Search This Blog

DIA JANJI SETIA - WAN NUR NAJIHAH

DIA JANJI SETIA - WAN NUR NAJIHAH

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA
Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.
"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬
"‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata.
"‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬awak‭."‬UMAR IZZHAN
Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 
"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." ‬