Search This Blog

Showing posts with label ANAASA PUBLICATION. Show all posts
Showing posts with label ANAASA PUBLICATION. Show all posts

RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI


RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!
.
“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN .
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
.
“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN .
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA

BUAH HATI AHMAD RIZZA - ALYA BAHARI


BUAH HATI AHMAD RIZZA - ALYA BAHARI

HARGA BUKU : RM 23.00

WHATSAPP : 0177342366

“Aku ni tak pandai nak romantik-romantik. Senang cakap, aku macam ni ajelah, Nel. Aku tak super duper hot, aku tak yummylicious. Aku pun tak melting-melting tu.”
Dia memang mengaku dia tak punya aura pemanis bicara. Dia tak punya cara seorang gentleman. Dia hanya ada sesuatu yang biasa ada pada lelaki biasa.  

Ahmad Rizza Ahmad Shah. Pemilik nama ini sudah jatuh cinta pada Nelinda Tan Sri Ismail. Bukan sekali, malah berkali-kali. Bukannya Nelinda tak tahu perasaan Riz pada dia. Dan bukannya Nelinda tak suka dia, Cuma kata Nelinda… belum datang seru!

Jadi buat apa susah payah untuk memaksa gadis itu mencintai dia, sedangkan dia tahu suatu hari akan terbuka hati Nelinda untuk menerima dia seadanya. Yang perlu dia lakukan adalah terus-terusan tawan hati Nelinda.
“Betul you nak kahwin dengan I, ni?”- Nelinda
Kalau dah diri dilamar oleh si pujaan hati, apa lagi jawapan yang dia nak beri. Dia memang suka. Sangat-sangat! Namun, ada perkara yang perlu dia tahu. Benarkah hati Nelinda tertulis namanya?
Tanya sama hati, apa rasa sayang…
Namun, bukan senang memperisterikan bos sendiri. Adakalanya dia lupa siapa Nelinda ketika di pejabat. Dia bukan yang pandai susun ayat bila bercakap, apatah lagi bila hal melibatkan kerja. Tak kira siapa pun yang dia berdepan, dia tetap Ahmad Rizza yang sama.
Bagi Nelinda, Riz satu dalam sejuta. Riz lah yang paling handsome untuknya. Riz jugalah yang paling manis. Tak perlu jadi orang lain jika hati dia dah suka. Dia akan cuba jadi buat hati Ahmad Rizza dengan cara dia sendiri.
“Every love story is beautiful, but ours is my favourite…”-Ahmad Rizza Ahmad Shah
Tekanlah berapa banyak kalkulator pun, dia takkan dapat cari jumlah cinta dia pada Nelinda. Kalaulah ada lagi nilai yang lebih infiniti… itulah jawapannya!

LELAKI DINGIN - RINSYA CHASIANI

n1.png
LELAKI DINGIN - RINSYA CHASIANI

HARGA BUKU : RM 25.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji Kutub Utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!

Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.

“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia

Tapi...

“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” - Aku
“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan Al-Quran.” – Ainal
“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku
“Famili dah uruskan.” -Ainal

Ainal la mamat paling blur dalam dunia ni, paling susah nak buat benda romantik, paling tak berperasaan, dan paling malas nak ambil tahu soal hati perempuan. Betul ke aku dah jatuh hati dengan mamat beku bernama Ainal?

"Nal, orang sayangkan awak." - Aku


Dia setakat angguk kepala. Mampu ke aku hidup dengan lelaki sepasif Ainal? Aku ni, perempuan juga. Kalau cinta katakan cinta, tidaklah aku frust menggila!

YANG TERINDAH - AILAH DIELA

YANG TERINDAH, MARYAM SOFEA- AILAH DIELA

HARGA BUKU : RM 23.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

Cantik dan mempesonakan! Itulah yang membuatkan dirinya hanya nampak keindahan di dalam diri wanita itu. Tapi kenapa makin dikejar, makin jauh. Yang tambah peliknya, kenapa makin mahal semakin hati meronta ingin memiliki gadis itu.
Maryam Sofea, nama itulah yang buatkan Farhad jatuh cinta berkali-kali. Dia bukannya tak ramai peminat, saban malam ada saja peneman di sampingnya. Tapi Maryam Sofea itu jugalah yang memaut hatinya.
“You pun tahukan cara I. Jangan nak buat muka hanya disebabkan benda yang you sendiri dah tahu jawapannya. Jawapan I tetap sama walau beribu kali you cuba.” – Sofea
Merajuklah sampai ke negara China sekalipun. Memang tinggal dalam mimpi sajalah Sofea nak pujuk. Tak apa! Dia boleh pujuk diri sendiri asalkan wanita itu menjadi isterinya. Tiada lagi kelab malam! Tiada lagi perempuan saban malam! Farhad sanggup dan rela demi memiliki wanita terindah itu.
“I tahu I salah sebab pernah abaikan dia. Tapi I yakin I mampu bahagiakan dia. Ceraikan dia…” – Azad
“Look, Farhad. I dengan Sofea dah lalui semua. Sebagai suami I yakin you sendiri pun tahu luar dalam Sofea macam mana. Dia bukan lagi perempuan suci yang you boleh banggakan sebagai seorang isteri. I dengan dia dah pernah terlanjur. Bagi I peluang untuk bertanggungjawab.” –  Azad
Kenapa bila Sofea dah sah menjadi hak miliknya, harus muncul orang ketiga? Apa yang harus dia buat apabila wanita yang menjadi pujaannya selama ini rupanya bukan seperti yang dia sangkakan? Haruskah saja dia mengalah dan lepaskan wanita itu demi kebaikan semua?

