Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta
Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun
pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif
Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma
teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.