Search This Blog

LELAKI PILIHAN HATI - CIK FARA HANIEY

LELAKI PILIHAN HATI - CIK FARA HANIEY
HARGA NOVEL : RM30.00

POSTAGE : RM8 (SEM)

JUALAN ONLINE SAHAJA

TIADA DI KEDAI BUKU

WHATSAPP 0177342366

RANDOM TEASER

Pulang saja ke rumah, aku terus mencari Zarul. Mahu Zarul memberi jawapan pada semua persoalan yang bersarang dalam fikiranku.“Siapa Maria dalam hidup you, Zarul?”Zarul yang ketika itu sedang menonton TV tersentak. Pantas kepalanya menoleh ke arahku. Kerutan di dahinya menyatakan dia sedang keliru dengan terjahanku tadi.“Love, are you okay?” Alat kawalan jauh TV Zarul capai dan TV serta-merta dimatikan.Bangkit dari duduk, Zarul marakan langkah mendekatiku. Saat kakinya makin luas merapat, tanpa sedar aku mengundur diri ke belakang. Takut. Takut andai kenyataan yang tidak mahu aku dengar akan terlahir dari bibirnya.
Saat itu, bersediakah aku menerima?Melihatkan jarak kami semakin dekat, aku segera menegahnya daripada melangkah.“Kenapa ni, Lia?” Wajah kacak Zarul nampak kebingungan menghadap tingkah lakuku yang tiba-tiba berubah dingin.Detik ini aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Nak mempercayai Zarul, tapi kata-kata Maria sudah meracuni separuh daripada daerah fikiranku. Meletakkan aku di sempadan yang tak mampu aku putuskan. Sudahnya, aku duduk mencangkung dan menekup muka. Tangisanku mula berlagu sendu.Tidak lama kemudian, terasa tubuhku dirangkul, menyebabkan separuh wajahku melekat di dada bidang Zarul.“Apa yang dah berlaku ni, Lia? Kenapa you menangis?” Zarul turut terkesan dengan emosiku. Nadanya berbaur runsing.Tangisanku telah menyekat suara daripada terkeluar. Aku hanya kaku di dalam pelukan Zarul.
Terasa kekuatan yang aku kumpul seketika tadi lesap apabila berada di dalam pelukannya.“Hei, pandang sini. Kenapa ni?” Zarul bertindak mendongakkan kepalaku saat bibirku tidak menghasilkan sebarang bunyi.Menatap ke sepasang mata redupnya, hati di dalam makin basah. Walau apa pun terjadi, aku perlukan
jawapan.
“Siapa Maria pada you? Tolonglah jujur dengan I, Zarul.”Aku berharap Zarul menafikan segala perkara buruk yang berselirat dalam otakku. Namun, untuk mendengar kebenarannya, mampukah aku lalui? Terasa jalan yang dihamparkan di hadapanku dulu penuh dengan keindahan berubah sekelip mata. Yang ada jalan penuh duri dan gelap-gelita.“Lia, kenapa tiba-tiba you tanya pasal Maria ni? Maria ada jumpa you ke?” Nada Zarul bertukar terkejut. Mungkin dia terkejut tiba-tiba aku menyebut nama Maria. Dari pengamatanku, Zarul kelihatan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Pagi tadi kami masih elok, dan apabila pulang, tingkahku terus berubah. Tidak perlu tanya pada sesiapa, ia jelas dan nyata.“Jawab soalan I, Zarul Hamidi!” Kali ini amarahku sudah tidak mampu dikawal. 

