Search This Blog

MY MR. NANNY - DHIYNA


MY MR. NANNY - DHIYNA

HARGA BUKU : RM 25.00

WHATSAPP : 0177342366

“Nama Uncle, Ryan. Ali boleh panggil Uncle Ryan.” – ULTHAF DARYAN

Perkenalan singkat itu membuatkan Ryan dan Ali semakin rapat dan mesra. Dan melalui Ali juga lah Ryan bertemu semula dengan Aileen, selepas enam belas tahun berpisah. Rasa yang sekian lama terpendam di dalam hati terasa kembali segar dan menggebu.

Demi untuk Ali, Ryan sanggup bertukar menjadi Mr. Nanny. Menemani dan melayani Ali setiap hari tanpa jemu. Tumpahnya kasih dia pada Ali melimpah ruah. Aileen yang melihat kemesraan itu mula menyulam perasaan bahagia. Dia mula menagih rahsia hati Ryan yang sekian lama terpendam.

“Awak nak saya cakap apa lagi, Aileen? Yang saya sukakan awak… sayangkan awak… cintakan awak… sejak dari dulu lagi sampai lah sekarang. Begitu?” – ULTHAF DARYAN

“Hey, jiran sebelah. Terima kasih… untuk rasa yang ada di hati kita.” – AILEEN UFAIRAH

Di saat mula menyulam perasaan bahagia selepas berbelas tahun berpisah, mereka berdua dikejutkan dengan kemunculan Tuan Mejar Saad dan juga Raziman. Penjelasan ditagih dan hak dituntut.

Bersediakah Ryan dan Aileen untuk berdepan dengan kejutan yang tanpa disangkakan itu? Siapa Tuan Mejar Saad? Siapa Raziman? Dan, siapa pula Mak Eton?

“Burung pipit terbang tinggi, terbang tinggi di langit biru, sungguh rasanya tak tertanggung lagi, mohon Eton jangan lari tolong lah dengar dulu.” – TUAN MEJAR SAAD

JANJI YANG DINANTI - ALIA ALIZS


JANJI YANG DINANTI - ALIA ALIZS

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah melahirkan rasa cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji akan setia kepadaku, tetapi akhirnya dia hilang tanpa berita. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!
"Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku."~Faliq.
"Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku." - Zahwan.
Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan.
Berjayakah Asnida memisahkan aku dengan Faliq? Mampukah Faliq mempertahankan cintanya padaku? Apa pula tindakan Adil bila tahu aku menjadi rebutan antara Zahwan dan Faliq?
Oh, abang! Tolonglah... adikmu ini benar-benar tersepit. Antara abang, kawan dan kekasih.

BUKAN GADIS BIASA - LIZA NUR


BUKAN GADIS BIASA - LIZA NUR

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya 'emak'.
"Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik." ~ Amirul
Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.
"Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau." ~ Rayyan
Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Johana rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara hati tiga bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?
"Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?" ~ Johana
"Tak. Aku akan cintakan kau lebih." ~ Rayyan

DIA JANJI SETIA - WAN NUR NAJIHAH

DIA JANJI SETIA - WAN NUR NAJIHAH

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA
Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.
"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬
"‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata.
"‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬awak‭."‬UMAR IZZHAN
Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 
"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." ‬