Tetapi mampukah dia hidup tanpa ada wanita yang mengindahkan hari-hari yang dilaluinya?


SEBELUM LAMARAN DITERIMA - AYUMI SYAFIQAH


SEBELUM LAMARAN DITERIMA - AYUMI SYAFIQAH
HARGA NOVEL : RM25.00

POSTAGE (SEM) : RM8.00


*** BELI 2 BUAH BUKU TERBITAN ANAASA , FREE POSTAGE***

WHATSAPP 0177342366



DIA PENJAGA HATIKU - HAIRYNN SALEHUDDIN


DIA PENJAGA HATIKU - HAIRYNN SALEHUDDIN
HARGA BUKU : RM26.00

POSTAGE (SEM) : RM8.00

*** BELI 2 BUAH BUKU TERBITAN ANAASA , FREE POSTAGE***


WHATSAPP 0177342366



Saat hati dah mula jatuh suka, dia terpaksa pendam kerana gadis itu bukan miliknya. Dia terlambat. Dan dia juga terikat. 

Haikal Qarleef, dicintai oleh tunangnya Kirana. Namun, entah kenapa pertemuan dengan pekerjanya Zaira mula membibitkan rasa cinta. Dalam diam, dia mencintai Zaira. Sungguh!

Nur Zaira, gadis yang setia menyerahkan cintanya pada kekasih hati. Walaupun dia tidak sehebat Haikal, namun itulah lelaki yang akan diangkat sebagai penghuni hatinya. Dia tidak ragu lagi. Kepada Azri dia serahkan rasa itu.

“Betul ke apa yang Zaira cakap tadi?” - Haikal Qarleef

“Betul apa, Encik Haikal?”- Nur Zaira

“Pasal nak kahwin tahun depan.” - Haikal Qarleef

“Ooo... Pasal tu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang. Encik Haikal dengan Cik Kirana bila pulak?”- Nur Zaira

Lalu, Haikal buang jauh perasaan cinta pada Zaira. Zaira akan menjadi isteri orang. Dan dia, menerima ketentuan jodohnya bersama Kirana.

“Kita dah kahwin, Kirana. We are suppose to think about us. About our own family. Anak-anak kita.” - Haikal Qarleef

“What? Anak?” – Kirana

Benarlah kata Haikal, perkahwinan ibarat satu perjudian. Indah bila disebut tetapi pahitnya hanya mereka yang tahu. Begitu juga dengan Zaira. Dingin Azri terhadapnya memungkinkan segalanya. Dia tergantung sepi!

“I love you Nur Zaira.” - Haikal Qarleef

Saat rapuhnya hati, Haikal datang mendampingi. Lelaki itulah yang mengambil berat tentang dirinya. Hatinya dijaga. Dirinya rasa dipeduli.

Namun, betulkah apa yang dia lakukan? Sanggupkah dia melukakan hati Kirana hanya kerana kepentingan sendiri? Dia juga wanita. Dia rasai apa itu perit. Dia pernah rasa bila hati itu hancur. Dia pernah dilukakan!





PEREMPUAN TEPI JALAN - WARDINA AISYAH


PEREMPUAN TEPI JALAN - WARDINA AISYAH
HARGA BUKU : RM26 

POSTAGE (SEM) : RM8.00

*** BELI 2 BUAH BUKU TERBITAN ANAASA , FREE POSTAGE***

WHATSAPP 0177342366


Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.
Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.
“Marry me.” – Ferdaus
Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.
“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.
Janji diikat. Namun bukan mudah bagi lelaki seperti Ferdaus mematuhi janji yang dipateri. Hari demi hari, janjinya hanya tinggal janji. Perlahan-lahan dia cuba menawan hati isteri yang beku.
“Hmmm… tadi kata tak suka. Sekarang ni… dia pulak yang over.” – Maya Adriana.
“Sebab tu orang tua selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Macam hubungan kita jugaklah. Kalau awak tak cuba kenal saya, macam mana awak nak jatuh cinta dengan saya? Betul tak?” – Ferdaus
Maya cuba menjauh. Semakin dia mencuba, semakin Ferdaus mendekat. Sehingga akhirnya dia tak mampu mencuba lagi. Kenangan silam yang penuh noda dibuang jauh dari hidupnya.
Namun, bukan senang perjalanan menuju bahagia. Datuk Rizlan muncul tanpa diduga. Mengundang badai lalu menggugat keharmonian dan kebahagiaan yang baru dinikmati.
“I told you, Maya Adriana. Sampai bila-bila… you tetap jadi milik I!” – Datuk Rizlan
Kini kebenaran tentang siapa dia terbentang di depan mata Ferdaus. Dia terduduk. Dia tidak mampu untuk mengubah siapa dia yang dulu. Mungkin benar, takdir seorang Maya Adriana cuma layak menjadi perempuan tepi jalan sampai ke akhir nafasnya.
Maya Adriana. Dia hanya ada Ferdaus. Cintanya pada Ferdaus dan kasihnya hanya pada lelaki itu. Layakkah dia?

