SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK - FARISHA IMANI
HARGA BUKU : RM30.00
BUKU : BARU
STOK : ORDER
NURA ALIA
seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang
anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang
womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan
gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir
meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada
lelaki itu.
“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -
NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya
nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik,
Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam
terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -
NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia
kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan
sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah
sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya.
Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya
itu.
“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!”
BOBOY
Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan
Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin
bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru
hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang
mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal
terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati
mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang
sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang
normal. Abang…” -
SYED AZWAN