SENAFAS RINDU - DAMYA HANNA


SENAFAS RINDU - DAMYA HANNA

HARGA BUKU : RM 30.00

WHATSAPP : 0177342366

TEGARKAH DIA BERDEPAN DENGAN KENYATAAN ANDAI DIRI MASIH DIHIMPIT KENANGAN LALU?KE MANA JUA LANGKAHNYA DIBAWAH,KISAH DUKA YANG PERNAH TERPALIT ITU AMAT SUKAR DILUPUTKAN DARIPADA INGATAN.TANPA KATA-KATA PERPISAHAN,SHAFIQAH KABUR DARIPADA PANDANGAN MATA.LANTARAN ITU,JIWA FARIZ TERUS LUMPUH TAK KERUAN.
BERTAHUN LAMANYA MEMENDAM RASA,KEMUNCULAN VIVIANA MENARIK PERHATIAN.PERTEMUAN PERTAMA YANG TERJADI BAGAIKAN DIRANCANG,NAMUNJ HAKIKATNYA ADA RAHSIA YANG TERSINGKAP.FARIZ TIDAK MAMPU MENGELAK ANDAI ITU SEJARAH YANG BAKAL TERUKIR DALAM EPISOD HIDUPNNYA.SHAFIQA ADALAH KENANGAN DAN KEHADIRAN VIVIANNA ADAKALA MENCUIT HATI LELAKINYA.APAKAN DAYA,PERBEZAAN ADAT DAN AGAMA MENYEKAT DIRI UNRUK BERANGAN-ANGAN TINGGI.
DI SAAT KEMELUT MELANDA DIRI DENGAN KEBETULAN YANG TERCIPTA,ADA SENAFAS RINDU YANG BERTAMU DENGAN KEHADIRAN SITI NUR AIN.FARIZ PASTI....SINAR BUATNYA AKAN TERSERLAH ANDAI MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN.
ANTARA SYAFIQAH,VIVIANA DAN SITI NUR AIN.....FARIZ HANYA MEMILIH SATU.NAMUN ,AKAN ADA HATI YANG PASTI TERLUKA DENGAN KEPUTUSANNYA.DIA SEKADAR BERSERAH.

SEPARUH AKU - ALYA HUSNA

 

SEPARUH AKU - ALYA HUSNA

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

"JALAN TUGAS SAYA RAWAT HATI AWAK,"-SYAH
"RA...WAT HATI?"-MUHAJADAH
SYAH RASA NAK TAMPAR MULUT SENDIRI BILA DIA BERANI JUAL AYAT ACAH-ACAH LELAKI NAK MENGAYAT.INI SEMUJA HANTU KITA PUNYA PASAl.DULU,SATU CALON PUN TIDAK BERKENAN.BILA HATI DAH MULA SANGKUT,HANTU KINA TAK KASI PELUANG LANGSUNG.
"SAYA NI BUKAN MACAM PEREMPUAN LAIN YANG AWAK BOLEH GULAKAN SESUKA HATI ."-MUHAJADAH
"BILA MASANYA SAYA GULAKAN AWAK?SAYA NI BUKAN SPESIES LELAKI YG SUKA BERJANJI TAPI TAK TEPATI."-SYAH
KEKURANGAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI MEMBUATKAN KEYAKINAN MUHAJADAH CARIKMUNTUK MENERIMA SEKEPING HATI.NAMUN,SEJAK MENGENALI SYAH....DIA TIDAK TAHU JAMPI CINTA APAKAH YANG TELAH MENYAMPUK DIRINYA.MAHU DITOLAK JAUH SYAH,JIWANYA PULAK DAH TERSIMPUL KUAT DENGAN LELAKI ITU.TANPA DESEDARI ADA RAHSIA YANG TERBONGKAR DAN MENGUBAH CINTA MEREKA MENJADI DENDAM".

DENGANMU KURASAI CINTA - AINON ZAINI


DENGANMU KURASAI CINTA - AINON ZAINI

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

"NAGA JUMPA BUAYA .DUA-DUA MENYUSAHKAN ORANG"-JULITA
MR.EDWIN,NAGA JADIAN BUAT6 JULITA BERAPI SEPANJANG MASA .SUKA SANGAT MAMAT GARANG INI MENGHURU-HARAKAN HIDUPNYA.SEMUA NAK IKUT KATA DIA.POYOLAH DIA NI.
"KERJA TAK BOLEH MAIN-MAIN.AWAK SUDAH CEDERAKAN PEKERJA LAIN.SAYA BAGI WARNING AKHIR.KALAU MAHU KERJA ,MESTI PERANGAI CANTIK.KALAU TIDAK,AWAK BOLEH BERHENTI KERJA.-MR.EDWIN
"SAYA SUKA AWAK, SAYA NAK AWAK ".-ISKAN
ISKAN,LELAKI YANG BERANI BERTERUS-TERANG.YANG PANDAI BELI JIWA,TAPI CEMBURU BUTA.
KEDUA-DUANYA MENYEDARKAN JULITA BAHAWA CINTA DALAH HAL YANG COMPLICATED.JULITA PERLU MEMILIH ANTARA MEREKA.BERTAMBAH SERABUT BILA NURLIS MUNCUL.NURLIS YANG TIDAK PERNAH SENANG HATI MELIHAT KEBAHAGIANNYA.ADA SAJA AKAL JAHATNYA MAHU MENGENAKAN JULITA.
'KAU RAMPAS ISKAN DARIPADA AKU,KEMUDIAN KAU RAMPAS PULA MR.EDWIN YANG MULA BAIK DENGAN AKU!KAU MEMANG TAMAK JULITA!KAU PORAK-PERANDAKAN HIDUP AKU!"
ANTARA DUA JEJAKA ITU,DENGAN SIPA DIA HARUS MENYEMAI CINTA ?ADAKAH PILIHANH ITU TERBAIK?BUAT DIA BAHAGIA?BUAT DIA DERITA?TIGA HATI,SATU CINTA...DI MANA TITIK NOKTAH CINTA JULITA?
SEGALA HAL YANG BAIK SELALU DATANG DI WAKTU YANG TEPAT DAN TENTU DENGAN SESEORANG YANG TEPAT.JULITA PASTI LELAKI YANG BERJODOH DENGANNYA ADALAH PERJALANAN CINTANYA YANG TERAKHIR.DATANGLAH SEPULUH WANITA SEPERTI NURLIS,DIA PASTI LELAKI ITU AKAN MENJADI PENYELAMAT TERAKHIR HATINYA.


RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI


RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!
.
“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN .
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
.
“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN .
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA

KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA - NAJMI FETIH


KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA - NAJMI FETIH

HARGA BUKU : RM 25.00

WHATSAPP : 0177342366

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai. “Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif. “Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa. “Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu. Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi. Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people. “Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

WALIMATULURUS AKU & DIA - ANA EIMAYA

n22.png
WALIMATULURUS AKU & DIA - ANA EIMAYA

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

BLURB:
Kalau bertunang tak semestinya sampai ke jenjang pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula yang datang melanggar. Terus jadi ‘pelamin anganku musnah’.
“Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin, kan sayang?” – Haidar
“Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!” – Dinda
Jika yang pergi itu cinta, mungkin yang datang adalah jodoh. Setelah 7 tahun tidak bersua, takdir membawa Zarr Iskandar kembali. Tiada yang kebetulan melainkan semua telah dirancang.
“Zarr Iskandar, awak sedar tak apa yang awak tengah buat ni? Awak buta ke? Tengok betul-betul saya ni siapa? Saya Adinda. Bukan tunang awaklah!” – Dinda
“Saya malas nak cakap banyak. Jom, kita kahwin?” – Zarr
Tak boleh! Adinda tidak mahu mencari masalah. Malangnya, rencana manusia memang indah, tapi rencana Allah lebih indah. Mereka bersatu jua.
“I’m just acting my part. Tak perlu berterima kasih.” – Dinda
“Your part? As what?” – Zarr
“Your wifelah.” -Dinda
“Boleh ulang tak?” – Zarr
Berkahwin biar sekali. Dinda berusaha belajar memberi dan menerima meskipun terus dirayu oleh Haidar untuk kembali. Ah, kacau! Tapi Dinda sedar dengan kewujudan Putri memang dia tidak dapat larikan diri. Nanti, atau boleh jadi sampai bila-bila!
“Macam yang saya rancang sebelum ni, awak dan saya sama-sama jaga Putri.” – Haidar
“Takkan ada sesiapa pun di dunia ni boleh ambil Putri daripada saya.” – Zarr
Apakah hubungan sebenar dua lelaki itu sehingga sepanjang hidup Dinda harus tersangkut dengan bekas tunangnya itu? Dan siapa pula Putri dalam lingkungan takdir mereka bertiga?

DENGANMU LEBIH INDAH - AZIEANA


DENGANMU LEBIH INDAH - AZIEANA

HARGA BUKU : RM 23.00

WHATSAPP : 0177342366

Bertemu dan mengenali Firdaus yang pernah menyelamatkan maruahnya daripada gangguan Razman membuatkan hati Melissa jadi ceria.Apalagi mengenangkan sikap malu-malu Firdaus dengan sikapnya yang suka menggoda.
"Tak malu ke tengok body orang"-Firdaus
"Dah ada tayangan free, kita tengoklah.Nasib baik bahagian atas yang kita nampak.Kalau tayangan bahagian bawah pun,kita sanggup tengok tau!Lagi suka,lagi teruja!"-Melissa
Walaupun begitu,Melissa sebenarnya seorang gadis yang naif dan polos terutaman sekali bila melibatkan soal hukum agama.Hidup dalam keluarga Haji Musa membuatkan Melissa mula mengenal cara hidup Islam.Di sini dia mula belajar solat dan membaca al-Quran.
Akibat perbuatan khianat,Firdaus dan Melissa akhirnya terikat dengan perkahwinan.Namun,kewujudan Firdaus dalam keluarga Melissa tidak disenangi oleh Datuk Rafiq Husni.Begitu juga Jeffri,kerana menggangap Firdaus tidak sesuai untuk bersama Melissa.Tambahan pula,dengan pekerjaan Firdaus yang hanya menternak lembu dan kambing di kampung.
"Firdaus,aku takkan mengalah dengan kau!Aku akan dapatkan Melissa keran Melissa hanya  layak jadi milik aku,bukan milik kau!"-Jeffri
Namun,cinta Firdaus dan Melissa bukan cinta yang mudah kalah.Datanglah Jeffri cuba menggugat hubungan mereka atau Balqis di antara mereka,tetap cinta itu bertahan....