CIK HOUSE KEEPING I LOVE YOU - DILLA AHMAD

CIK HOUSE KEEPING I LOVE YOU - DILLA AHMAD
HARGA BUKU : RM24.00
BUKU : BARU


“Saya ni bos awak!” jerkah Issac Daniel dengan geram. Agak kuat di telinga Aina hingga membuatkan bahu Aina terjongket sedikit.
“Hah?” Terus Aina jadi berani nak pandang wajah lelaki itu. Mata kelabu itu merenung mata hitamnya. Masing-masing bagai terkaku. Tak berkalih.
Bos dia? Jadi mamat ni ketua dia? Pengurus hotel ini? Pengurus hotel handsome yang selalu staf-staf bercerita? Aina memang tak pernah nak ambil tahu itu semua. Yelah, bukan urusan dia pun. Dan, dia tak pernah terfikir akan terserempak dengan encik pengurus hotel ini. Siapa nama dia? Aina cuba nak ingat kalau-kalau Hanina atau geng housekeeping ada sebut-sebut nama mamat ni.
“No more excuses. You are coming with me. I want you to clean my room now. Do you understand, Miss....” Mata kelabu itu dah pandang tag nama di dada kiri Aina.
“Miss Aina?” tanya encik bos. Bibir itu sudah senyum menyenget. Serentak pintu lif terbuka dan encik bos dah keluar dulu. Kaki Aina masih terpasak di situ. Dia terlupa nak tekan butang ‘G’! Niat nak berlari keluar tadi, hilang entah ke mana apabila mata terpegun memandang tingkat yang baru dia naiki ini.
“Apa tunggu lagi tu? Nak I bentang karpet merah? Dah ada dah ni. Cepatlah keluar, atau you nak I tarik dan paksa you keluar dari lif tu?” tanya bos yang dia tak tahu namanya.
Kereknya mamat ni. Aina mencebik dan melangkah keluar.



MESSAGE CINTA TERAKHIR: I LOVE YOU - HANNAH EZATY

MESSAGE CINTA TERAKHIR: I LOVE YOU - HANNAH EZATY
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


Farhah elok saja melepak di hadapan televisyen ketika telefon bimbitnya berbunyi.Ada satu pesanan baru masuk ke peti inboxnya.Dengan perasaan yang malas,dia buka dan baca pesanan tersebut.
 
 ‘Awak tak balik ke malam ni?’ Mesej daripada Muhsin membuatkan Farhah mencebik.
 
 “Huh,apsal pula sibuk tanya aku balik rumah ke tidak?Dah rindu kat aku sangat-sangat ke apa?” Telefon dipandang sebelum skrin ditekan-tekan.Farhah meleretkan satu senyuman sinis lantas mencampakkan saja telefon ke sofa di sebelahnya.Puas hati dapat membalas mesej Muhsin. 
 
Tit! Satu pesanan masuk lagi.Farhah tahu itu pasti daripada suaminya lagi. 
 
‘Jangan nak perasan sangat.Saya cuma nak tahu sebab awak tu masih di bawah tanggungjawab saya.Tak mahu nanti kena cop suami dayus pula!’ 
 
Mesej daripada Muhsin kali ini benar-benar membuatkan Farhah panas hati.Tadi,sebelum dia menerima SMS Muhsin,sedap saja dia bantai suaminya itu.Sekarang,kena balik ke batang hidung sendiri.Bibir diketap rapat.Hati tengah panas meluap-luap.Satu mesej dihantar lagi kepada Muhsin.
 
 ‘Dahlah,tak payah nak mesej saya.Esok petang saya balik rumah.’ Farhah mula membebel-bebel geram.Tak puas hati lagi dengan Muhsin walaupun kata putus sudah diambil.Dia pasti akan pulang juga ke rumah mereka esok petang.
 
 ‘Nak saya ambil awak atau macam mana?’ Mesej dari Muhsin masuk lagi.Farhah mengeluh deras sebelum tengkuk digaru-garu dengan perasaan sebal. 
 
“Apsal dia ni sibuk sangat duk main hantar mesej?”dengan rasa tak puas hati,Farhah tekan saja nombor Muhsin dan menunggu masa nak sembur lelaki itu.
 
 “Encik Muhsin,awak tak payah susah-susah nak datang ambil saya kat rumah mak saya.Saya boleh balik sendiri.Bukannya saya tak ada kudrat nak bergerak sendiri.Dan awak jangan sibuk-sibuk nak hantar mesej lagi pada saya nak bertanya macam-macam.Tak payah nak ambil hati saya sangat!”laju saja perkataan keluar dari mulut Farhah tanpa sempat pun Muhsin berkata apa-apa. 
 
