PRE-ORDER
MR. UNCLE SEXY - HANA (HE)
MR. UNCLE SEXY - HANA (HE)
HARGA BUKU : RM 40.00
TARIKH TUTUP PRE-ORDER - 31 OGOS 2019
TARIKH TUTUP PRE-ORDER - 31 OGOS 2019
WHATSAPP : 0177342366
Hazel tak tahu bila perasaan itu hadir, yang Hazel tahu dia dah mula jatuh hati pada Radhika Putra. Lelaki yang sering sahaja menjadi penyumbang terbesar untuk Pusat Tahfiz Al-Haiyan, milik bapa Hazel. Ramai pertikaikan sikap Hazel yang gila-gila. Jauh berbeza dengan perwatakan Ustaz Haiyan. Jawapan Hazel mudah, selagi dia tak langgar mana-mana tuntutan agama selagi tulah tak ada sesiapa pun yang layak untuk menghukumnya.
‘Walid boleh tak bagitahu pada Radhika yang Hazel sukakan dia? Kalau boleh, Hazel nak kahwin dengan dia. As soon as possible. - Hazel
Hampir jugalah walid si Hazel ni nak tergolek jatuh dari sofa. Hazel ni biar waras sikit boleh tak? Hazel tu baru aje berusia 23 tahun, sedangkan si Radhika tu dah 38 tahun.
‘Hazel ingat Radhi tu muda lagi ke? Dah 38 tahun. Sanggup ke nak jadi isteri dia?’ - Ustaz Haiyan
‘Betul ke umur dia 38 tahun, walid? Ah, tak kisahlah. Asalkan Hazel nampak dia seksi pun dah cukup. Badan ketul-ketul macam tu, orang mesti tak boleh teka yang dia tu dah tua.’ - Hazel
Tepuk dahi Ustaz Haiyan. Mula-mula dia ingat Hazel sekadar main-main dengan setiap patah katanya. Mulai anggap Hazel serius pabila nampak saja muka Radhika muncul di hadapan rumah mereka, Hazel mulalah sibuk nak cari perhatian.
‘To be honest. What do you want from me, Hazel?’- Radhika
Lurus saja Radhika bertanya sebab dia dah naik rimas dengan sikap Hazel yang seringkali cuba untuk mencuri tumpuannya.
‘Walid tak bagitahu Uncle Sexy ke yang saya nak nikah dengan Uncle Sexy?’ - Hazel
Kening Radhika berkerut. Entah panggilan jenis apalah si budak hingusan ni gelarkan pada dia.
‘Pardon? Uncle what?’ - Radhika
‘Uncle Sexy. Sesuai untuk lelaki yang dah berusia dan seksi macam awak.’ - Hazel
Acap-kali Radhika halang Hazel daripada memanggilnya sebegitu. Tetap si Hazel tunjuk keras kepala. Hinggalah satu keadaan membuatkan Radhika terpaksa juga mengahwini Hazel. Dengan rela hati.
‘Hazel tak buat semua tulah, walid. Si Raimy tu yang tergila-gilakan Hazel sampai sanggup fitnah Hazel macam ni. Seteruk-teruk perangai Hazel, Hazel masih tahu hukum agama.’ - Hazel
Nak tutup mulut orang kampung. Nak matikan niat Raimy yang tak sudah-sudah obses akan Hazel, Radhika hadir menghulurkan bantuan.
‘If things will get better, let me marry her.’ - Radhika
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Hazel setuju tanpa banyak soal. Jadi isteri Radhika Putra, memang antara misi paling utama yang Hazel pernah usahakan.
‘Uncle sexy, malam ni makan malam dekat rumah tak?’ - Hazel
Cerita sebelum kahwin dah buat Radhika haru-biru. Ini pula cerita selepas kahwin. Suka sangat si Hazel ni buat jantung Radhika hendak gugur. Kalau setakat telinga Radhika saja yang mendengar tak apalah. Tapi bila Hazel panggil dia macam tu di hadapan rakan perniagaan yang lain, haruslah Radhika rasa kebas pipi juga.
‘Can you please stop calling me that, Hazel?’ - Radhika
Hazel julingkan mata ke atas berserta isyarat ‘NO’. Kata Hazel, panggilan itu istimewa dari Hazel untuk Radhika sahaja. Penat nak melarang, Radhika tunduk mengalah. Berbagai ragam pabila terpaksa mengahwini ‘budak mentah’ seperti Hazel. Dan Radhika, perlu bijak untuk membuatkan Hazel patuh pada arahan dan tugasnya sebagai seorang isteri. Namun di saat fitnah itu semakin berleluasa, goyah juga rumahtangga yang mereka bina.
‘Is it true what Raimy told me, Hazel? Yang sebenarnya semua ni rancangan awak untuk dapatkan saya? - Radhika
Hati mana yang tak sakit pabila kepercayaan itu sebenarnya sudah dikhianati dari awal?
Jiwa mana pula yang tak perit saat keikhlasannya diragui oleh sang suami?
Masing-masing sepi membawa diri. Sibuk melayan rentak hati yang terbelah. Lantas mereka tertanya-tanya, mampukah ‘kapal’ yang hampir karam di tengah lautan ini kembali berjaya mereka sama-sama kemudikan semula ke daratan?