Nur (n) [n:ur]- SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN & ROSE HARISSA


Nur (n) [n:ur]- SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN & ROSE HARISSA


HARGA BUKU : RM 34.00

WHATSAPP : 0177342366

NUR. Nama itu tidak secerah takdir hidupnya. Dibayangi gelaran tunasusila, Nur berusaha keras untuk keluar dari lorong gelap yang seakan mahu menjebaknya hingga ke akhir hayat. Namun, hidayah Allah membisikkan hatinya agar terus berkunjung ke rumah suci Allah. .
Dilempar terompah oleh ahli masjid tidak pernah memadamkan nyalaan hatinya yang tetap mahu mengenali dan mencintai Allah. Bagai disirami air dingin hatinya tatkala mendengar suara indah yang menyampaikan kuliah pada satu subuh yang mendamaikan itu. .
ADAM, seorang anak kepada seorang penceramah terkenal, ditambah pula gelaran lulusan usuluddin dari Jordan membuatkan beliau dilihat sebagai seorang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi masyarakat. .
Ketampanannya menyerlahkan lagi nilai tambahnya sebagai seorang pendakwah yang dikatakan akan menggantikan tempat ayahnya. Permulaan beliau mengendalikan kuliah subuh di masjid milik ayahnya menemukan beliau dengan ujian yang terbesar dalam hidupnya… .
“Saya dah faham sangat dah, pandangan orang-orang macam ustaz ni terhadap orang-orang macam saya ni. Saya ni tak layak nak sembah Allah... Tak layak nak jejakkan kaki ke masjid... Apatah lagi nak tanya soalan-soalan agama. Kan?” – NUR .
“Nur, berbanding seorang abid yang duduk beribadat, sebenarnya, Allah lebih suka mendengar rintihan hamba-Nya yang berdosa. Sebab tu, kadang-kadang Allah datangkan ujian silih berganti kepada hamba-Nya yang terpilih supaya si hamba merintih kepada-Nya.” - ADAM .
“Dia istimewa…” .
Gumaman yang terkeluar dari mulut Adam itu mula menggoyahkan hati. Memilih Nur ibarat mempertaruhkan syurga dan nerakanya kerana Qhadeeja ialah pilihan utama keluarga Adam. Qhadeeja, gadis suci yang lahir dari keturunan yang baik-baik, yang dapat membantu melebarkan sayap dakwah Darul Mukhsin. .
Sementara Nur sendiri tahu, dia lahir dari rahim seorang wanita yang dianggap daki masyarakat. Dia rela jika Adam pergi dan melupakannya, namun bagaimana untuk dia terus menghampiri cinta Tuhan kerana hanya pria itu satu-satunya agamawan yang sudi menghulurkan salam dakwah? .
Mampukah Adam menolak Qhadeeja yang natijahnya menggoyahkan dakwah di Darul Mukhsin?
Atau menjauhi Nur; seorang perempuan yang sedang terkapai-kapai kelemasan dalam mengerti hidayah Tuhan namun terlalu mampu buat Adam mengerti apa itu cinta? .
Adakah Islam hanya eksklusif untuk orang-orang alim?
Adakah sinar harapan untuk mereka hidup bersama?
Adakah Islam tidak layak untuk pendosa seperti Nur?