“Eh,hello cik adik!Awak ni dah kenapa?Saya cuma bertanya aje tapi yang awak nak emo tak pasal-pasal ni kenapa?Datang period?” 
 
“Suka hati sayalah nak emo atau apa.Peduli pula awak,kan?Ni...sekali lagi saya nak pesan,tak payah nak tunjuk prihatin sangat.Saya tahu status saya,jadi awak jangan nak pandai-pandai fikir yang bukan-bukan.Kalau saya nak ke mana-mana nanti,saya mintalah izin daripada awak.Senang,kan?”
 
 “Okay,fine!Suka hati awaklah.” Talian telefon terus mati meninggalkan Farhah keseorangan melayan perasaan bukan-bukan.Telefon sekali lagi dicampak ke atas sofa. “Eee...serabutlah dia ni.Buat spoil mood aku ajelah!” Farhah menggosok-gosok kepala,sekadar cuba mencari perasaan sendiri. 
 
Petang-petang begini,bergaduh mulut dengan Muhsin melalui telefon buat dia rasa tak senang duduk.Mood melayang-layang entah ke mana.Nak melayan rancangan di televisyen pun dah tak berperasaan. Jam dinding dikerling laju.Dah dekat pukul 3 petang.Apa yang boleh dia buat seorang diri di rumah emaknya ini?Puan Mumtaz dah keluar sejak tengah hari tadi.Encik Farouk pula dua hari tak ada di rumah,ada urusan di luar daerah.Itu yang buat Farhah rasa macam orang bodoh saja balik ke rumah ibu bapanya ni. Telefon bimbitnya ditarik semula dan menekan-nekan skrin mencari nombor telefon seseorang.Seketika,telefon itu melekap cermat di telinganya. 
 
“Hello,beb.Kau free?Jom lepak!”
 
 *** 
 
“ So…apa cerita kau dengan Muhsin?Dah ada penyelesaian?”tiba-tiba Elia bertanya soalan sebegitu kepada Farhah ketika mereka keluar dari sebuah butik dalam mall dan menuju ke medan selera.Pertanyaan terus terang dari mulut Elia benar-benar membuatkan Farhah sesak dada sehingga dia rasa mood nya hilang begitu sahaja.Wajahnya berubah kelat.Langsung tidak ada secalit senyuman mahupun tawa serta keseronokan seperti tadi.Dia toleh pandang Elia lalu menjongketkan sedikit keningnya.Kemudian dia mencebik. 
 
“Penyelesaian?” Elia angguk lagi. 
 
“Cerailah jawabnya."
 
 Elia mendengus kecil.Agak kecewa dengan keputusan Farhah.Sebenarnya dia tidak sangka akan begini jadinya hubungan Farhah dan Muhsin
 
.Dulu,mereka cukup dikenali sebagai pasangan secocok dan serasi.Ramai teman-teman mereka menggelarkan Farhah dan Muhsin sebagai Loving Couple.Bertahun-tahun mereka menyulam kasih ketika masih menuntut di universiti,bercinta bagai nak rak dan buat majlis perkahwinan pun gilang gemilang bagaikan selebriti popular tapi sudahnya,ini yang terjadi.Perceraian! Elia tak menyangka yang Farhah dan Muhsin akan mengambil keputusan yang bodoh begini.Baginya,mereka masih boleh berbincang dan selesaikan apa-apa juga masalah mereka berdua elok-elok.Bukannya mengambil keputusan untuk berpisah.Sayang sungguh dengan hubungan yang dah lama terjalin ini.
 
Di mata Elia,Farhah dan Muhsin adalah pasangan yang sangat romantis dan bahagia.Entah apa yang tidak kenanya,Farhah tiba-tiba beritahunya yang dia dan Muhsin akan bercerai. 
 
“Cik kak oi,bercerai tu bukan satu penyelesaian tau.”Elia berjeda sambil tenung wajah Farhah yang kadang-kadang serupa orang tak ada perasaan.Beku macam ketul ais.Kalau letak sebelah unggun api pun belum tentu boleh mencair. “Kau yakin ke dengan keputusan kau ni?” 
 
“Yakin.”Farhah angguk-angguk sambil melilaukan matanya memerhati ke sekeliling medan selera yang agak ramai manusia itu. 
 
“Kau dah fikir habis-habis?Takkan tak ada jalan lagi untuk pulihkan hubungan kau dengan Muhsin?”
 
 “Aku dah fikir habis-habis dan bercerai adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk pulihkan hubungan yang dah tak ada apa-apa makna ni.”balas Farhah selamba. 
 
Elia terjungkit kening.Agak terkejut dengan kenyataan yang baru keluar daripada mulut Farhah.Eee...ikut hati nak saja dia luku kuat-kuat kepala Farhah ni.Tak pedulilah kalau Farhah itu teman baiknya atau bukan.Kalau dah itu saja yang boleh dia buat untuk sedarkan wanita ini,dia akan buat. 
 