Hati ini sudah retak mendengar kata-kata Maria petang tadi. Dan aku sangat berharap bukan Zarul penyebab hati ini berkecai. Tetapi setelah menghadapi kebisuan Zarul, aku yakin cerita antara mereka berdua terlalu rumit untuk diungkapkan.Zarul mengeluh sebelum meleraikan pelukan. Air mukanya kelihatan tidak bermaya.“Apa yang pernah terjadi antara you dengan Maria? Apa maksud Maria bila dia cakap yang you lari daripada tanggungjawab? Tanggungjawab apa yang Maria maksudkan Zarul?” Bertalu-talu aku menebak
Zarul dengan soalan. Perasaanku kini sedang ditawan oleh rasa marah, membuatkan aku bertindak di luar kawalan.“Apa yang Maria beritahu you?” Kelihatan Zarul sedikit marah apabila aku mendesaknya.“You cintakan Maria, kan?” Sengaja aku memancing Zarul untuk membuka mulut.
Genangan air mataku terasa memberat di birai mata.Ternyata air muka Zarul berubah terpanar. Melihat perubahannya, aku yakin antara mereka pernah terikat dengan cinta. Selain itu, dia tidak menafikan kata-kataku. Seolah-olah apa yang aku soalkan tadi satu kebenaran yang tak mampu dia sembunyikan lagi. Remuk-redam hatiku. Kerana tak sanggup berhadapan dengan kebisuan Zarul, punggung aku angkat sebelum menapak anak tangga satu per satu menuju ke kamar yang aku pernah huni sebelum ini. Bukan lagi bilik Zarul.

Saat aku merebahkan tubuh di atas tilam, saat itu juga air mata pecah berderai. Ada sesuatu yang Zarul sembunyikan dari pengetahuanku. Ini bukan kisah cinta semata-mata. Kisah itu pasti terlalu sulit untuk diungkap dengan kata-kata. Aku yakin!Daripada terlentang, aku duduk mengiring. Memeluk tubuh sendiri agar kesakitan ini segera hilang. Apakah cinta yang aku hulurkan sekadar untuk dipermainkan?Lama berbaring dalam posisi begitu, tak semena-mena ada tangan memeluk erat tubuhku dari belakang. Bau maskulin tubuh Zarul menyapa hidung.“I'm sorry... I'm sorry, love.”Bukan perkataan maaf yang aku ingin dengar. Tidak fahamkah Zarul yang aku sudah penat bermain tarik tali dengan semua persoalan dalam benakku? Yang aku mahukan, kebenaran. Tapi lelaki bernama Zarul Hamidi ini tidak pernah memahami apa yang aku mahukan. Dia hanya tahu diam, diam, dan terus diam.“Salah ke kalau you jujur dengan I?” Dalam tangisan aku masih meminta Zarul berterus terang. Suaraku sedikit serak membuatkan tubuh sasa Zarul kian merapat.“Sometimes, hiding the truth is better than exposing it.” Perlahan dan seakan berbisik suara Zarul.

Aku memejamkan mata. Membiarkan air jernih itu melewati pipi. Umpama membiarkan air mataku membersihkan kesakitan yang Zarul lakarkan.“Kalau macam tu, kita perlukan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. I tak boleh terima lelaki yang tak bersikap jujur dalam hubungan.” Tangan Zarul yang melilit pinggang, cuba kurungkai. Tapi malangnya, kekuatan aku tak mampu menandingi kekemasan pelukannya.“You minta perpisahan ke Lia?”“Yes! I perlukan ruang dan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. Bila you berkeras nak sembunyikan hal sebenar, bermakna you dah cukup
kuat untuk lepaskan I pergi.” Aku meronta-ronta untuk merungkaikan pelukan Zarul yang masih utuh memaut pinggangku.Kedengaran nafas berat Zarul terhela di tepi telingaku. Berkemungkinan dia lelah asyik didesak.“Perpisahan bukan jalan terbaik, Lia.
Ya, memang perceraian itu dibenarkan. Tapi perlu kena dengan situasi. You dan I, tak curang. Jadi apa alasan you nak minta perpisahan dengan I?” Dia menyelar membuatkan pergerakanku kaku.Memang aku akui apa yang Zarul bahaskan. Cuma, aku tak boleh hidup dengan lelaki yang hanya berlindung di sebalik topeng. Berpura-pura menyayangiku tapi kebenarannya, hati Zarul terlebih dahulu ditakluki.“Sebab you tak jujur dengan I!!!” Setelah mengumpul tenaga, aku membidasnya tanpa ragu. Sekali rentap, tubuhku terlepas dari rangkulannya. Segera aku susun langkah keluar dari bilik. Terasa bahang suasana bilik menyebabkan aku tidak betah untuk bertahan lagi. Tambahan pula dengan perbalahan kami, makin buat aku tak boleh berfikir dengan normal.“Setelah apa yang kita lalui semalam, you still nak berpisah ke Lia?” Soalannya berjaya memasung kakiku. Setitik air mata yang kering seketika tadi kembali merembes.Entah bila masa Zarul mendekati, sedar-sedar saja tubuhku ditarik menghadapnya dan dia menarikku ke dalam dakapannya.“Baru sekali Maria racun fikiran you, you dah termakan umpan dia.” Zarul bersuara lirih. Aku tahu dia turut terkesan, namun dia sehabis mungkin menayangkan ketenangannya.Berada di dalam pelukan Zarul membuatkan tingkahku lumpuh. Otak gagal memberi isyarat kerana rasa cinta terhadap Zarul melebihi segalanya.“Ya, I memang kenal Maria. Kalau you nak tahu Lia, I tak pernah cintakan Maria. Hati ni tak pernah pilih dia walaupun I ada sebab untuk pilih dia.” Zarul mengemaskan pelukan malah bahuku dikucup berkali-kali.“Cuma, bila hati melebihi akal, I tersilap pilih langkah. Dan sekarang, I tak nak kerana kesilapan yang I lakukan akan melukakan you, Lia.” Aku dapat rasakan jiwanya tercedera. Tapi apa kaitan dengan Maria? Apakah penyebab dia tidak mahu mengungkapkan kebenaran? Benarlah apa yang aku nampak di sekeliling, kadangkala manusia mudah terjebak dengan hasutan hati. Mengambil langkah tanpa memikirkan keburukan yang dihadapi. Mungkinkah juga dia tergolong dalam manusia sebegitu?Mendiamkan diri di dalam dakapan Zarul, membuatkan hati yang merusuh tadi kembali tenang. Perasaan ketat yang mencengkam diri tiba-tiba terungkai.“Bagi I, you adalah segala-galanya, love. 

