Search This Blog

DIA SELALU DI HATI - WAWA AKIL


DIA SELALU DI HATI - WAWA AKIL
HARGA : RM40 (SEM)/ RM46 (S/S)

HARGA TERMASUK PENGHANTARAN(POS)

PRE ORDER 2ND BATCH

CETAKAN TERHAD

TIADA DI KEDAI BUKU

***PENGHANTARAN DIJANGKA PERTENGAHAN BULAN OKTOBER*** 

SINOPSIS

Ifftiyah- Izz Harraz tidak pernah bersua, apatah lagi mahu bercinta seperti pasangan lain. Tanpa berlove you dan berlove me, mereka diijab kabulkan. Ketika lelaki itu melafazkan akad nikah pengantin perempuan jauh berada di bumi Australia. 
“Abah boleh kahwinkan anak abah dengan sesiapa saja yang abah rasa layak dan sesuai untuk Iya. Walaupun tanpa kehadiran pengantin perempuan. Hukum sah nikah perlu ada pengantin lelaki, wali dan saksi. Itu sudah cukup,”- ENCIK HALAQ
Sampai hati abah! Dia bukan anak tiri, jauh sekali anak angkat. Dia tahu itu, sebab dia berbintikan Halaq. Bermakna dia anak abah. Tapi kenapa ayahnya sanggup mengatur perkahwinannya sebegitu rupa.
Namun akhirnya dia reda! Kalau itu sudah jodohnya, siapa dia untuk menidak ketetapan itu. Hidup perlu diteruskan. Dia mengharapkan lelaki itu menjadi pelindungnya untuk selamanya.
Namun, Izz Harraz bertindak mendiam diri sehinggalah dia pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di Brisbane. Ada rahsia disimpan lelaki itu sehingga takdir menemukan mereka semula di Imraj Holdings. 
Sejak bekerja bekerja sebumbung kerap berlaku pergaduhan ala-ala gunung berapi. Seorang degil dan seorang lagi kaki mengusik. Ada saja bahan gurauan lelaki itu yang menyakitkan hatinya. 
“Buatlah lagi macam tu, nanti tak pasal-pasal mati terbeliak. Barulah saya jadi duda hot. Silap-silap hari bulan tak sampai seminggu, saya naik pelamin semula,”- IZZ HARRAZ
“Bukan awak sekarang dah jadi duda ke?” – IFFTIYAH
Dalam gaduh-gaduh manja itu, hatinya mula dijentik rasa. Ada rindu bertandang dijiwanya. Namun kehadiran si model genit bernama Netty membuatkan jiwanya kembali resah. 
Bahagiakah rumah tangga mereka? Adakah cinta mereka gugur sebelum sempat berkembang? Semuanya terjawab dalam Dia Selalu Di Hati… Sesungguhnya bahagia itu pasti jika dia selalu di hati….

***********************************

TEASER***

Dengan ketinggian enam kaki lebih, bertubuh sasa dan berwajah Pan Asean, lelaki itu tidak ubah seperti seorang model.

Pastinya hidup dia dikelililigi ramai wanita cantik. Ada jugalah dia terbaca di majalah tentang wanita-wanita yang dikaitkan dengan lelaki itu.
Terbayang wajah model bernama Netty yang dikatakan kekasih Izz Harraz. Entah kekasih yang keberapa dia pun tidak pasti.
Model yang tak cukup kain itu kerap juga muncul di Imraj Holding tetapi kebelakangan ini kelibat gadis itu sudah jarang kelihatan. 
Dari gossip yang dia dengar mereka sudah putus. Namun sejauh mana kebenarannya dia sendiri tidak pasti.
“Dah puas renung saya?” soal Izz Harraz. Sejak tadi isteri kawannya merangkap pekerjanya asyik merenungnya.
“Hah? Ya Allah.. sorry.. sorry,” kelam-kabut marlia berkata. Macamana dia boleh terbabas ni. Kalau tahu dek membe-member lain, malu dia ni. 
“Saya tahu saya handsome tapi jangan sampai Karl tahu. Naya awak nanti,” dia bergurau. Dia tahu renungan isteri temannya itu bukan renungan saja-saja. mesti ada yang tersirat di hatinya. 
Perbualan mereka terhenti sebaik saja pintu lif terbuka. Mereka melangkah masuk. ada beberapa kakitangan yang turut serta.