“Tak ada makna kau kata?Habis,selama ni apa maknanya hubungan kau orang?Dekat sepuluh tahun kau bercinta dengan dia,dah faham hati budi masing-masing,lepas tu kahwin pula dah nak masuk dua tahun...takkan tak ada makna?Banyak masa kau habiskan dengan dia,masih tak ada makna?”Elia sudah mula nak membentak. 
 
“Itu dululah,Elia.Kisah dah lepas.Tak ada apa lagi nak dikenang.Sekarang hati aku ni dah tawar.Tak ada rasa lagi untuk teruskan hubungan kami.Aku sedar yang aku dengan dia memang dah tak boleh hidup bersama lagi.Kami dah tak boleh sebumbung.Lebih baik aje kami berpisah dan bawa haluan masing-masing.Mungkin dengan cara tu kami akan temui kebahagiaan.” Elia hampir saja semput mendengar omelan Farhah yang baginya bila bercakap langsung tak pakai akal fikiran.Farhah hanya tahu menggunakan emosi dan perasaannya saja.Inilah yang jadinya bila dalam keadaan marah.Habis semua kenangan manis dan indah mahu dibuang begitu saja hanya kerana sebab yang Elia sendiri pun tak tahu.Sayang rasanya bila Farhah dan Muhsin membuat keputusan untuk bercerai sedangkan mereka masih boleh berusaha cuba menyelamatkannya lagi. 
 
“Kau ni kan Far...kalau bercakap,langsung tak nak fikir masak-masak.Ikut hati kau aje.Kau sedar tak dengan tindakan yang kau bakal buat ni?” 
 
“Apa maksud kau?”berkerut-kerut kening Farhah ketika dia baru saja nak duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan meja yang baru mereka pilih.Agak terasing dari orang ramai. 
 
“Kau dah fikir habis-habis apa kesannya bila kau bercerai nanti?Status kau akan berubah tau.Kau akan jadi janda!”Elia berteriak tapi Farhah sempat menampar tangan Elia yang duduk di hadapannya sambil buat isyarat agar tidak bercakap kuat-kuat. “Apsal?Dah takut dengan gelaran tu ke?”sinis Elia menyindir.
 
 “Aku tak takut.Janda ke,anak dara ke...sama saja.Apa,kau ingat saham aku akan jatuh ke bila aku dah jadi janda nanti?Hei,ini Farhahlah.”Farhah tepuk-tepuk dadanya,sekadar mempertahankan pendiriannya yang cuba digugat dek Elia.Elia mencebik sambil menjeling tajam. 
 
“Huh,ego nak mampus!Sekarang ni bolehlah kau cakap macam tu...lepas dah bercerai nanti,bila kau terpaksa tanggung risikonya dan perlu berhadapan dengan dunia,baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.”
 
 “Kau nak kata yang janda ni low class lah?Gitu?” “Aku tak cakap macam tu tapi kau tahulah apa persepsi masyarakat kita pada seorang perempuan yang bergelar janda.Mentaliti masyarakat kita masih tak berubah.Kau sanggup hadapinya?”
 
 “Tak kisahlah apa pun risikonya tapi yang aku tahu aku nak bercerai.Full stop!”Farhah sudah mula panas hati.Ini yang malas ni bila berbual dengan Elia tentang topik yang agak sensitif begini.Dia keluar dengan Elia pun sebab nak hilangkan bosan dan kembalikan moodnya yang hilang tapi Elia pula nak bagi ceramah macam pakar motivasi hal ehwal rumahtangga sedangkan Elia sendiri pun masih membujang sampai sekarang. 
 
“Kau dah pergi kaunseling kat pejabat agama?”tiba-tiba Elia menyoal setelah masing-masing menyepikan diri. Farhah menggeleng. 
 
“Tak ada sebab aku nak ke sana,Elia.Kan aku cakap pada kau yang hubungan aku dengan Muhsin dah tak ada apa-apa makna jadi tak guna aku ke pejabat agama dan dapatkan khidmat nasihat dan bantuan.” Elia mencerunkan mata memandang wajah Farhah yang masih beriak selamba. 
 
“Kau ni,degil tak sudah-sudah.Aku bukan apa,Far.Aku sayang kau tahu?Aku dah kenal kau dari sekolah lagi.Kita dah berkawan berbelas-belas tahun pun.Apa-apa yang terjadi pada kau,aku turut sama rasanya.Aku agak terkilan dengan apa yang terjadi antara kau dan Muhsin.Aku tahu yang aku ni tak layak bercakap soal hubungan suami isteri pada kau sebab aku sendiri pun masih single sampai sekarang tapi sebagai kawan baik kau,aku cuma nak lihat kau bahagia.Itu saja.Dan aku rasa keputusan kau untuk bercerai ni adalah keputusan yang paling bodoh pernah kau buat dalam hidup kau.Kau tak pernah fikir apa perasaan orang tua kau?Apa pandangan saudara mara kau bila kau dengan Muhsin berpisah nanti?Sedih Far...sedih sangat.”bening mata Elia hampir basah.Menggigil tangannya bila bercakap hal ini dengan Farhah sedangkan Farhah masih tayang wajah selamba bagaikan tak terkesan sedikit pun dengan apa yang dituturkan Elia. 
 