I tak sanggup nak hamparkan kebenaran andai ia akan melukakan hati you.” Zarul menarik kepalaku berada di bawah dagunya, membiarkan aku mendengar setiap nafasnya beralun.Bersabarlah. Aku cuba bersangka baik. Kerana detik ini, walau beribu kali pun aku mendesak, keadaan tetap sama. Dia tetap menyembunyikan kebenaran yang terselindung. Mungkin ada sebab Allah sembunyikan perkara itu dari pengetahuanku. Allah mahu aku hidup tenang di samping Zarul.


MAHAR CINTA KITA - WAWA AKIL

PRE ORDER

HANYA MELALUI ONLINE

TIADA DI KEDAI2 BUKU

Harga Termasuk Penghantaran 
RM30 SEM
Rm36 S/S

WHATSAPP 0177342366

MAHAR CINTA KITA - WAWA AKIL

(MINI NOVEL)

Dulunya dalam Kompilasi Nuansa Cinta. 
Kali ini Penulis olah balik, tambah muka surat 

Print 200 naskah saja. 

Pengeposan Di jangka Minggu KEdua Bulan Mei

KOATA SGT TERHAD


DIA YANG MENCINTAI AKU - WAWA AKIL

PRE ORDER

HANYA MELALUI ONLINE

TIADA DI KEDAI2 BUKU


HARGA  TERMASUK POS
RM41.00 SEM
RM47.00 SS

WHATSAPP 0177342366


SUKACITANYA PRE ODER DIA YANG MENCINTAI AKU SUDAH DIBUKA SECARA RASMINYA. 

JANGKAAN PRE ODER ORDER DITUTUP 5 MEI 2018 TETAPI MUNGKIN AKAN DIAWALKAN SEKIRANYA  QUOTA SUDAH MENCUKUPI.

SEPERTI BIASA BUKU WAWA AKIL TIADA DI KEDAI2 BUKU HANYA MENERUSI ONLINE.  

CETAKAN TERHAD


BLURB

Lelaki itu pernah dicintai dalam diam. Inilah lelaki yang bakal menjadi imamnya suatu hari nanti. Dia yakin lelaki itulah yang akan menemani hari-hari tuanya. Namun, belum sempat bunga-bunga cintanya mekar mewangi, dia diminta melepaskan lelaki itu.

