. Neli jangan sedih ya.” – Aiman Zafril