Showing posts with label SAIDEE NOR AZAM. Show all posts
Showing posts with label SAIDEE NOR AZAM. Show all posts

TOPENG BERDARAH - SAIDEE NOR AZAM


TOPENG BERDARAH - SAIDEE NOR AZAM

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Semangat topeng... semangat syaitan... Hazwadi seorang pelukis psikik yang membantu pihak polis, sering melihat bayangan ngeri pembunuhan yang dilakukan oleh Si Topeng Berdarah melalui mimpinya. Kematian demi kematian seolah-olah benar-benar terjadi di hadapan matanya. Anehnya Hazwadi bukan seorang yang pandai berlawan, apatah lagi membunuh makhluk bernyawa. Apakah kaitan Hazwadi dengan Topeng Berdarah? Siapakah Topeng Berdarah itu sebenarnya? “Aku akan bunuh semua manusia pendosa! Semua manusia curang! Jika tidak jangan panggil aku Algojo!” ~ ALGOJO “Aku takut selepas ni aku pulak yang akan disembelih dan jantung aku dihancur-hancurkannya. Entah-entah segala organ dalam tubuh aku dikeluarkan hidup-hidup! Aku tak mahu mati!” ~ HAZWADI “Wadi, sebenarnya ada berita terbaru. Algojo sudah berjaya membunuh satu-satunya saksi yang terselamat ketika serangannya dahulu.” ~ INSPEKTOR REMY

MARGASATWA II - SAIDEE NOR AZAM

MARGASATWA II - SAIDEE NOR AZAM
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU


Kehidupan tenang Margas di Hutan Tasik Kenyir diganggu oleh pemburu-pemburu haram sehingga ia dibawa ke Kuala Lumpur. Malah, nyawanya juga terancam oleh kemunculan sesuatu yang tidak diduga. Sesuatu yang juga memiliki sifat serta tenaga sepertinya, ganas dan menggerunkan.
Adi Putra didatangi satu makhluk yang bersifat hitam, mengganggu dia dan anak tunggalnya, Saif. Makhluk itu pernah bersumpah untuk terus hidup selama-lamanya. Kehadirannya juga kerana berdendam dan ingin menghancurkan keturunan Tamrin itu sendiri.
Makhluk apakah yang bersifat haiwan serta perkasa seperti Margas di tengah-tengah kota raya? Apakah Tamar akan terus hidup sengsara dalam sumpahan Margasatwa, atau hanya kematian sahaja yang akan menamatkan kesengsaraannya? Mampukah Adi Putra bertahan dengan ancaman makhluk bersifat hitam itu atau dia bakal terjerumus ke lingkaran maut?

MARGASATWA - SAIDEE NOR AZAM

MARGASATWA - SAIDEE NOR AZAM
HARGA : RM27.90
BUKU : BARU


Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?
Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya. Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!
“ Andai selagi masih ada cinta di antara kita, alangkah indahnya hidupku...” – Adi Putra
“ Lelaki itu, amat sukar diselami hatinya. Dan apabila kita berjaya menyelami jauh ke dasar, sudah pasti kita akan larut ke dalam dan tidak mahu melihat permukaannya lagi. Ternyata riak luaran tidak sama dengan arus di lubuk hatinya ”– Shazzuana
“ Kau mungkin boleh memiliki jasadku, tetapi hatiku, batinku tetap milik cintaku, Tamar. ” - Melur