Walaupun terluka dengan permintaan itu, Hidni terpaksa akur. Perasaan yang baru bercambah itu harus diketepikan. Lelaki bernama Aqid Rayyan perlu dilepaskan daripada hatinya. Lelaki itu bukan miliknya. Ada insan lain sudah bertakhta di hati lelaki itu.
Tiga tahun Aqid  meneka dalam kesamaran. Mencari di mana silap dirinya sehingga gadis itu menghilangkan diri. Separuh dirinya hilang. Kehilangan gadis itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat.

“Kau jangan nak seksa diri sendiri  Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu. Tak berbaloi langsung.”- KAMARUL

Namun...
Percaturan Allah memang hebat. Saat Aqid   mulai reda dengan kehilangan gadis itu, Allah menemukan mereka semula. Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan jiwa lelakinya kembali resah. Ternyata rasa cinta itu masih ada. Namun, ego seorang Aqid Rayyan memang tinggi.  

 “Tiga tahun saya menanti dan mengharapkan awak muncul semula. Sehingga satu ketika saya sudah berhenti untuk mengharap. Lelaki ini hilang semangat untuk hidup hanya kerana seorang wanita.”- AQID ZAYYAD

“Saya tahu saya silap kerana menghilangkan diri. Saya tak kisah awak nak salahkan saya tetapi jangan sesekali awak menyalahkan pertemuan kita. Sudah lama saya nantikan saat ini. Saat kita dipertemukan semula” - DURATTUL HIDNI

  Bagi Aqid, kisah mereka sudah lama tamat tetapi bagi Hidni kisah cinta mereka baru bermula. Makin Aqid menjauh makin dekat Hidni datang. Cuma Wizran jadi penghalang antara mereka. Siapa Wizran? Siapa pilihan Hidni? Bagaimana kesudahan cinta mereka. Semuanya akan terjawab dalam Dia Yang Mencintai Aku.

7 HARI MENCINTAIKU 2 - SITI ROSMIZAH

TERBARU DARI PENULIS SITI ROSMIZAH

SEKUEL NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU

JANGAN KETINGGALAN MEMILIKINYA



WHATSAPP 0177342366

AKU HARUS MEMILIH - HANI FAZUHA


PBAKL ..... PBAKL.....PBAKL



  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !


AKU HARUS MEMILIH - HANI FAZUHA


LIMITED EDITION!
TIADA DI KEDAI BUKU

HARGA TAWARAN TAK SAMA DGN HARGA BUKU, HARAP MAKLUM

WHATSAPP : 0177342366

Tiga bulan bertahan, akhirnya ijab dan kabul terlerai. Amelia akur, rupanya rapat itu bukan jaminan untuk serasi. “Kita masih boleh mencuba, Mel.” – Haqif “Mencuba sesuatu yang sia-sia itu kerja bodoh, Haqif.” Amelia. “I nak you, Mel. Tapi you paksa I terima orang lain.” Zafri. Cinta itu bukan sesuatu yang boleh dikutip dan diletak ke hati. Bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diambil bila ada yang sudi memberi. Sebab itu dulu dia tidak memilih Zafri. “I nak kita kahwin semula.” - Haqif “Sejarah selalunya orang tak ulang, lebih-lebih lagi yang menyakitkan.” – Amelia “Jangan cari bahagia di tempat sama yang pernah membuatkan you terluka, Mel.” – Zafri. Haqif itu bekas suaminya dan Zafri itu bekas suami kawannya. Jika ditanya, dia tak mahu keduanya. Tapi aturan takdir memaksa dia untuk memilih salah seorang daripada mereka.  Haqif atau Zafri? Yang pasti, untuk bahagia, hati perlu ikhlas dan redha.



TAKDIR UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR


PBAKL ..... PBAKL.....PBAKL



  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !


TAKDIR UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR

HARGA BUKU : RM26.00

WHATSAPP : 0177342366

"Yang ikuti saya sejak 5 tahun lalu, tahulah ni cerita ni. Kisah mereka bermula dari koleksi mini novel saya tu. Membacanya akan menggamit rindu dengan watak2 yg dah berlalu. Moga membawa kebaikan." rehan BLURB UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia.Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara egoyang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpundia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari daripada saya? Sejauh mana sayapernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…”- Teratai Nur Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yangpernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu. “Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadiorang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad “Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - TerataiNur Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama.Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah.Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak dilorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yangpernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati. “Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas. Semua orang buatbersebab. Abang terima Nur kenapa pulak?” – Teratai Nur "Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walautangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri. “Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq “Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh kebelakang… Ziyad sedang menahannya daripada pergi. Akhirnya, Teratai Nur akur… ini adalah takdir untuk dia.


CIK JULIET & ENCIK ROMEO - FARISYA NATASHA




CIK JULIET & ENCIK ROMEO - FARISYA NATASHA

HARGA BUKU : RM21.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

Sekali jatuh cinta, akan tersimpan selamanya. AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya. Dan akhirnya dia kembali semula. “Saya cabar awak, Awah. Terima saya kali ni. Biar kita diikat dengan ikatan perkahwinan. Saya mahu buktikan saya mampu bahagiakan awak dan saya mampu jaga awak dengan baik. Berilah saya peluang untuk buktikan sesuatu pada mak awak.” Rupa-rupanya, ada dalang di sebalik kehilangannya. Siapa dalangnya? Orang yang aku tak kenal atau orang yang aku kenal? Macam ada rahsia di sebalik semua ini. Tapi apa?


SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE


  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !



SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE

HARGA BUKU : RM23.00 (SM) / RM26.00 (SS)
WHATSAPP : 0177342366

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita? “Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah… James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.  Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.  I want this guy. Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?  “Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.” - James Howards “Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?  “ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina “Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?


LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH



LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH

HARGA BUKU : RM22.00 (SM)
WHATSAPP : 0177342366

DUA jam berlalu. Naira relaks-relaks sahaja. Dia mula menumpukan perhatian pada rutin tugas hariannya. Memastikan perkhidmatan dan layanan pekerja-pekerja di Resort Abah ini berjalan dengan baik. Dia membuat pemerhatian di segenap sudut resort. Ini sahajalah harta peninggalan abahnya yang mendatangkan hasil. Dia harus pastikan resort ini terus maju. “Cik Naira! Cik Naira!” Naira dalam perjalanan menuju ke Kafe Nyaman pabila terdengar namanya dipanggil. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. “Ada apa Sarah?” Tanyanya pada pekerja yang bertugas di bahagian receptionist pagi ini. Sarah kelihatan tercungap-cungap berlari mengejar Naira. “Guest bilik 308 tu…” Ujar Sarah. Allah… nombor bilik orang serabut tu. Matilanak aku. Gumam Naira dalam hati. “Kenapa dengan guest tu?” Wajah Naira penuh tanda tanya. “Dia mengamuk sakan!” “Apa yang dia nak?” Soal Naira , tegas . Saspen sangat dah . “Nak Cik Naira. Dengan kita orang semua dia tak nak deal. Dia jerit-jerit nak dengan Cik Naira juga.” Jawab Sarah teragak-agak. Sikit takut. Pertama dia memang takut tetamu bilik 308 tu. Bahasanya tajam bebenar. Kedua, sebab Cik Naira ni boleh tahan garangnya. Tak kena gaya dan mood Cik Naira… boleh terpelanting dia nanti kena jerit. Naira tak kata apa-apa dah pada pekerjanya. Langkah diatur laju ke kaunter resepsi. Telefon di atas meja terus dicapai dan dia tekan nombor bilik lelaki tersebut. Cepat sahaja panggilannya disambut. Tak sampai beberapa saat. Bermakna lelaki itu memang sedang menunggu.  Apa lagi hal nya ni? Barang sudah dipulangkan dengan jujurnya. Satu sen pun tak luak. Apa lagi yang dia tak puas hati? Atau dia nak buat helah , mana tahu boleh dapat lagi seribu dua ribu. Kalau dasar penyangak dan jahat tu, memang akan terus jahat, hatinya akan terus jadi hitam! “Helo… encik perlukan bantuan apa-apa ?” Sapa Naira serius , dalam satu nafas. Tak buang masa dah. Straight to the point. “Saya dah kata , tak nak cakap dengan siapa-siapa melainkan dengan perempuan yang bernama Naira tu.”  Tegas , serius dan satu nafas juga Naira dengar jawapan dari manusia semak di sebelah sana. Kemain ya berlagak. “Naira speaking!” “Hah ada pun… berjam-jam saya tunggu. Ingatkan dah nak lesap!” Tempelak Iqbal Raid sinis. “ Maksud encik? Saya tak faham!” Naira dah mula panas hati. “Awak curi barang saya!” “Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti encik!” Naira menafikan. Seharusnya la kan.Dia memang tak buat, memang tak ambil apa-apa pun. “Siapa kata saya tak ada bukti. Ingat saya ni buta ke? Mengaku sajalah yang awak dah ambil barang saya!” “Encik jangan nak tipu saya! Kalau saya tak buat kenapa saya mesti mengaku? Saya ni bukan heroin sadis dalam drama melayu yang nak menanggung kesalahan hero yang saya tak buat!” Nada suara Naira semain meninggi. Selari dengan tahap kemarahannya yang semakin meningkat. Jeda seketika. Reaksi Naira tidak disambut pantas oleh Si Semak di atas sana. Agaknya dia tengah menghadam kata-kata yang dilontar Naira. Habis heroin drama melayu diheret masuk sekali dalam pertengkaran ini. “Hurm … heroin drama melayu memang klise…. tambah-tambah yang waktu maghrib tu...saya pun fed up . Tapi awak lain, selamba ambil barang orang yang tak kenal...” “Heh…saya tak ambil lah . Tak hingin saya ambil duit tak halal!” Tengking Naira kuat. Pucat muka Sarah dan seorang lagi rakannya yang berada di hadapan bos mereka. Kecut beb…  Naira lupa sudah polisi hotel yang selalu dia tekankan pada pekerjanya. Pelanggan hotel tu raja, jadi kena layan dengan baik, lemah lembut dan sopan-santun. Kali ini kesabaran Naira benar-benar tercabar, hingga dia sendiri break the rules. Pantang sungguh bila orang menuduh dia menjadi pencuri. Walaupun pada asalnya dia ada niat juga.  Lihatlah… kalau kita ada niat jahat, walaupun sekadar niat yang tak jadi buat, tetap dikurniakan pengajarannya. Maka inilah pengajaran untuk dia kali ini. Lain kali jangan cuba-cuba untuk berniat serong atau jahat. “Awak ambil barang saya!” “Saya tak ambil!” “Awak ambil!” “Heh… pergi meninggal lah kalau tak percaya!” Pap!  