PROPOSAL CINTA SELAMANYA - ROSE HARISSA
HARGA: RM22.00 (Sem) / RM25 (SS)
HARGA JUAL : RM 23.00/ RM 26 (SS)
(Termasuk pos)
HARGA JUAL : RM 23.00/ RM 26 (SS)
(Termasuk pos)
KELUARAN : APRIL
Sinopsis:Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.
“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.
Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.
“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.
Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.
“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai… boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.
Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?
“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.”