“Tak payahlah nak sedih sangat.Yang nak bercerai tu aku,bukannya kau.Tapi kau punya reaksi tu,dramatik sangat okey!Dah macam pemenang kategori pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Skrin.”Farhah tayang senyuman sebelum tergelak kecil.Separuh menyindir.  
 
“Mestilah aku sedih sebab aku ada perasaan.Bukannya macam kau!” 
 
“Heh,dahlah.Aku nak pergi order makan.Kau nak makan apa?Aku tolong belikan.”Farhah bangkit mendadak dari kerusinya sambil tenung muka Elia yang dah suram.Kalau bercakap dengan Elia dan melayannya,silap-silap dia sendiri yang akan rasa sakit hati nanti.Bimbang perkataan Elia akan terbenam dalam hatinya dan membuatkan dia berubah hati nanti.Dia tak mahu.Keputusannya untuk berpisah adalah muktamad.Dia tak mahu kata-kata Elia akan membuatkan dia berfikir banyak kali sehingga boleh menjejaskan hati sendiri. 
 
“Macam biasa.”Elia jawab mendatar dan membiarkan Farhah bergerak ke bahagian menjual makanan. Meja di depan dihentak lembut sambil mengetap bibir.
 
 “Kau ni memang degil sangat-sangat,Farhah!Ego!Jangan satu hari nanti kau menyesal dengan keputusan yang kau buat sudah!”gumam Elia melepas rasa sambil menghantar kelibat Farhah melalui ekor matanya.
 
 ***
 
 Seperti yang dicanangkan semalam kepada Muhsin,petang ini juga dia sampai ke rumah mereka.Kalau ikutkan hati,memang tak ingin dia balik ke sini dan menghadap muka suaminya itu tapi apa boleh buat.Esok dia kerja.Tak mungkinlah nak bermastautin di rumah emaknya untuk berulang alik ke pejabat.Tak mahu nanti dikatakan yang dia dan Muhsin sengaja nak timbulkan masalah.Selagi Muhsin belum lafaz kata cerai,dia masih isteri lelaki itu.Dan dia tidak akan keluar dari rumah ini selagi tidak disuruh. 
 
Pintu rumah ditolak.Dia tahu yang Muhsin tak ada di rumah.Keretanya tak ada di halaman.Lega sikit rasa hatinya.Kalau suaminya itu ada,pasti mereka akan bertengkar lagi.Buat sakit hati,sakit jiwa.Bilik tidur dituju.Lega sangat bila dia dapat menguasai keseluruhan ruang bilik tidur yang besar ini seorang diri.Tak ada orang yang akan bising padanya.Dalam hati dia berdoa semoga Muhsin pulang lewat.Boleh dia melepak dan layan perasaan sendiri di sini. Tilam bersaiz king didekati dan dihumban saja tubuhnya ke situ melepas rasa. 
 
“Ya Allah,nikmatnya!”pekik Farhah lalu menggolek-golekkan tubuhnya ke kiri kanan.Elok menggolekkan diri di situ dengan rasa bahagia,almari baju yang terletak di hujung bilik dipandang. Farhah bingkas bangkit dan mendekati almari.Pintu dibuka dan menelek pakaian yang tergantung di dalamnya.Dagu diketuk dua tiga kali sebelum bercekak pinggang.Otak ligat memikirkan sesuatu.Kemudian,pakaian-pakaian yang bergantungan di dalam almari diselak satu demi satu. 
 
“I need to do something!”bisik Farhah sambil menekur pakaian milik Muhsin yang bersatu dengan baju-bajunya di dalam almari. 
 
Tak sampai seminit,Farhah terus capai kesemua baju-baju Muhsin yang tergantung di situ dan mengeluarkannya sebelum mencampakkannya ke atas katil buat sementara.Almari itu akhirnya dibersihkan dan hanya membiarkan pakaiannya yang berada di sana.Pakaian milik Muhsin diambil dan dibawa menuju ke bilik tetamu yang terletak bertentangan dengan bilik peraduannya.Tak mahu lagi berkongsi almari dengan lelaki itu.Dia tak mahu bau-bauan Muhsin melekat dan bersatu dengan baju-bajunya.Bilik tidurnya dijejaki semula dan mengeluarkan semua barang-barang peribadi Muhsin dan memindahkannya ke bilik tetamu.Hampir sejam juga dia buat acara pembersihan sehingga dia benar-benar puas hati. 
 
“Hmm...baru rasa dunia ni indah!”Farhah bersorak sambil memerhati ke sekeliling bilik.Namun otak jahatnya bertindak agresif sehingga mencipta idea-idea lain. 



