Search This Blog

MISI MENANTU MR BAD GUY - AILAH DIELA


MISI MENANTU MR BAD GUY - AILAH DIELA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


HILANG saja mama nya dari pandangan, cepat Ahqaf bergerak merapati Anggerik yang berdiri di tepi peti ais.
“Anggerik. Kongsi.” Pintanya sambil memandang ke arah vitamin yang berada di tangan isterinya.
“Ini vitamin untuk ibu mengandunglah. Kan mama kata bos tak boleh makan.” Vitamin yang berada di tapak tangan Anggerik larikan ke belakang tubuh.
Setiap kali dia nak makan vitamin mesti terpaksa bergelut dengan Ahqaf. Dah lah jenis tak mahu kalah.
“Hiss! Bagi ajelah. Kau makan satu je. Jangan nak kedekut dengan suami sendiri boleh tak.” Tangannya melangkau ke belakang Anggerik. Dia tak kira! Dia nak juga vitamin yang Anggerik makan tu.
Bau tu saja dah buat dia telan liur. Manis. Pertama kali dia obses dengan bau ubat.
“Bos...” Terkial-kial Anggerik cuba mengelak sehingga tubuhnya tersandar ke peti sejuk.
“Along?”
Suara seseorang di muka ambang pintu dapur mengejutkan keduanya. Anggerik terkaku dengan tangan Ahqaf yang membelit ke bahagian belakangnya.
Alamak! Mama.
“Mama. Boleh tak jangan nak kacau daun. Kami nak bertelenovela pun tak boleh la.” Cepat Ahqaf berdalih. Macam mana pulak mama boleh berpatah semula ke dapur ni.
“Telenovela? Dekat dapur ni?” Soal Maira dengan riak tak percaya.
“Ye la. Kenapa pulaknya. Berkasih sayang di mana saja. Itu Along punya tagline.” Ahqaf buat muka selamba. Tapi tangannya di belakang Anggerik masih berusaha keras. Bibir sudah mampu tersenyum bila dia dah dapat pegang apa yang dia mahukan.
“Alahai. So sweet anak mama ni. Okey sayang, mama tak kacau.” Maira atur kaki masuk ke dalam.
Terjenguk-jenguk kepala Ahqaf cuba mengintai mamanya. Pasti saja yang wanita itu sudah tiada, cepat dia melepaskan tubuh Anggerik. Vitamin yang berada di dalam tangannya dipandang dengan mata yang berkilau.
Dengan pantas disumbat masuk ke dalam mulut. Sedap amat!
“Orang yang mengandung. Dia pulak yang lebih-lebih.” Bebel Anggerik. Geram!
“Ehhh. Tapi aku yang teruk tau. Aku yang pening, muntah-muntah. Tak selera makan. Aku cuma selera dengan vitamin ni je tau. Tengok ni ha, four pack aku dah tinggal two pack je.” Ahqaf tepuk-tepuk bahagian perutnya.
Memang dia rasa badan dia dah agak susut sekarang. Tapi dia rela, asalkan bukan Anggerik yang kurus kering. Tak best kalau peluk batang pisang.
“Apa-apa je lah. Jom, sayang.”
“Pergi mana?”
“Cendol pulut tepi simpang sekolah tu.”
Ahqaf tepuk dahi. Tak habis-habis dengan cendol pulut tu. Sudahlah dekat tepi simpang yang berhabuk dan panas pulak tu. Kenapalah Anggerik boleh berselera dengan cendol dekat situ. Tempat lain kan banyak.
“Sayang...” Rengek Anggerik. Tengok aksi Ahqaf pun dia dah tahu yang lelaki tu menolak.
“Baby, please. No.”  Ahqaf geleng sambil menekankan perkataan NO.
Yes.” Anggerik angguk.
No!”
“Yes.”
Adoii...”
Ahqaf peluk peti ais. Kepala dihantukkan perlahan ke pintu peti ais tersebut. Tolonglah wahai isteri! Kenapalah suka sangat minta yang bukan-bukan. Hiss! Rasa nak masuk je dalam peti ais ni, biar sejuk sikit otak dia.
“Baby, kenapa selera awak pelik sangat. Mintaklah kek sepuluh tingkat dari Secret Recipe ke.. Daddy sanggup! But why, cendol pulut?” Rungut Ahqaf. Kali ini dia tujukan kepada anak di dalam kandungan Anggerik.
Please, daddy.”
