SOMETHING STUPID
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU : BARU
Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia.
Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya.
Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang.
“Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad
“Get lost!!” ~ Zara.
Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara.
Apakah yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?