CURI-CURI SUKA - LIYANA ZAHIM
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU
WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa
jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia
Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh
tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi
disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak
pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan
mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia
dibuatnya!
Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.