BAHAGIA MENGETUK HATI - AMANDA ZEE

BAHAGIA MENGETUK HATI - AMANDA ZEE
HARGA : RM24.00
BUKU : BARU


TELINGAKU diganggu bunyi yang membingitkan. Kalut aku mencari puncanya. Tanganku menggagau di bawah bantal. Tersentuh benda keras, jari kutekan. Bunyi itu hilang. Lega. Baru hendak menutup semula mata yang terpisat-pisat, pendengaranku diganggu lagi. Ketukan bertalu-talu di pintu bilik pula.
"Siapa pula ni? Sekejap!" Kacau daun betul namun aku gagahkan juga bangkit dari katil. Sempat aku kerling jam di dinding. 5.45 pagi.
"Hmmm..." tanya aku malas tanpa memandang orang di depan sebaik pintu aku kuak dari dalam. Sebaliknya aku ralit menenyeh mata yang masih sukar untuk dibuka. Berat betul kelopak mataku pagi ini. Entah berapa ratus ekor syaitan agaknya yang bergayut.
“Apa nak jadi dengan kamu ni?”
“Papa…” Meleret suaraku bernada malas. Tak sangka papa sanggup mencemar duli datang ke tingkat atas semata-mata mahu mengejut aku.
"Masuk pejabat hari ni." Satu arahan muntah dari mulut papa.
"Huh?" Terlopong mulutku. Dan dan mataku terbeliak. Terkedip-kedip menatap wajah papa. Patutlah papa rela hati mengejutkan aku. Itu sebenarnya tujuan papa ke sini.
"Jangan nak buat muka terkejut. Selepas solat, turun sarapan. Kita pergi pejabat sama-sama," arah papa lagi.
"Kalau tak pergi?" Aku cuba tawar menawar. Bukan tak biasa berurusniaga dengan papa. Sudah selalu dan selalunya papa menerima tawaran aku.
"Semua kemudahan papa tarik balik. Perintah berkurung akan berkuatkuasa." ugut papa.
"Benci." Terus kututup pintu tanpa pedulikan papa yang masih berdiri di situ. Kaki aku hentak-hentak tika berjalan ke katil. Tanda memprotes atas arahan papa tadi.
Entah apa angin papa agaknya hari ini. Memaksa aku menurut perintahnya. Mungkinkah sebab semalam? Takkan lah. Aku tahu papa tahu aku selalu keluar rumah setiap malam. Tak mungkin papa tahu apa yang berlaku melainkan Hazim bercerita. Ya, melainkan Hazim bercerita.
"Jangan lambat." Papa beri amaran bersama satu ketukan kuat pada pintu bilikku.
"Arghhh!" Aku menjerit sekuat hati. Ingatkan papa sudah tiada. Rupa-rupanya setia berdiri di depan pintu bilikku. Lagi satu papa ni macam tahu-tahu aje aku nak beradu semula. Pasal kerja tu bukan ke papa tahu aku belum bersedia hendak bekerja. Belum puasenjoy.
 
 
 
