Search This Blog

DATING MISS MILLIONAIRE - SYAMNURIEZMIL

DATING MISS MILLIONAIRE - SYAMNURIEZMIL

HARGA BUKU : RM 28.00 (SM) 
TERMASUK POSTAGE

WHATSAPP : 0177342366

Jelita Adzra merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Jalil dan Puan Sri Adzna. Dia mewarisi keseluruhan kekayaan kedua orang tuanya. Kerana dia merupakan Miss Millionaire... hidupnya telah diatur dan dikawal sejak kecil. Jelita tak kisah. Dia ikut semuanya tanpa bantahan sehinggalah dia berusia 28 tahun.

“J tak nak bodyguard ikut. Cukuplah Zahara saja ikut J ke Bangkok nanti. Kalau daddy...”
“Okay, fine. Boleh.”

Terasa rancangan daddynya berbaur muslihat... Jelita menyuruh Zahara, pembantu peribadinya menyiasat siapa yang bakal mengikuti mereka ke Bangkok. Rupa-rupanya, anak Dato’ Harith yang bernama Zayd Harrison. Malangnya, tiada sebarang informasi tentang Zayd yang diperoleh. Oleh sebab itu, Jelita menyuruh Zahara menyamar sebagai dirinya.
Tak sangka Jelita, rupa-rupanya ada yang tahu tentang penyamarannya itu.

“Fine. Saya akan jawab. Tapi, apa rahsianya, Encik Zhafran?”
“Kenapa awak menyamar jadi Cik Zahara, Cik Jelita Adzra?”

Zhafran Yusof, merupakan adik angkat Zayd. Kedua orang tuanya telah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil dan kenangan yang paling manis yang dia simpan ialah sewaktu zaman sekolah rendah. Kenangan itu termasuk cerita cinta pertamanya, Jelita Adzra yang berjaya mencuri hatinya sejak darjah satu.

Konflik mula timbul apabila Rebecca Tan Sri Rashid, seorang yang selalu cari pasal dengan Jelita membuat pertaruhan dengan kawan-kawannya untuk dapatkan Zayd. Geram dengan Rebecca, Jelita merancang untuk menggoda Zayd terlebih dahulu. Akibat itu, penyamarannya berubah. 

Menariknya... Jelita tak bertepuk sebelah tangan.

“Hati saya ni bukannya Maybank2u sampai nak kena pakai password. Tak perlu sampai nak jadi penggodam, Zayd.”
“So, engineer pun bolehlah?”
“As long as he is the right person, the heart will unlock itself.”

Masalahnya, adakah Zayd orang yang tepat? Berbaloikah Jelita buat Zayd jatuh cinta padanya... semata-mata untuk menyakiti hati Rebecca?

“Selamat malam, Jel. Don’t forget our date start tomorrow. I’ll pick you up... be ready, jangan lari. Assalamualaikum.”


Atau... Zhafran akan jadi penyebab hati Jelita yang sekeras tungsten... menjadi cair? Siapa agaknya yang layak dating dengan Miss Millionaire?