Search This Blog

SEPERTI MENCINTAIMU...AIN - NOOR SURAYA

SEPERTI MENCINTAIMU...AIN - NOOR SURAYA


Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati! – Adam.

Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Dia bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus-menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan.Namun akhirnya dia terpaksa mengakui, kehadiran Ain telah mengubah perseptifnya tentang perempuan.

Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak mahu memilih Haris yang lebih matang dan lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharap kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.

Pohon sena cabangnya empat,
Mari ditebang waktu pagi;
Kalau kena dengan makrifat,
Burung terbang menyerah diri.

Lalu yang membuat Ain tetap menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak ke mana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja?

Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya: pernah disuruh melupakan si dia... ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. – Ain