AKU bersandar lemah. Kenapalah aku tiada adik-beradik? Kalau ada bolehlah aku mengelat. Tidaklah aku ada di dalam kereta dengan papa sekarang ini. Aku menggeleng. Banyakkan beristighfar, Ernie. Percaya kepada qadak dan qadar Allah.
"Nak tunggu sampai bila?" Papa pandang muka aku.
Masa ini aku rasa macam nak cekik-cekik Pak Samad. Kenapalah dia pandu kereta ni perlahan sangat. Skema betul. Kalau bawa dengan kelajuan ala-ala budak baru lepas dapat lessen, pukul berapanya nak sampai ke pejabat. Selalunya tidak sampai setengah jam sudah sampai. Itu pada firasat akulah sebab papa selalu akan hantar laporan pada mama. Ini mesti papa berpakat dengan Pak Samad, dugaku.
"Kalaulah papa ada anak lelaki..." Papa merenung ke luar tingkap.
"Pa..." Tangan papa aku raih. Malas mahu mendengar melankolik papa di pagi hari. Suka sangat menduga hati aku dengan kata-kata syahdu.
Papa menoleh. Tersenyum memandangku. Tanganku ditepuk lembut.
Itu kelemahan aku. Tidak sampai hati melukakan hati papa. Sementelah dia yang menjaga aku selama ini selain mama.
"Ernie akan seronok, sayang. Trust me." Papa gosok kepalaku. Tona suara papa juga lembut. Mendalam hingga mampu menusuk ke dalam hatiku yang tebal ini.
Aku renung wajah papa. Cuba kuikhlaskan riak di wajah. Tidak mahu papa terasa hati dengan sikapku tadi. Akhirnya aku menadah telinga bersama senyuman di bibir sambil mendengar cerita papa.
"We're are here. Come." Papa menggamit. Sabar menunggu aku di luar kereta.
Aku terpinga-pinga. Sudah sampai rupa-rupanya. Khusyuk mendengar cerita papa hingga tidak sedar kami sudah tiba. Badan aku tegakkan. Ada debaran di dada. Seolah-olah ada sesuatu yang menanti aku di dalam sana.
"Selamat pagi, dato'." Itu sahajalah ayat yang aku tangkap sepanjang berjalan menuju ke bilik kerja papa.
Bosan. Tak pasal-pasal aku juga terpalit sama. Terpaksa lemparkan senyuman plastik. Itu pun selepas mendengar leteran papa. Papa kata kita kena kenal dan mesra dengan semua staff. Tanpa mereka kita tak akan jadi seperti apa yang kita ada hari ini.
"Pa, toilet?" Aku berpura-pura tidak senang berdiri apabila sampai di depan pintu bilik papa.
"Nervous?" Papa menyoalku.
Aku mengangguk kemudian menggeleng.
Papa ketawa tapi diberitahu juga arah ke tandas.
Kelam-kabut aku berjalan. Betul kata papa. Mungkin aku gementar. Jam 9.00 nanti papa akan memperkenalkan aku kepada semua staff. Aku akan diletakkan di bahagian kewangan untuk permulaan. Papa mahu aku tahu kedudukan kewangan syarikat. Papa kata akauntan syarikat ini adalah yang terbaik setakat ini. Bila masa aku dapat info semua ni? Dalam kereta tadilah.
"Opsss... maaf." Satu suara garau menerjah gegendang telingaku.
Serentak itu tanganku menekan dinding mengelak diriku dari tersembam ke lantai. Mana tidaknya. Badanku dilanggar kasar hingga hampir terjatuh. Nasib tangan aku cekap. Kalau tidak memang aku buat wayang percuma dekat sini. Orang yang melanggar aku ini pun matanya letak dekat manalah. Agaknya balasan Tuhan kerana aku tidak ikhlas menerima arahan papa.
Aku mendengus. Kepala aku dongakkan.
"Kau?" Terkejut aku melihat pemilik suara garau yang meminta maaf.
Penampilan dia berbeza dari semalam. Kalau semalam dia nampak segak dengan hanya berbaju t, denim biru dan sneakers. Hari ini dia bertambah segak dengan kemeja lengan panjang biru gelap, bertali leher biru lembut dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam berkilat.
"Memang betullah aku hensem." Hazim ketawa.
"Perasan." Aku berpaling. Cuba menyorokkan wajah.
Oh, Ernie! Kenapa kau suka tunjukkan kebodohan depan dia? Aku tak bersalah. Siapa suruh dia menjadi makhluk Allah yang paling indah untuk dilihat? Kalau perempuan lain yang memandang pasti akan bereaksi sama seperti aku.
Kepala aku dah ting tong agaknya. Sibuk bercakaran pasal mamat bajet bagus ini dalam otak. Wait, apa dia buat dekat sini?
"Akhirnya." Hazim bersuara. Bersandar santai di dinding dengan sebelah tangan di dalam kocek seluar.
Aku memandangnya semula. Dahi aku kerutkan. Tidak faham.
Hazim tersenyum nakal. Mata dikenyitkan sebelum dengan selamba dia berlalu dari situ.
Haish...mmamat bajet bagus ini, memang menduga iman aku betul. Suka sangat meninggalkan aku dengan teka-teki. Ingat aku ni mahir sangat meneka dalam kesamaran.
"Ernie!"
Laungan kuat suara papa mematikan lamunanku. Nampaknya aku tidak dapat melepaskan 'hajat'. Semuanya gara-gara mamat bajet bagus tadi.
"Sudah?" Papa tersenyum. Bertanya sebaik aku berdiri di hadapan dia.
Aku hanya mampu mengangguk. Malu dengan soalan papa. Boleh pula bertanya soalan serupa itu di depan orang.
Pembantu peribadi papa yang bersama-sama menunggu aku turut tersenyum memandang aku. Dia menghulurkan sebuah daily planner dan sebatang pen kepada aku.
"Semua dah masuk, Yana?" Papa menoleh kepada pembantu peribadinya.
"Sudah, dato'. Tunggu dato' dan Cik Ernie saja," jawab Yana yakin.
Berdebar-debar dada aku bila mendengar jawapan Yana. Mesti semua staf hadir. Mampukah aku berdepan dengan mereka semua? Come on, Ernie. You can do it, girl.
"Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Saya pun ada hal lain selepas ni." Papa sudah melangkah terlebih dahulu.
Yana menurut.
Aku? Sengaja melengah-lengahkan langkahku. Macamlah aku tak perlu masuk ke dalam bilik mesyuarat itu kan.
"Assalamualaikum." Papa memberi salam sebaik pintu bilik mesyuarat dibukanya.
Salam papa dijawab serentak oleh semua yang ada di dalam.
Aku kaku. Mata meliar memerhati sekeliling. Pandangan aku terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang leka berbual di sudut bilik.
Dia? Dia pun ada di sini? Bermakna aku akan berjumpa dengan dia setiap hari. Tuhan, rencanaMu sangat hebat tetapi mampukah aku?
"Ernie!"
Saat nama aku dipanggil, mata berlaga dengan pandangan Hazim. Aku termalu sendiri. Perasan ada senyuman sinis di bibirnya. Untuk kesekian kali, aku tertangkap ketika ralit memandang dia.