Search This Blog

SAYANG ANAK MAK! - NOJIE

SAYANG ANAK MAK! - NOJIE
HARGA : RM28 / RM31
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM30/RM33(S/S)
BUKU : BARU


“Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI.

Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri.

“Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY.

Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu.

Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap.

“Kau cintakan aku?” – AMANI.
“Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY.

Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!

Baru saja perasaan cinta hendak berputik, rumah tangga mereka diuji. Muncul pula Fatin a.k.a kekasih Harraz dalam misi merebut semula Hafiey yang sepatutnya menjadi miliknya. Bercinta dengan si abang, tetapi dalam hatinya hanya ada si adik.

Mampukah cinta Hafiey dan Amani yang baru berputik itu melawan anasir luar yang mahu merosakkan rumah tangga mereka? Bolehkah rumah tangga dibina bertahan, andai dalam hati ada rasa curiga terhadap keikhlasan pasangan?