Search This Blog

Showing posts with label DILA DYNA. Show all posts
Showing posts with label DILA DYNA. Show all posts

SURI HATI MR. PILOT - DILA DYNA




SURI HATI MR. PILOT - DILA DYNA
HARGA BUKU : RM22.00
BUKU : BARU

HUBUNGI  : WHATSAPP 0177342366


Setelah panggilan diputus, lambat-lambat beg tangannya disambar dan disangkut semula ke bahu. Coffee latte yang masih berbaki separuh juga turut dibawa keluar dari kafe. Dia menapak masuk ke dalam kedai coklat berhampiran. Sebaik kakinya melangkah keluar selepas membuat pembayaran, telefon di dalam beg berbunyi. Kelam-kabut sebelah tangannya mengagau telefon di dalam beg. Belum sempat panggilan dijawab, coffee latte sudah terlepas dari pegangan. Sepantas kilat dia mendongak sebelum matanya terbeliak besar. Oh... my... god.
“Eh... apa ni? You tak nampak ke I lalu?!”
Suara nyaring itu menerjah pendengaran Warda.
“Saya minta maaf, cik. Saya betul-betul tak perasan tadi,” ucap Warda. Pantas tisu di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baju pramugari yang memandangnya dengan muka memerah itu cuba dilap. Tak sempat dia buat apa-apa, tangannya sudah ditepis laju. Kasar sekali.
“Tak payah! Bertambah kotor baju I nanti!” jerkah wanita itu.
Warda ketap gigi. Merah dan tebal rasa kulit mukanya diherdik sebegitu di tengah laluan orang ramai. Agak-agak la pun minah ni, aku dah mintak maaf, kan tadi! Bukannya aku sengaja nak mandikan dia dengan air kopi tu! Marahnya dalam hati.
“Inara, behave! Malu orang keliling tengok,” ujar seorang lagi pramugari yang berambut pendek separas bahu itu dengan suara tertahan. Lengan wanita bernama Inara itu dipegangnya.
“Macam mana you boleh suruh I behave, Tis? Lagi sejam kita dah nak masuk kabin. Takkan you nak I masuk dengan baju kotor macam ni!” marah wanita itu lagi.
Warda telan liur. Macam ni ke pramugari? Dalam flight punyalah lemah lembut, tapi di luar bukan main lagi.
Langkah deras Ejaz dan Johan yang baru turun dari briefing room itu terhenti serta-merta sebaik saja terdengar suara lantang yang cukup dikenali itu. Dari jauh lagi dia dah nampak muka masam mencuka wanita itu.
“Apesal pulak tu?” soal Johan berbunyi gusar. Lantas dicuit lengan Ejaz seraya memuncung pada Inara yang berada tidak jauh dari situ. Flight bag masing-masing ditarik laju mendapatkan wanita itu.
“Sayang,” tegur Ejaz dari belakang.
Inara menoleh. Sebaik ternampak kelibat teman lelakinya itu, terus dibuka langkahnya lebar dengan muka masam mengalahkan mangga muda.
“Baby... tengok baju I ni tertumpah coffee,” adu Inara seraya memeluk lengan sasa itu memancing perhatian.
Warda berpaling ke belakang melihat gerangan siapa yang memanggil pramugari itu dengan panggilan ‘sayang’. Sebaik raut wajah kacak lengkap beruniform itu menyinggah matanya, degup jantungnya terhenti buat sesaat. Lelaki ni lagi?
Dia ketap bibir kuat. Terus kepala ditunduknya ke lantai yang berkilat bawah kaki. Menyumpah dalam hati. Dalam banyak-banyak pilot, kenapa la mamat ni jugak yang datang?!