Search This Blog

Showing posts with label FAUZIAH ASHARI. Show all posts
Showing posts with label FAUZIAH ASHARI. Show all posts

KAN KUKEJAR CINTA KAMU - FAUZIAH ASHARI




KAN KUKEJAR CINTA KAMU - FAUZIAH ASHARI
HARGA BUKU : RM28.90


 Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.
Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...
--------------------------
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
-------------------------
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.
----------------------------

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

SETIA MENANTI - FAUZIAH ASHARI


SETIA MENANTI - FAUZIAH ASHARI

HARGA : RM24 


“I datang sini dengan keizinan suami I dan I tak mahu robohkan kepercayaan dia. Hidup kita tetap bermakna walaupun yang dicinta tidak bersama kita. Semuanya ada rahsia tersirat. Semuanya ada sebab pada setiap kejadian. Semuanya ada hikmah apabila Allah beri kita ujian. I isteri orang, jangan ditunggu dan diharap.” – Adrina

Terasa dirinya dayus jika melupakan terus deringan itu sebaik nama ‘Zul’ terpampang di situ. Jelas air mukanya juga dalam keadaan marah. Dia tidak peduli pada titisan air mata Adrina. Sebaliknya tersenyum sinis. – Akid Ajmal

Dia memandang sepi sisinya yang kosong. Dia meraba pembaringan yang sepatutnya milik Akid Ajmal. Dia reda, dia pasrah tapi tidak dinafikan dirinya parah saat ini. Tidurnya jarang lena lagi sejak peristiwa malang itu. Sesekali igauan-igauan buruk akan muncul menghantui dirinya tetapi dia bersyukur tidak terlalu paraniod. Mungkin kerana dia pengsan ketika pengkhianat durjana itu menjajah tubuhnya. – Nur Fatihah Nabila

“Pada I, mencintai seseorang itu adalah dengan memiliki untuk bahagia atau melihat dia bahagia. Kalau perempuan itu amat mencintai kekasihnya, mengapa pula I nak ganggu dia. Tapi, kalau I tahu dia mencintai lelaki itu, pasti I akan rebut” – Zulfaris

MATAHARI CERAH LAGI - FAUZIAH ASHARI



MATAHARI CERAH LAGI - FAUZIAH ASHARI

HARGA : RM21.90 


Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan…
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta… Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud… Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus… Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta… Munir.

DURI - FAUZIAH ASHARI


DURI - FAUZIAH ASHARI

HARGA : RM19.90 


Dia ditinggalkan kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik. Nur Amalsufi menjadi manusia tegar, Hidupnya penuh kepura-puraan. Namun, mampukah suaminya, Muzhaffar Zaman membendung sikap hipokritnya lalu menjelmakan rasa sayang dan cinta?

“Apa maksud kau? Kau kahwin kontrak ya? Kau ingat kahwin ni main-main! eh! kau dah gila ke Sufi?” Hanum

“Kalau setakat penghinaan ibu pada keluarga saya, saya tak sudi menyerahkan maruah saya pada keluarga ni. Saya juga tak ingin menyerahkan tubuh saya pada Muzhaffar!” – Sufi

“Mentang-mentang dia cucu kesayangan nenek, nenek ikut aje cakap dia. Abah pun satu, mentang-mentang Kak Sufi tak pernah lawan cakap dia, sanggup lukakan hati Nuri. Abanag Zhaf, tu kan tunang Nuri” – Nuri.

“Tadi, ada juga dia cakap mesti ikut janji. Tapi… tak pulak terang terang mintak cerai. Hisy… dia nak cerai ke tidak ni? Pening kepala aku ni. Pening!” – Muzhaffar.

CINTA...TIADA AKHIRNYA - FAUZIAH ASHARI


CINTA...TIADA AKHIRNYA - FAUZIAH ASHARI
(kesinambungan novel OMBAK RINDU)
HARGA : RM22.90
BUKU : BARU

Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'Ombak Rindu' dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta...Tiada Akhirnya'.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah...CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA...TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

RINDU CINTAKU - FAUZIAH ASHARI


RINDU CINTAKU - FAUZIAH ASHARI
(kesinambungan novel CINTA TIADA AKHIRNYA; penamat kisah OMBAK RINDU)
HARGA : RM23.90
BUKU : BARU

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.
Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoanya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau ...nyawa?

OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI



OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI
HARGA BUKU : RM19.90
BUKU : BARU

 IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

BISIK-BISIK GELORA - FAUZIAH ASHARI


BISIK-BISIK GELORA-FAUZIAH ASHARI
HARGA BUKU : RM 25.90
BUKU : BARU
STOK : ADA (LAST STOK)

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?