Suara meleret Anggerik membuatkan mata Ahqaf terpejam rapat. Kenapa sekarang dia suka dengar suara meleret-leret macam tu. Kenapa banyak sangat perkara pelik yang jadi ni.
“Adoii... Peningnya. Kaki pun dah tak larat nak jalan ni.” Ahqaf lemahkan badan. Tubuh dipusingkan menghadap Anggerik sambil buat muka kesian. Tak tipu okey! Memang dia tengah tak larat pun ni.
Dia hanya nampak Narita berbunga pink dalam bilik je sekarang ni. Dia malas nak pergi melangut bawah payung merah dekat gerai cendol tu. Help!
“Bukannya lama pun kita pergi.” Anggerik masih berkeras.
“Ye. Tapi aku nak angkat tangan pun dah tak boleh ni ha... Tak kesian ke dekat aku ni.” Yela tu tak lama! Kalau dah dapat hadap cendol tu, dia depan mata pun Anggerik tak nampak.
“Bos kan kuat.”
“Alahai... Anggerik. Kenapalah degil sangat ni. Malas la...” Ahqaf atur langkah keluar dari ruang dapur. Melangkah masuk ke dalam bilik kemudian terus terjun atas Narita tengah bilik. Memang dia tak bagi sesiapa kemas. Senang dia nak berguling-guling.
Anggerik gosok-gosok hidung. Sampai hati Ahqaf. Tak apa, kalau suami dia tak nak. Dia boleh ajak orang lain. Bibir mengorak senyuman. Suspek dicari kemudian menyampaikan hasratnya. Setuju saja, terus dia naik ke bilik. Tudung dicapai tanpa langsung mempedulikan Ahqaf.
“Nak ke mana pulak tu?” Soal Ahqaf bila tengok Anggerik bersiap.
“Cendol pulut lah.”
“Kau jangan nak mengada drive ye.” Ahqaf tegakkan badan. Aku ikat juga bini aku ni nanti!
“Siapa kata saya nak drive? Saya nak dating dengan papa.”
Bulat mata Ahqaf. Papa? No! Cepat dia bangun dan berdiri tegak depan pintu bilik.
“Tak payah! Suka hati ye nak curang dengan aku.” Mata dijegilkan.
Anggerik cekak pinggang. Buruk betul perangai lelaki seorang ni. Cemburunya ya ampun!
“Tepilah. Biarlah curang pun, siapa suruh bos tak nak pergi.”
“Tapi gerai tu...” Belum sempat Ahqaf meneruskan ayat. Tekaknya terasa ada sesuatu. Cepat dia berlari ke bilik air. Tengkuk ditepuk-tepuk menggeluarkan apa saja yang mahu keluar dari tekaknya.
Adoii! Memang tinggal tulanglah dia tak lama lagi.
“Bos, okey?” Soal Anggerik sambil mengosok belakang suaminya. Kesian betul suami dia, terpaksa menghadapi alahan. Dia pulak yang terasa segar bugar.
“Hmm.” Ahqaf angguk. Selesai membasuh mulut. Kepala direhatkan ke bahu Anggerik. Tangan naik memeluk pinggang itu. Nasib baiklah dia sayang, muntah setiap minit demi Anggerik pun dia sanggup.
“Jom, cendol pulut.” Ajak Anggerik.
“Baby. Why? Why? Adehh...” Raung Ahqaf kemudian bergerak masuk ke dalam bilik.
Anggerik sudah lepaskan gelak. Manjanya lah suami dia ni. Nak marah tapi terpaksa bertahan, jadi keluarlah suara garau yang merengek-rengek. Tambah lebar senyuman dia bila tengok Ahqaf capai kunci kereta.
“Baby. Sila jadi hero yang membanggakan papa. Please!” Bebel Ahqaf lagi.
Sebelum keluar sempat dia capai minyak angin dan ditepuk-tepuk ke dahinya. Dia kena kuat demi Anggerik. Dia kena kuat demi anaknya yang bakal lahir itu. Dia tak nak lagi melakukan kesilapan dan melukakan hati wanita kesayangannya itu.
“Jom.” Tangan Anggerik dia capai.
Rela dia pergi melangut bawah payung merah tepi simpang tu. Kalau dia duduk rumah pun nanti, dia akan terbayangkan papa dengan Anggerik menikmati cendol berdua.
Tidak!
Walaupun dengan papa sendiri atau sesiapa saja. Anggerik Medina hanya boleh berduaan dengan dia. Tidak akan ada lelaki lain. Dan akan datang, dia akan pastikan kesemua anak-anak dia akan menyayangi Anggerik Medina seperti dirinya.