HARGA : RM27.00
SINOPSIS :
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan… Menambah perangai lagi… Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali… Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF.
RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Ada rentak ‘3S’ – seksa, seksi dan ‘syurga’…
“I sebut satu atau dua perkataan, you sambung perkataan yang ada kaitan dengan perkataan I sebut. Nak?”
“Kebun pisang?” Giliran Raina pula.
“Farel.”
Raina gelak. Farel jawab menyebut namanya sendiri. Mentang-mentang dulu pengusaha kebun pisang. Farel yang melihat semakin terpegun. Kejujuran dan keikhlasan Raina ketawa sudah dia temui.
“Farel?” soal Farel pula. Raina tergamam. Mahu menjawab kebun pisang, tidak boleh pula.
“My hero…” Spontan jawabnya.
DISANGKA matahari memancar indah hingga ke petang, namun hujan di tengah hari… Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak… Memporak perandakan hati dan tragis juga…
“I nak hantar you balik ke tempat asal you,”
“Farel tolonglah… Apa yang terjadi bukan seperti yang you sangka.” Raina bela diri. Air matanya sudah gugur.
“Kena tangkap khalwat dengan Emad, apa yang I sepatutnya jangka?” Sinis nada Farel bertanya. Kalau setakat bercanda dalam bilik pantri dia boleh maafkan lagi tapi kalau sudah ditangkap basah, itu bukan lagi perkara kecil. Ia melibatkan maruahnya.
“Farel… Tolonglah, I tak nak balik ke sana, kalau you tak nak simpan I lagi, ceraikan I atau jualkan I pada Emad,” rayu Raina sambil memaut lengan Farel yang sedang memandu menuju ke TTF…
APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?