PRE- ORDER
GHIBREL THE MR. KILLER - HANA (HE)
GHIBREL THE MR. KILLER - HANA (HE)
HARGA BUKU : RM 40.00
TARIKH TUTUP PRE-ORDER - 31 OGOS 2019
TARIKH TUTUP PRE-ORDER - 31 OGOS 2019
WHATSAPP : 0177342366
Kehidupan Ghibrel Niyaz tidak sama seperti hero-hero kaya di dalam sesebuah novel. Kehilangan kedua-dua orang tua sejak kecil membuatkan Ghibrel hilang punca. Akhirnya, diasuh oleh seorang bekas peninju yang cukup terkenal suatu ketika dahulu dalam keadan serba kekurangan. Selagi sesuatu pekerjaan itu mampu memberikan dia wang, Ghibrel pasti tidak teragak-agak untuk melakukannya. Halal atau haram, kadang-kadang Ghibrel sendiri tak sempat nak bezakan.
Orang lain panggil dia dengan gelaran ‘King’. Sebab setiap kali dia turun melalukan sesuatu tugas, belum pernah lagi dia menemui titik kegagalan.
Jaguar suruh kau kutip hutang dengan Ah Lim. Kau gunalah cara macam mana sekalipun asalkan si apek tu nak juga bayar walaupun sikit. - Ferd
Memang itu skop tugas seorang Ghibrel Niyaz. Kemahiran mempertahankan diri yang cukup luar biasa membuatkan Ghibrel tercampak ke lorong itu. Kutip hutang, tarik kereta.. kerja sebegitu memang sudah terlalu biasa. Tatkala diberikan tugas yang lebih berat, Ghibrel tercongok di antara dua persimpangan.
Aku nak kau bunuh perempuan ni. - Rayhaz
Who is she? - Ghibrel
Bekas isteri aku. Guna apa sekalipun cara yang kau ada, asalkan aku tahu selepas ni perempuan ni dah lenyap dekat atas muka bumi ni. - Rayhaz
Terpempan. Manusia kejam manakah yang sanggup mengupah orang lain untuk membunuh bekas isteri sendiri?
Sorry, sir. I don’t kill people. - Ghibrel
Aku bayar kau lima kali ganda. Take it or leave it. Kalau kau tak nak, aku boleh cari orang lain untuk ambil alih tugas kau. - Rayhaz
Dan tawaran itu cukup lumayan. Pabila diri didesak dengan satu tanggungjawab yang cukup besar, akhirnya Ghibrel terjebak. Tugas itu disahut dengan tekad.
Jadi awak nak bunuh saya ke? - Iman
Soalan yang begitu lurus. Seakan tiada gentar pada sepasang mata indah milik Elya Iman. Saat tangan sendiri hampir hendak mencabut nyawa Iman, Ghibrel harus akui sesuatu. Membunuh itu bukan pilihannya. Andai kata dia belot pada Rayhaz, konco-konco Rayhaz pasti akan giat memburunya. Tak, Ghibrel tak gentar pada ancaman Rayhaz. Yang lebih Ghibrel takut, seandainya Rayhaz benar-benar akan membunuh seorang Elya Iman.
Kalau awak nak bunuh saya, dah tentu saya takkan ada di depan awak malam ni. Jadi apa lagi yang awak nak? - Iman
Aku mungkin tak mampu nak ambil nyawa kau. Tapi aku akan ambil jasad kau. Mulai hari ni, kau takkan ke mana-mana tanpa arahan aku. - Ghibrel
Terkurung. Tak sangka dunianya akan terperangkap di dalam tangan seorang lelaki yang langsung dia tidak kenali. Menjadi tahanan, mungkin tidak seteruk menerima layanan kasar daripada Ghibrel.
Ada sebab kenapa Ghibrel digelar ‘The Mr. Killer’. Iman tertanya-tanya, kenapa harus dia yang menjadi mangsa Ghibrel? Kesalahan apa yang dah pernah dia lakukan kepada lelaki itu? Sesungguhnya, Iman benar-benar ingin tahu.