Naira hempas gagang telefon ke tempatnya. “Tak faham bahasa punya manusia, sesuka hati nak menuduh orang macam-macam…” Rungut Naira sendirian. Dia menghayun langkah pergi dari situ. Sarah dan rakan sekerjanya, Tina saling berpandangan dan masing-masing mengangkat bahu. “Baru kena buku dengan ruas…”Bisik Sarah. “Tulaah… cengei sangat dengan kita. Sekali Tuhan balas la dekat dia.” Bisik Tina balik. “Kannn …” Kedua-duanya gelak-gelak . Hilang sudah kecut perut sebab bos dah pergi dari situ. Malangnya , sekejap cuma kegembiraan mereka, sebab selepas itu berdering-dering telefon dari lelaki yang sama. Dia nak juga bercakap dengan Cik Naira . Tidak ada toleransi dah. “Awak pergi cari bos awak sekarang sekarang! Saya tak nak cakap dengan awak, suara tak sedap! Kejap lagi saya call balik! Jika tak ada dia saya turun mengamuk di bawah . Awak nak ke?”  Ugut lelaki itu pada Sarah. Gagang telefon diletak sebelum Sarah beri alasan apa-apa. Cemberut muka Sarah. Hilang sudah gelak ketawanya sebentar tadi. “Wei… dia nak cakap dengan Cik Nam tu jugak-jugak… macam mana ni Tina?” “Hang pergilah cari bos lagi!” Suruh Tina. “Apa pula aku… kaulah pulak. Tadi aku dah pi panggil bos dah!” “Aku?” Mata Tina sudah terbelalak. “Aku tak berapa berani sangat. Hang lagi lama kerja sini… aku baru lagi…Ketaq aku!”  Telefon berbunyi lagi. Sarah angkat. “Ada? Saya bagi beberapa minit lagi….jika tak ada ada jugak bos awak, saya turun pakai spender menari tiger kat depan kaunter . Saya tak malu… tapi saya tau awaklah yang akan malu!” Pap! Gagang diletak.  Sarah garu-garu kepalanya. “Gila la orang ni... Ada ke dia nak turun sini pakai spender aje… takut aku weh!” “Isk… jom la kita cari bos! Tak lalu aku tengok orang jantan pakai seluar seluaq kecik berlegar kat sini. Tersemboi semacam had depan tu. Kalau Mat Saleh …orang putih takpa la, putih… ni had yang macam belakang kuali nak tayang! Geli aku! ” Tina buat badan gaya geli geleman. “Tulah… aku pun tak lalu nak tengok wayang macam tu . Tapi nak cari mampus pergi berdua? Kaunter ni mana boleh tinggal! Bukan tak tau Cik Nam yang cengei tu, kalau dia nampak sini tak berorang , mengamuk sakan la dia… ” Balas Sarah. “Hmm….” Dua-dua gadis menoleh. Ck Naira sudah tercegat di hadapan mereka. “Riuh mensyuarat? Dah tak ada kerja nak buat?” Tegur Naira ,masam. “Ad…ada Cik Naira. Guest tu asyik ugut kami kalau Cik Naira tak call dia balik, dia nak buat tiger show depan ni. Bogel… eh bukan , pakai tutup kain macam tarzan tu ajer … !” Adu Sarah takut-takut, tapi boleh lagi nokok nambah cerita.  Naira merengus dengar. Geram. Gagang telefon lalu dicapai semula. “Helo… awak nak apa sebenarnya?” Tanya dia lantang setelah gagang sebelah sana diangkat. “Boleh awak naik bilik saya sekarang? Kita bincang!” “Awak jamin tak apa-apakan saya?” Tanya Naira tegas. “ Kalau awak tak datang… saya akan apa-apakan awak. Kalau datang… awak akan selamat!” Lelaki tu kasi kata dua. “Huh… saya naik! ” Naira membuat keputusan. “Good. Saya tunggu!” “Cepatlah awak meninggal… Menyusahkan sungguh!” “Tak boleh meninggal selagi tak jumpa awak, settlekan hutang. Lepas tu boleh la saya pejamkan mata dengan aman!” “Huh!” Naira merengus. “Now! Naik sekarang! Kalau tak saya tiger show di bawah, dengan spender merah ang ang.” “Like I care?” “You have to …. Sebab pasangan dance saya tentunya awak!” “Awak jangan macam-macam! Saya buat police report !” “Saya tak kesah masuk lokap… yang penting saya dah tiger dance dengan awak…. Now!” “Gila!” “Now!” Lelaki semak memutuskan talian terlebih dahulu. Naira mengeluh. Dia pandang pada Sarah yang pemerhati sejak tadi. “Kasi saya gunting dalam laci tu Sarah.” Sarah akur. “Err… Cik Naira nak naik ke?” Teragak-agak Sarah tanya. “Iyalah. Selagi saya tak selesaikan dengan dia… selagi itulah dia melarat-larat merapu.” Balas Naira sambil masukkan gunting sederhana besar ke dalam kocek jaket luarnya. “Cik Naira tak takut ke? Saya temankan?” “Tak apalah Sarah. Biar saya selesaikan sendiri. Awak buatlah kerja awak di bawah ni. Lagipun saya tak nak libatkan awak dengan orang yang merbahaya. Kasihan emak bapak awak kalau jadi apa-apa.” “Tapi Cik Naira yang dalam bahaya, takkan saya nak biarkan…” “Tak apa Sarah…saya dah biasa jumpa orang macam ni…” Sebaik saja berhenti cakap ,Naira terus hentak-hentak kakinya menuju tangga. Terkebil-kebil Sarah dan Tina . “Beraninya Cik Naira tu ya…” Komen Tina.  Sarah sekadar mengangguk perlahan. Bimbang juga dia. Segarang-garang Cik Naira, dalam hatinya penuh kasih sayang pada setiap kaki tangannya. Secara zahirnya ,ramai pekerja suka mengumpat Cik Naira, namun Sarah tahu hampir kesemuanya mengharap rezeki hidup di resort Cik Naira. Dan tanpa Cik Naira yang tegas dan garang itu…tak mungkin tempat ini akan maju. Garang Cik Naira , bukan sebarang garang, garang bersebab!



