Search This Blog

MAT PIN NAPKIN - UMAIRA DZUL WIDAD

 

MAT PIN NAPKIN - UMAIRA DZUL WIDAD
HARGA ASAL : RM20
BUKU : ORDER

 Fallah si menantu terpilih itu baru tersedar yang dia sebenarnya lebih senang memilih daripada terpilih. Tetapi memilih Hayfa yang ala-ala calon ustazah pilihan itu bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia terpaksa rela menjadi yang terpilih dan membiarkan Hayfa memilih kerana mereka berdepan dengan pilihan yang tidak memihak kepada diri masing-masing. Pilihan, pilihan…

“Biarlah! Begini barulah adil, kan? Bakal isteri Fallah sedang bercengkerama dengan bakal suami Hayfa kat sebelah dinding sana. Bakal suami Lily dengan bakal isteri Hazardi sedang berperang di sebelah dinding sini.”

Menjadi yang terpilih bukan sesuatu yang Hayfa harapkan. Menerima hati si Mat Pin Napkin bakal membuat hati yang lain terluka. Untuk itu dia lebih rela memilih dan membiarkan Fallah terpilih. Walau hakikatnya hati Hayfa yang sejuk beku itu sebenarnya sudah lama dicuri dan dibawa lari. Lalu sebatang pin napkin menjadi ganti, menjadi bukti bahawa Hayfa dan Mat Pin Napkin saling berhutang hati.
Mat Pin Napkin,
Masa yang terus berlalu membawa kenangan itu semakin jauh daripada kita. Dan… hatiku yang telah kau curi itu, bila masanya nak kau kembalikan? Atau mungkin kalau kau kembalikan kepadaku, ia sudah tidak menjadi hatiku lagi? Kerana aku kini tak punya hati kepada insan lain setelah kamu.