JANJI YANG DINANTI - ALIA ALIZS
HARGA BUKU : RM 28.00
WHATSAPP : 0177342366
Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah melahirkan rasa cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji akan setia kepadaku, tetapi akhirnya dia hilang tanpa berita. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!
"Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku."~Faliq.
"Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku." - Zahwan.
Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan.
Berjayakah Asnida memisahkan aku dengan Faliq? Mampukah Faliq mempertahankan cintanya padaku? Apa pula tindakan Adil bila tahu aku menjadi rebutan antara Zahwan dan Faliq?
Oh, abang! Tolonglah... adikmu ini benar-benar tersepit. Antara abang, kawan dan kekasih.