DIA MENANTU RAHSIA - INDAH HAIRANI



DIA MENANTU RAHSIA - INDAH HAIRANI

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

Cinta tidak perlu membohongi dan dibohongi. Tidak perlu juga disembunyikan.
PERTUNANGAN antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.
Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir.
Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?
“Saya tak percaya pada lelaki. Semua lelaki curang, tak ada perasaan.” – MELISSA
“Apa yang you merapu ni Mila? I tak pernah sentuh you. Macam mana you boleh kata you mengandung? Are you crazy?” – SYAKIR
“Kau jangan nak berlakon depan aku. Tak perlulah kau nak jadi bidadari, kalau dah memang kau syaitan!”  – PUAN SARAH

KOMBO KANDA DINDA - CIK TET



KOMBO KANDA DINDA - CIK TET


🔸JUALAN ONLINE SAHAJA
🔸READY STOCK
💎HARGA RM78 SM/RM82 SS (👉2 BUAH BUKU) 
💎HARGA RM43 SM/RM47 SS (👉1 BUAH) 

💟 SIGNATURE KASIH IALAH 6 BUAH CERPEN DI DALAM SETIAP NOVEL

WHATSAPP : 0177342366

TAJUK CERPEN SIGNATURE KASIH 1

1. MAWAR DI HATI RYAN

2. CINTA SI PAPA DAMIA

3. ANDAI BAHAGIA ITU BUKAN MILIKKU

4. JAMPI CINTA BUAT DATO' F

5. PEMILIK HATI ABANG BURGER

6. SI PENCULIK HATI

💕💕💕

TAJUK CERPEN SIGNATURE KASIH II

1. ANNUR BUAT FIRDAUS 

2. MAAFKAN AKU CINTA

3. RAHSIA HATI SI DUDA SOMBONG

4. SURI DI HATI PIAN

5. CINTA YANG KAU TAKLUKI

6. EGO CINTA

💕💕💕

💟 PESANAN ISTIMEWA DARI CIK TET

💎kombo kanda dinda ni kompilasi cerpen sahaja ya. Semuanya cerpen cik tet.
💎Istimewa untuk mereka yg berminat dgn cerpen sahaja
💎kompilasi ni gabungan cerpen lama yg pernah cik tet up dkt group dan cerpen2 baru
💎ada 6 cite dlm satu buku
💎panjang satu2 cite lebih kurang 100 ms dan ke atas
💎tebal buku 700++ ms setiap satu
💎cerpen lama cik tet tacap2 sikit bg lagi menarik. Yg mana pendek, cik tet tambah banyak sikit..tapi yg mana dah sedia panjang tu, cik tet cuma tambah2 sikit tang dialog je tau, sb cite memang dah panjang. Bukannya cik tet tambah keseluruhan ye. Dr awal buka order cik tet dh ckp benda ni. Risau betul takut ada yg salah faham nanti😂😂😂
💎Cerpen2 yg baru...insyaAllah menghiburkan. Masih dengan gaya penulisan yg sama. Harap tak jemu ya😍😍😍😍
💎yang berminat masih boleh order lagi dgn cik tet atau mana2 seller yg ambik order kombo kanda dinda cik tet ni😘
Terima kasih ya atas sokongan😘😘😘

- Cik Tet

LOVE, ELSA (BUKU 1) - ACIK LANA


LOVE, ELSA (BUKU 1) - ACIK LANA

HARGA TAWARAN JUAL : RM45 SM/RM50 SS 
(*TERMASUK POS)

🔹LIMITED EDITION 
🔹READY STOCK
🔸JUALAN ONLINE SAHAJA
🔹TIADA ULANG CETAK 
💟BAKAL DISAMBUNG KE LOVE, ELSA (BUKU 2)

💐Jom dapatkan Novel Love Elsa, Buku 1 sebelum Buku 2 muncul 
Dan sebelum Buku 1 out of print 😀

WHATSAPP : 0177342366

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. 
.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia? 
.
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
.
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada. 
.
 “I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
.
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
.
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya. 
.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

SERIBU RINDU - HANI FAZUHA

ADAPTASI DARI DRAMA TV3 LAKONAN AZIRA SHAFINAZ & ZUL ARIFIN 





SERIBU RINDU - HANI FAZUHA
HARGA BUKU : RM28.00

HARGA PROMOSI TERMASUK POS 
RM20(SM)/ RM26.00(SS)

***HARGA PROMOSI SELAGI STOK MASIH ADA 

ADAPTASI DRAMA KE NOVEL

UNTUK PEMBELIAN WHATSAPP 0136342359

Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.

“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. 
“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius.
“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram.

Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel.

Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.

“Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah.” - Airel
“Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik.” – Irfan.

Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan.

Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?