Search This Blog

Showing posts with label TELAGA BIRU. Show all posts
Showing posts with label TELAGA BIRU. Show all posts

MENANGANI ANAK BIADAP - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

MENANGANI ANAK BIADAP
PENULIS :  Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
HARGA ASAL : RM16.00
HARGA JUAL : DISKAUN 10%
BUKU : BARU
STOK : ORDER

Pepatah ada mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat.” Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadab memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa. Buku Menangani Anak Biadab yang membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja sendiri.
credit:TB

ENSIKLOPEDIA SOLAT - PENULIS : PELBAGAI PENULIS

ENSIKLOPEDIA SOLAT
PENULIS : PELBAGAI PENULIS
HARGA ASAL : RM100.00
HARGA JUAL : DISKAUN 10%
BUKU : BARU
STOK : ORDER

  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

TRAGEDI CINTA TAJ MAHAL - ANEESAH ALIYYAH

TRAGEDI CINTA TAJ MAHAL
Harga Asal : RM17.00
Harga Jual : RM14.90
Buku : Baru
Stok : ORder 

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?

credit:TB

SYABAB MUSAFIR KASIH - FATIMAH SYARHA MOHD. NOORDIN


SYABAB MUSAFIR KASIH - FATIMAH SYARHA
HARGA ASAL : RM22.90
HARGA JUAL : RM20.00
STOK : ORDER

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.

ehsan:TB

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - DATO' ISMAIL KAMUS



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Penulis 
Dato' Ismail Kamus
: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM55.00
Diskaun : 15%

Furu' Al-Masa'il - Datuk Hassan Din


Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”
Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz

Harga Asal : RM75.00
Diskaun : 15%

TAUTAN HATI - FATIMAH SHARHA MOHD NOORDIN



HARGA ASAL : RM29.90  
HARGA JUAL : DISKAUN 10%