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR

HARGA BUKU : RM26.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta. Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin. Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.  Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu. Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri “Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib “Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!” – Esya. Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?



HANYA ITU PINTAKU - FARISYA NATASHA




HANYA ITU PINTAKU - FARISYA NATASHA

HARGA BUKU : RM21.00 (SM) 

WHATSAPP : 0177342366

Novel terbaru dari penulis Shhh i love you, novel yang diadaptasi ke drama yang sedang disiarkan di TV3. BLURB Pandanglah aku walau hanya sesaat. Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu bersama perempuan lain, rupa-rupanya ini yang dia terima setelah kesetiaannya dipertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. “Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu.” - Benjamin “Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?” - Aulia “Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There’s no you in his memory. You do not exist anymore.” - Benjamin Aulia pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali, tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus akur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman tetapi sebaliknya dengan abang kepada Eiman, iaitu Benjamin.  “Kau dah bersedia nak lupakan Eiman?” - Benjamin “Saya dah tak ada dalam hidup dia, jadi dah tiba masanya untuk saya lupakan dia.” - Aulia “Aku takkan paksa kau untuk cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau... Tapi kalau hati kau masih nakkan Eiman, let me know. Jangan bagi aku harapan palsu.” - Benjamin Meskipun perhubungan Aulia dengan Benjamin agak singkat, cinta yang disulam bersama Benjamin akhirnya terpatri dengan ikatan pertunangan. Sungguh, Aulia tersangat bahagia apabila bersama Benjamin. Namun, segalanya tidak mudah yang disangka apabila Eiman kembali menagih cinta daripada Aulia dan telah mula mengingati siapa Aulia dalam hidupnya dulu.  “Lia... I dah mula ingat sikit-sikit kenangan kita berdua, Lia. Bila I ingat kenangan kita, tiba-tiba perasaan tu ada untuk you. I akan tunaikan janji I pada you dulu, Lia. I promise you.” - Eiman Bagi Benjamin, walaupun hanya Aulia cinta hatinya, namun dia harus mengundurkan dari untuk memberi peluang kepada adiknya, Eiman. Kisah cinta mereka terlalu konflik. Siapakah yang akan menjadi pilihan Aulia? Benjamin, tunangannya atau Eiman, cinta hatinya empat tahun dulu?

DR. ALPHA MALE - ANJELL



DR. ALPHA MALE - ANJELL

HARGA BUKU : RM27.00

WHATSAPP : 0177342366


🎉🎉NOVEL KELUARAN BULAN JUNE.

Sempena PBAKL tahun ini, secara eksklusif kami bawakan karya terbaru daripada novelis kesayangan anda semua Anjell!!! Jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki karya terbaru beliau yang bertajuk DR. ALPHA MALE🎉🎉
.
************************************************************

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH 

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA


BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA

HARGA BUKU : RM24.00


WHATSAPP : 0177342366


🎉🎉NOVEL KELUARAN BULAN JUNE.

Sempena PBAKL tahun ini, secara Eksklusif  kami bawakan karya terbaru daripada novelis Best Seller, Dia Pilih Aku iaitu Rissa Ahdiya. Jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki karya terbaru beliau yang bertajuk BAHAGIA YANG TERTANGGUH !🎉🎉

*******************************************

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?
Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.

ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.

“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan

MR. GREY - SYAMNURIEZMIL



MR. GREY - SYAMNURIEZMIL

HARGA BUKU : RM34.00

WHATSAPP : 0177342366


Anda Peminat Setia Syamnuriezmil ?

Pasti anda tidak akan melepaskan peluang memiliki karya terbaru beliau keluaran Bulan Mei.
Jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki karya terbaru beliau yang bertajuk MR. GREY 

❤️❤️


******************************************************

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”
“Saya...”
“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”
“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA
“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko.

Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...
Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad? 

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan... ❤️❤️