Search This Blog

KERANA AKU CINTA KAMU - SOPHILEA


KERANA AKU CINTA KAMU - SOPHILEA
HARGA TAWARAN: RM40.00(SEM) / RM47.00 (S/S)

HARGA TERMASUK PENGHANTARAN (POS)


  CETAKAN TERHAD !  

HARGA TAWARAN TAK SAMA DGN HARGA BUKU..HARAP MAKLUM

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366


***INFO DARI PENERBIT

**BUKAN Limited Edition, CETAKAN TERHAD mungkin...mungkin dalam 700 buah cetakan sahaja...sebab cetakan seterusnya bergantung kepada permintaan

BAGI PEMINAT SOPHILEA , KENA CEPAT YA KALAU NAK ORDER 

********************************************************************************************************
Sinopsis : 

Meski ujian yang datang seluas lautan tapi Rahmat Allah tetap sahaja setinggi langit. Cinta itu kalau bukan datang dengan ujian kita tak akan dapat manisnya rindu, indahnya sayang.
“Saya cintakan Raihan dan saya pilih Raihan.”

Demi Raihan, Nazrin sanggup berkorban. Demi Raihan, Nazrin rela lakukan apa sahaja.

‘Maafkan saya Nazrin kerana saya tak mampu untuk menjadi isteri awak sedangkan ikatan kita direstui Allah.’
‘Saya tak pernah lelah menanti, tak pernah penat menunggu Raihan untuk terus menjadi yang teristimewa di hati saya.’
Mampukah Raihan dan nazrin mengharungi ujian cinta kalau yang datang itu bukan ujian biasa.
"Saya macam tak percaya Raihan ada kat sini dengan saya. Saya macam tak percaya isteri saya ada dengan saya."
"Kenapa? Bukankah wajib seorang isteri mengikuti suaminya."
Raihan senyum. Dia mahu bahagia.
"Saya sayangkan Raihan. Walaupun dah berkali-kali saya cakap tapi saya masih tetap nak cakap. Bukan dari semalam tapi dari dulu lagi. Dari saat pertama kali kita kenal. Hati saya dah jatuh pada Raihan. Bila Raihan mahu menjadi isteri saya itulah saat paling bahagia dalam hidup saya. Mencintai, menyayangi dan memiliki Raihan."
Kerana aku cinta kamu..
Ini pengorbananku..
Kerana aku cinta kamu..
Ini janjiku...
Kerana aku cinta kamu
Ini jiwaku....
Kamu hanya kamu bukan dia
Mencintai kamu sepenuh jiwa
Menyayangi kamu sepenuh hati
Membuatkan jiwa ini menemui syurganya
Biar jalan ini berliku
Aku tetap lurus memegang tanganmu
Merindu kamu
Bisa sahaja aku mendaki gunung tinggi
Kerana aku cinta kamu

*****************************************************************************************
  TEASER   


Tangan Nazrin menggeletar sedikit. Dia tarik nafas, hembus. Tarik lagi hembus lagi. Akhirnya tombol pintu dipusing. Pintu terbuka. Dia nampak Raihan sedang termenung diatas katil. Perlahan-lahan dia menghampiri Raihan.
"Bila awak masuk? Syaa tak dengar." Raihan tersenyum pada Nazrin yang berkain pelikat dan t-shirt merah hati.
"Raihan termenung jauh. Itu yang tak dengar saya masuk." 
Nazrin duduk disebelah Raihan. Dia nak pegang tangan Raihan tapi malupun ada. Malu ya Nazrin? Dalam sms tak malupun.
"Raihan okey?" Soal Nazrin. Raihan angguk.
"Terima kasih untuk apa yang awak lakukan pada saya."
"Ehem.." Nazrin duduk rapat sikit. Sebelah tangannya diletakkan dibelakang Raihan.

"Kenapa nak berteima kasih. Raihan isteri saya. Kewajipan saya untuk beri perlindungan pada Raihan. Lagipun lebih selamat Raihan duduk dengan sayakan dari duduk asrama. Sudahlah asrama lelaki dekat je. Tak senang duduk nanti syaa kat rumah ni."
Raihan ketawa. Episod duka semalam mahu ditinggalkan.
"Pastilah saya duduk dengan awak, Nazrin. Syurga sayakan di bawah telapak kaki awak. Kenapa saya harus memilih neraka sedangkan syurga saya ada disini."
'peluang!.' Nazrin terus letak tangan nya dibahu Raihan. Rapatkan sedikit tubuh Raihan ke tubuhnya.
"Kalau syurga Raihan di bawah tapak kaki saya, syurga saya pula pada hati Raihan."

'Em cikgu Ekonomi dah jadi cikgu sastera ya.'
"Sebulan saja lagi Raihan. Lepas tu Raihan dan saya akan bebas macam apsangan lain. Tak seronoklah saya rasa macam nak bagitahu kat sekolah saya suami Raihan. Tak tahan tengok Raihan bergurau dengan Fakhrul dan pandnagan tajam cikgu Azmir tu. Boleh buka langkah silat saya." dielus-elusnya rambut Raihan yang panjang separas bahu.
"Saya bergurau masih dalam batasan. Saya tahu saya isteri orang walaupun Fakhrul tak tahu." Raihan letakkan kepalanya di bahu Nazrin. Lagilah jantung Nazrin macam terjun ke dalam gaung.
'Sabar Nazrin..'
"Saya macam tak percaya Raihan ada kat sini dengan saya. Saya macam tak percaya isteri saya ada dengan saya."
"Kenapa? Bukankah wajib seorang isteri mengikuti suaminya."
Raihan senyum. Dia mahu bahagia.
"Saya sayangkan Raihan. Walaupun dah berkali-kali saya cakap tapi saya masih tetap nak cakap. Bukan dari semalam tapi dari dulu lagi. Dari saat pertama kali kita kenal. Hati saya dah jatuh pada Raihan. Bila Raihan mahu menjadi isteri saya itulah saat paling bahagia dalam hidup saya. Menyintai menyayangi dan memiliki Raihan." tubuh Raihan dipeluk erat.
"Macamana tu? Usia kita berbeza." jwab Raihan.
"Masa saya kenal Raihan, masa tu Raihan baru form 5. Saya pulak baru 23 tahun. Rasanya tak jarak sangat kut usia kita. Mungkin Raihan rasa macam tu sebab Raihan masih disekolah. Tapi percayalah Raihan lebih matang dari wanita-wanita yang saya pernah kenal diluar sana."
"Menyintai awak juga adalah anugerah terindah dalam hidup saya Nazrin. Saya cuma mahu awak menyayngi saya sepenuh hati awak."

********************************************************************************************************