Search This Blog

KATAKAN SAJA - HANI FAZUHA



KATAKAN SAJA - HANI FAZUHA


Pertemuan pertama mereka hanya sebab sekeping roti. Bagi Nur Azzahraa, roti itu sangat bermakna. Tapi bagi Tengku Khalief, ia hanya sekeping roti yang terjatuh dan terpijak.

“Ambil dompet ni, pergi beli kilang roti.” – Tengku Khalief.
Angkuh dan sombong plus cerewet, Tengku Khalief di anggap ‘VIP gila’ di resort tempat Azza bekerja. Dan kegilaan Tengku Khalief itulah yang telah mengubah hidup seorang Nur Azzahraa.

“Kenapa Tengku buat semua ni?” – Nur Azzahraa.
“Untuk halalkan yang haram.” –Tengku Khalief.
“Tapi, tak bermakna yang halal itu hanya untuk dilihat saja depan mata.” – Tengku Khalief.

Berkahwin dalam usia muda dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari, sesuatu yang agak tidak logik. Tetapi demi selamatkan maruah diri, Azza menurut. Dan menjadi isteri tanpa cinta, sangat mencabar buat Azza. Apatah lagi bila Tengku Khalief sudah ada wanita lain bernama Jazlin.

Dalam perasaan yang meragukan, dalam prasangka yang sering membunuh kepercayaan, Azza akur yang dia tak berhak untuk dapatkan apa-apa dari lelaki bergelar suami.

“Kejujuran tak semestinya akan buat kita nampak mulia di mata orang lain.” – Tengku Khalief.

Masalahnya, di mana mahu dicari kejujuran itu? Jika di hati,
Azza tahu dia pasti akan gagal mencari kerana hati Tengku Khalief bukan untuknya.

Persoalannya di sini, siapa sebenarnya yang ada di hati Tengku Khalief? Azza atau Jazlin? Jika bukan sebab cinta, apa sebenarnya yang mengikat Tengku Khalief dan Azza menjadi suami isteri?