Search This Blog

Showing posts with label AZIMAH LILY. Show all posts
Showing posts with label AZIMAH LILY. Show all posts

DIA HELENA ISABELLA - AZIMAH LILY


DIA HELENA ISABELLA - AZIMAH LILY

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

HELENA ISABELLA gadis kacukan Melayu Sepanyol yang membesar di luar negara. Selepas tamat pelajaran, Helena mengambil keputusan bekerja di Malaysia. Atas faktor kerja, Helena menyewa di rumah sewa Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah sehingga projek syarikatnya di utara semenanjung tamat. Mulanya Helena kekok tetapi Helena belajar sesuaikan diri dengan suasana kampung yang begitu asing baginya.
Kehadiran tetamu di rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah tidak disenangi oleh Helena. Lebih-lebih lagi tetamu itu buatkan Helena mengimbau kembali peristiwa hitam 17 tahun yang lalu yang menimpa dirinya.
“You again! I remember you. Airport? KLIA Airport, remember?” – AHMAD FALIQ
“Salah orang kut.” – HELENA ISABELLA
Helena berpura-pura tak mengenali Faliq. Dalam diam, gelagat Faliq sepanjang tinggal di situ diperhatikan. Helena mula syak yang Faliq ada niat tak baik pada Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah malah Helena bimbang jika Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah menerima nasib yang sama seperti dirinya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau.” – HELENA ISABELLA
“Kalau macam ni selalu, macam mana aku nak laksanakan plan aku?” – AHMAD FALIQ
Sikap dingin Helena terhadapnya menyebabkan Faliq sendiri tertanya-tanya. Hanya Helena seorang saja yang tidak mengalu-alukan kedatangannya. Di mata Helena, apa saja yang Faliq buat ada saja benda yang tak kena.
Apakah sebenarnya tujuan Faliq datang ke rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah? Mampukah Helena bongkar rahsia Faliq? Dan apa sebenarnya terjadi antara Faliq dan Helena tujuh belas tahun yang lalu?

BUKAN DUA, TAPI TIGA? - AZIMAH LILY


BUKAN DUA, TAPI TIGA? - AZIMAH LILY
Semenanjung : RM31
Sabah/Sarawak : RM34
PENGHANTARAN : PERCUMA

Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak?
Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.
Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?

RAHSIA DALAM HATI - AZIMAH LILY

RAHSIA DALAM HATI - AZIMAH LILY
BUKU : BARU
HARGA : RM25.00(SEMENANJUNG M'SIA)
              : RM28.00 (SABAH&SERAWAK)
PENGHANTARAN : PERCUMA

Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”
Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...
Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, Tengku Dania Dahlia bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Tengku Dania Dahlia ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan  Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.
“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - Hairi Azwan
“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - Tengku Dania Dahlia

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!
Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.
Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?
Bocorkan rahsia ini dalam Rahsia Hati.

SIAPA ORANG GAJIKU - AZIMAH LILY

SIAPA ORANG GAJIKU - AZIMAH LILY
HARGA : RM21.00
BUKU : BARU

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?