Showing posts with label AISHA HAMZA. Show all posts
Showing posts with label AISHA HAMZA. Show all posts

KAU MILIKKU - AISHA HAMZA

HARGA BUKU : RM23.00  

  BUKU : BARU
STOK : ORDER

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.
8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya?