Search This Blog

MISI MENANTU MR BAD GUY - AILAH DIELA


MISI MENANTU MR BAD GUY - AILAH DIELA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


HILANG saja mama nya dari pandangan, cepat Ahqaf bergerak merapati Anggerik yang berdiri di tepi peti ais.
“Anggerik. Kongsi.” Pintanya sambil memandang ke arah vitamin yang berada di tangan isterinya.
“Ini vitamin untuk ibu mengandunglah. Kan mama kata bos tak boleh makan.” Vitamin yang berada di tapak tangan Anggerik larikan ke belakang tubuh.
Setiap kali dia nak makan vitamin mesti terpaksa bergelut dengan Ahqaf. Dah lah jenis tak mahu kalah.
“Hiss! Bagi ajelah. Kau makan satu je. Jangan nak kedekut dengan suami sendiri boleh tak.” Tangannya melangkau ke belakang Anggerik. Dia tak kira! Dia nak juga vitamin yang Anggerik makan tu.
Bau tu saja dah buat dia telan liur. Manis. Pertama kali dia obses dengan bau ubat.
“Bos...” Terkial-kial Anggerik cuba mengelak sehingga tubuhnya tersandar ke peti sejuk.
“Along?”
Suara seseorang di muka ambang pintu dapur mengejutkan keduanya. Anggerik terkaku dengan tangan Ahqaf yang membelit ke bahagian belakangnya.
Alamak! Mama.
“Mama. Boleh tak jangan nak kacau daun. Kami nak bertelenovela pun tak boleh la.” Cepat Ahqaf berdalih. Macam mana pulak mama boleh berpatah semula ke dapur ni.
“Telenovela? Dekat dapur ni?” Soal Maira dengan riak tak percaya.
“Ye la. Kenapa pulaknya. Berkasih sayang di mana saja. Itu Along punya tagline.” Ahqaf buat muka selamba. Tapi tangannya di belakang Anggerik masih berusaha keras. Bibir sudah mampu tersenyum bila dia dah dapat pegang apa yang dia mahukan.
“Alahai. So sweet anak mama ni. Okey sayang, mama tak kacau.” Maira atur kaki masuk ke dalam.
Terjenguk-jenguk kepala Ahqaf cuba mengintai mamanya. Pasti saja yang wanita itu sudah tiada, cepat dia melepaskan tubuh Anggerik. Vitamin yang berada di dalam tangannya dipandang dengan mata yang berkilau.
Dengan pantas disumbat masuk ke dalam mulut. Sedap amat!
“Orang yang mengandung. Dia pulak yang lebih-lebih.” Bebel Anggerik. Geram!
“Ehhh. Tapi aku yang teruk tau. Aku yang pening, muntah-muntah. Tak selera makan. Aku cuma selera dengan vitamin ni je tau. Tengok ni ha, four pack aku dah tinggal two pack je.” Ahqaf tepuk-tepuk bahagian perutnya.
Memang dia rasa badan dia dah agak susut sekarang. Tapi dia rela, asalkan bukan Anggerik yang kurus kering. Tak best kalau peluk batang pisang.
“Apa-apa je lah. Jom, sayang.”
“Pergi mana?”
“Cendol pulut tepi simpang sekolah tu.”
Ahqaf tepuk dahi. Tak habis-habis dengan cendol pulut tu. Sudahlah dekat tepi simpang yang berhabuk dan panas pulak tu. Kenapalah Anggerik boleh berselera dengan cendol dekat situ. Tempat lain kan banyak.
“Sayang...” Rengek Anggerik. Tengok aksi Ahqaf pun dia dah tahu yang lelaki tu menolak.
“Baby, please. No.”  Ahqaf geleng sambil menekankan perkataan NO.
Yes.” Anggerik angguk.
No!”
“Yes.”
Adoii...”
Ahqaf peluk peti ais. Kepala dihantukkan perlahan ke pintu peti ais tersebut. Tolonglah wahai isteri! Kenapalah suka sangat minta yang bukan-bukan. Hiss! Rasa nak masuk je dalam peti ais ni, biar sejuk sikit otak dia.
“Baby, kenapa selera awak pelik sangat. Mintaklah kek sepuluh tingkat dari Secret Recipe ke.. Daddy sanggup! But why, cendol pulut?” Rungut Ahqaf. Kali ini dia tujukan kepada anak di dalam kandungan Anggerik.
Please, daddy.”
Suara meleret Anggerik membuatkan mata Ahqaf terpejam rapat. Kenapa sekarang dia suka dengar suara meleret-leret macam tu. Kenapa banyak sangat perkara pelik yang jadi ni.
“Adoii... Peningnya. Kaki pun dah tak larat nak jalan ni.” Ahqaf lemahkan badan. Tubuh dipusingkan menghadap Anggerik sambil buat muka kesian. Tak tipu okey! Memang dia tengah tak larat pun ni.
Dia hanya nampak Narita berbunga pink dalam bilik je sekarang ni. Dia malas nak pergi melangut bawah payung merah dekat gerai cendol tu. Help!
“Bukannya lama pun kita pergi.” Anggerik masih berkeras.
“Ye. Tapi aku nak angkat tangan pun dah tak boleh ni ha... Tak kesian ke dekat aku ni.” Yela tu tak lama! Kalau dah dapat hadap cendol tu, dia depan mata pun Anggerik tak nampak.
“Bos kan kuat.”
“Alahai... Anggerik. Kenapalah degil sangat ni. Malas la...” Ahqaf atur langkah keluar dari ruang dapur. Melangkah masuk ke dalam bilik kemudian terus terjun atas Narita tengah bilik. Memang dia tak bagi sesiapa kemas. Senang dia nak berguling-guling.
Anggerik gosok-gosok hidung. Sampai hati Ahqaf. Tak apa, kalau suami dia tak nak. Dia boleh ajak orang lain. Bibir mengorak senyuman. Suspek dicari kemudian menyampaikan hasratnya. Setuju saja, terus dia naik ke bilik. Tudung dicapai tanpa langsung mempedulikan Ahqaf.
“Nak ke mana pulak tu?” Soal Ahqaf bila tengok Anggerik bersiap.
“Cendol pulut lah.”
“Kau jangan nak mengada drive ye.” Ahqaf tegakkan badan. Aku ikat juga bini aku ni nanti!
“Siapa kata saya nak drive? Saya nak dating dengan papa.”
Bulat mata Ahqaf. Papa? No! Cepat dia bangun dan berdiri tegak depan pintu bilik.
“Tak payah! Suka hati ye nak curang dengan aku.” Mata dijegilkan.
Anggerik cekak pinggang. Buruk betul perangai lelaki seorang ni. Cemburunya ya ampun!
“Tepilah. Biarlah curang pun, siapa suruh bos tak nak pergi.”
“Tapi gerai tu...” Belum sempat Ahqaf meneruskan ayat. Tekaknya terasa ada sesuatu. Cepat dia berlari ke bilik air. Tengkuk ditepuk-tepuk menggeluarkan apa saja yang mahu keluar dari tekaknya.
Adoii! Memang tinggal tulanglah dia tak lama lagi.
“Bos, okey?” Soal Anggerik sambil mengosok belakang suaminya. Kesian betul suami dia, terpaksa menghadapi alahan. Dia pulak yang terasa segar bugar.
“Hmm.” Ahqaf angguk. Selesai membasuh mulut. Kepala direhatkan ke bahu Anggerik. Tangan naik memeluk pinggang itu. Nasib baiklah dia sayang, muntah setiap minit demi Anggerik pun dia sanggup.
“Jom, cendol pulut.” Ajak Anggerik.
“Baby. Why? Why? Adehh...” Raung Ahqaf kemudian bergerak masuk ke dalam bilik.
Anggerik sudah lepaskan gelak. Manjanya lah suami dia ni. Nak marah tapi terpaksa bertahan, jadi keluarlah suara garau yang merengek-rengek. Tambah lebar senyuman dia bila tengok Ahqaf capai kunci kereta.
“Baby. Sila jadi hero yang membanggakan papa. Please!” Bebel Ahqaf lagi.
Sebelum keluar sempat dia capai minyak angin dan ditepuk-tepuk ke dahinya. Dia kena kuat demi Anggerik. Dia kena kuat demi anaknya yang bakal lahir itu. Dia tak nak lagi melakukan kesilapan dan melukakan hati wanita kesayangannya itu.
“Jom.” Tangan Anggerik dia capai.
Rela dia pergi melangut bawah payung merah tepi simpang tu. Kalau dia duduk rumah pun nanti, dia akan terbayangkan papa dengan Anggerik menikmati cendol berdua.
Tidak!
Walaupun dengan papa sendiri atau sesiapa saja. Anggerik Medina hanya boleh berduaan dengan dia. Tidak akan ada lelaki lain. Dan akan datang, dia akan pastikan kesemua anak-anak dia akan menyayangi Anggerik Medina seperti dirinya.


UNTUK SEKALI LAGI - SARA KYOKO

UNTUK SEKALI LAGI - SARA KYOKO
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


Peluang itu... salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi?
Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua!

Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel. Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan.
Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa.

Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih.

Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan.
...Berilah peluang kedua pada perkahwinan kita. Berilah peluang kedua untuk abang. Berilah peluang kedua pada cinta kita...” – Hud Daniel
Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut.
“You’ve promised me. Untuk sekali lagi saya nak ingatkan janji itu. Ini bukan rasa yang biasa-biasa, love. Rasa ini rasa cinta, sebab itu saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri. Saya mahu cinta saya. Saya mahu awak, Rose Raihanah.” – Ilhaan Sufiy, si teman sejati
Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu?

Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!

ITALIAN BOY - DEKNA LEE

ITALIAN BOY - DEKNA LEE
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


Benji pulang ke Malaysia setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sambilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya. 

Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu. 

Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalu tenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang dipanggil ‘darling’. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api. 

“I miss you.” ~ Benji 

“Tell that to your darling!” ~ Oddie 

Mungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebagai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia. 

“Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.” ~ Sofian, abang Oddie 

Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh. 
Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila ‘darling’ Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka. 

Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan. 

“…Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam. Oddie tak mampu nak teruskan dah.” ~ Oddie 

Apakah kesudahannya? Kuatkah jodoh antara mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan ganas ombak yang menghempas?

MY SOULMATE - SHILA ALISH

 MY SOULMATE - SHILA ALISH
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Ayuni Zara - Dia terperangkap oleh perasaan mencintai dan dicintai oleh dua orang sahabat. Meletakkan hati dan perasaannya kepada orang yang salah setelah merasakan bosnya itu ialah soulmatenya selepas dua kali diselamatkan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, biarpun dia sedar cintanya itu cinta terlarang.
Taufik Hidayat - Dia assistant kepada sahabat sendiri, telah jatuh cinta separuh mati kepada Ayuni Zara. Ditentang hebat oleh sahabatnya itu hanya kerana sebab yang tidak boleh diterima. Namun kerana cinta, dia tetap dengan pendiriannya kerana gadis itu telah mengembalikan sinar bahagia dalam hidupnya.
Hisyam Datuk Bakri - Dia telah ditunangkan dengan Zetty Nur Sarafina. Seolah-olah menjilat ludah sendiri. Tanpa diduga dia telah jatuh cinta kepada cinta hati sahabatnya hingga dia nekad mengkhianati hati sahabtnya itu dan mengecewakan hati si tunang.
Konflik demi konflik berlaku. Baik Ayuni mahupun Hisyam, masing-masing terpaksa berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa menerima ketentuan takdir bahawa mereka memang tidak dijodohkan bersama. Masing-masing nekad untuk mengakui bahawa mereka ialah soulmate hanya sekadar dalam hati mereka. Itulah janji mereka tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun kecuali DIA.
"...The very moment I heard my first love story, I wanted a soulmate of my own. I searched blindly, not knowing where to look. Finally, I realised... lovers don't just meet anywhere. They're in each other all along..." -Hisyam
"...Sometimes I think a soulmate is someone who lets you be the person you want to be..." -Ayuni Zara
Ternyata cinta Ayuni dan Hisyam tidak bertitik noktah di situ apabila seorang soulmate tetap akan menjadi soulmate dalam hati pasangannya apabila sekali lagi cinta mereka dipertemukan waaupun ia datang dengan cara cerita yang berbeza. Penuh air mata dugaan dan pengorbanan kerana seorang soulmate bukan sekadar pasangan serasi, yang sehati sejiwa tetapi sebaliknya yang saling melengkapi.

TIKA ITU INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW

TIKA ITU INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW
HARGA : RM28.00
BUKU : BARU


Hannan Zahirah Lee Louver. Betapa besarnya cinta dia kepada Haniff Mirza sehingga dia sanggup berkorban segalanya. Tapi, cinta mereka menjadi racun dalam hati Tengku Kamalia, bonda Haniff. Rancangan diatur lalu tersingkirlah Hannan daripada ikatan perkahwinan dengan cara paling keji tika inai masih merah di jari.
Pertemuan semula Haniif dengan Hannan meyakinkan Haniff yang dia punyai peluang kedua untuk bersatu semula dengan Hannan. Namun kini, hidup Hannan sudah ada Izz Arman Khair. Cinta mereka makin menuju ke puncak bahagia. Mahligai perkahwinan makin nyata. Lelaki ini separuh daripada nyawanya. Tidak mungkin dia berpaling biar apa pun yang terjadi.
“Dendam itu hanya bara yang membakar dalam diam. Percayalah, Hannan. Jika you parah terluka... I sudah lama lumat dicencang rasa sakitnya. Kita sama-sama terseksa. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama kembali membina bahagia yang suatu waktu dahulu milik kita. Milik you dan I.� - Haniff Mirza
Namun, Hannan tidak sesekali lupa apa yang pernah terjadi. Tidak sama sekali!
“Jangan mengharap titis hujan di gurun, Haniff. Jangan menunggu kerdip cahaya mentari di kala pekat malam. Hati yang mati takkan bangkit biar dipuja mentera terhebat. Jangan mengharap sesuatu yang takkan berlaku. Hati seorang Hannan Zahirah sudah lama mati buat you.� - Hannan Zahirah.
Tapi, tegakah Hannan memegang prinsip dalam hati apabila permata jiwanya mahukan dia kembali kepada Haniff? Bagaimana mungkin ditunaikan sedangkan hati, raga dan jiwanya kini milik Izz?
“Abid sayang mama dan papa. Abid nak mama dengan papa aje. Mama kahwin dengan papa. Abid nak mama buat macam tu.� - Abid Hylmi
Izz Arman Khair. Lelaki istimewa pemilik jiwa Hannan.  Pengubat lara dalam hati Hannan. Demi kasihnya yang tidak bertepi, dia rela melepaskan Hannan dan Abid demi sebuah bahagia. 
“Melepaskan you bukan pilihan dari hati I, Hannan. Demi Allah, percayalah. Membiarkan you menjadi milik yang lain adalah luka yang teramat sakit. Tak tertanggung. Setiap urat saraf bagaikan diracik halus. Memercik darah derita yang tak mampu dilafazkan oleh mana-mana aksara.�- Izz Arman Khair.
Ada ketikanya cinta harus dilepaskan kerana itu pilihan terbaik untuknya. Kadangkala cinta harus berkorban kerana cinta yang sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Cinta itu tak ternilai pada setiap yang bernafas. Milik siapakah akhirnya cinta seorang Hannan Zahirah? Dan adakah kali ini inai yang merah di jari Hannan menghadirkan bahagia buat kali kedua? Bahagia yang berkekalan.

CINTA HATI SAYANG - HAIRYNN SALEHUDDIN

CINTA HATI SAYANG - HAIRYNN SALEHUDDIN
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


CARL ZARIF… Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti!
LARA ALINA… Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang.
Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya.
“Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita.� - Tan Sri Roslan
Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina.
“Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!� - Carl Zarif 
Dari hari ke hari, Zarif semakin merapatkan dirinya dengan Lara. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat membalas dendamnya.
“Awak! Sekarang kita cakap pasal kahwin tau. Pasal akad nikah semua. Pasal awak dengan saya… Suami isteri.� - Lara Alina
­“Yes. I know, sayang. Berapa kali I nak cakap dengan you yang I memang nak kahwin dengan you? I nak you jadi isteri I sampai bila-bila.� - Carl Zarif
Adakah rancangan Zarif untuk membalas dendam terhadap Lara Alina akan berjaya? Mampukah cinta dan sayang menghapuskan dendam yang selama ini tersemat dalam hati Zarif?

SAKITNYA TUH DI SINI - HANI FAZUHA


SAKITNYA TUH DI SINI - HANI FAZUHA

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

WHATSAPP : 0177342366

Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata.

“Tolong jujur dengan Leeya, bang.” ~ Aleeya Irdina
“Kami sudah terlanjur...” ~ Zariel Ikhwan

Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta.

Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut.

“Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?”~ Hariz Ilham
“You nak apa?”~ Aleeya Irdina
“I nak you.” ~Hariz Ilham.

Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel?

“I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah ‘dia’ jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak ‘dia’.” ~ Hariz ilham.
“Hariz, I minta maaf...” ~ Aleeya Irdina.
“Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk”~ Hariz Ilham.

Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.


BICARA TENTANG CINTA - HANI FAZUHA


BICARA TENTANG CINTA - KOMPILASI CERPEN

LIMITED EDITION 

TIADA ULANG CETAK 

13 cerita digarap indah oleh 13 penulis. Bercerita tentang cinta dari sudut hati mereka. 


Lelaki Melayu-Jawa-Portugis Itu - Pena Kayu

Jerebu Kasih - Syeena Hamdan

Ini Cinta Insta - Ayeesha Haana

Diguna-guna Cinta - Hana Efriena

Alasan Yang Indah - Luna Bulan

Bukan Pengantin Dia - Dahlia Amanda

Hapuskan Nama Dia - Hani Fazuha

Kerana Jealousy - Zananis Ali

Cinta KIV Dulu - Cik D

You & I - Farisya Natasha

FALAK - Wawa Taufik

Bittersweet - Emy Roberto

#AiLoveStory - Farah Husain


UNTUKMU TIADA NOKTAH - SYEENA HAMDAN

UNTUKMU TIADA NOKTAH - SYEENA HAMDAN

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

HARGA TAWARAN : RM35.00

HARGA BELUM TERMASUK POS


Kerjaya itu, dia yang pilih. Tetapi, dia tidak memilih untuk menjadi buruan Doktor Naim dan dia juga bukan penghalang cinta Doktor Marina. Asyikin Hannah hanya mahu menjadi seorang jururawat, tak lebih dari itu.


“You nak suruh I jadi macam mana supaya you boleh terima I, Ikin?” - Doktor Naim.
"Please, doktor. Tolonglah faham. Saya tak boleh. T-A-K-B-O-L-E-H." - Asyikin Hannah



Munculnya Abrar Faris dalam pertemuan yang tak dirancang bagai penyelamat keadaan. Tapi, Asyikin bukan orangnya yang mudah menyerahkan hati pada lelaki. Abrar perlu berusaha keras.



"Harus jual mahal. Mana boleh jual murah." Asyikin ketawa-ketawa. Menutup rasa malu. 
"You jual murah ke jual mahal ke I sanggup beli, sayang." Abrar menoleh sekilas. Satu kenyitan diberi.
"Errr..." Asyikin merenung Abrar di sisi.
“You ni memang ada sindrom errr....ya?” Abrar jongket kening.
“Sindrom tu wujud sebab you. Takkanlah you tak tahu?” Asyikin angkat keningnya.



Tapi, saat hatinya sudah terjatuh suka, kisah silam Abrar datang menggugat. Untuk mengundur, rasanya sudah terlewat. Tapi, ‘berlawan’ dengan Afiqah Dato’ Azman buatkan dia penat. Penat hati dan juga perasaan.



Haruskah dia melepaskan Abrar demi Afiqah sedangkan lelaki itu sudah menjadi haknya yang sah? Siapakah sebenarnya Afiqah pada Abrar?

LAIN DUNIA - PENA KAYU


LAIN DUNIA - PENA KAYU

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

Di awal perkahwinan lagi, hati Anggriani sudah sentap. Apa taknya, dia diminta menjadi ‘isteri patung’ oleh Rayhan.

“Saya nak awak jadi isteri yang seperti patung, Anggriani. Bernyawa, tapi tak punya perasaan. Kaku, tapi boleh berfikir.” - Rayhan

Tanyalah isteri seluruh dunia. Mana ada yang mahu jadi isteri yang seperti patung. Jadi Rayhan, jangan jadi lelaki tidak logik! Nanti karma.

Ya! Karma itu wujud. Kerana selepas itu, Rayhan bagai dihukum bicara sendiri. Walau berusaha keras menafikan, dia juga lelaki yang punya nafsu.

"Awak jangan fikir saya cemburu pula, Anggriani. Saya buat semua ni sebab saya tak nak ada gosip antara awak dengan si dayus tu." - Rayhan
"Saya tahu awak takkan cemburu. Saya ni cuma isteri patung. Tak perlu awak jelaskan berkali-kali.” - Aggriani

Tapi, ‘pesanan’ Rayhan tetap Aggriani pegang. Dia harus menjadi ‘isteri patung’.

"Jangan pandang saya," mohon Anggriani sambil mengesat-ngesat hujung mata.
"Pandang saja tak cukup, Anggriani. Awak yang menangis sekarang hanya buat saya jadi gatal nak cium awak."
Kalau tadi guguran air mata Anggriani telah mulai terhenti, kini lebat semula.
"Usahlah menangis lagi. Air mata tu tak sesuai untuk masa sekarang."
Guguran air mata Anggriani tetap juga berleluasa.
"Air mata awak ni, sama degil macam awak juga," keluh Rayhan.

Mampukah seorang Rayhan yang ego dan sering menyakitkan itu berubah menjadi suami yang mendamaikan? Hanya Anggriani saja yang mampu menjawabnya
. 


TERSUKA TANPA SENGAJA - PENA KAYU



TERSUKA TANPA SENGAJA - PENA KAYU
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif.

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.
 


MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL

HARGA PROMOSI TERMASUK POS
RM31.00(SEM) / RM34 (S/S)

MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Bisa buat benci tinggal seinci
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun...
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. – Adib Haiman
Namun rasa cinta itu terpaksa dilupakan kerana Megat Waiz mencintai Rose. Megat Waiz mencintai Rose sejak daripada kecil lagi sama seperti Natasha mencintai Adib. Rupa-rupanya itu semua hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, Megat Waiz membawa diri. Sewaktu balik ke Malaysia, dia bertemu dengan Cinta. Dengan Cinta, Megat Waiz menemui harapan baru. Tetapi, nampaknya harapan itu hanyalah harapan semata-mata kerana Cinta ada tanggungjawab lain.
I like you, the moment I met you, Ci. – Cinta Alana
I like you too, Waiz. But the problem is, kita dah berjanji dengan ayah-ayah kita. Saya tak naklah kalau sebab saya, ayah saya jatuh sakit lagi. – Megat Waiz
Sewaktu majlis pernikahan Adib dan Rose, Natasha kemalangan, lalu hilang ingatan. Megat Razeen muncul dan membuat Natasha jatuh cinta. Tetapi, kesempatan itu hanya seketika, apabila di suatu kejadian, Natasha... ingat semula.
Adib? Mana dia? Cari dia. Cari dia, sekarang! – Natasha Erynna
Mampukah magis yang ada pada cinta itu, menyatukan cinta Adib dan Rose, cinta Megat Waiz dan Cinta dan juga cinta Megat Razeen dan Natasha? Atau sebenarnya, magis itu... masih terserah pada takdir yang tidak menyebelahi mereka.
Peluang kedua itu magis. Cinta itu datang sebagai bonus. Hanya yang beruntung yang menemui keduanya.

MELODI CINTA 2

HARGA PROMOSI RM22.00 (SEM) / RM25 (S/S)
TERMASUK POS

MELODI CINTA 2 
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU
Cinta Yang Pergi - Mardihah
“Kau tak sembahyang ke? Aku tengok kau macam tak ikut Aleeya sembahyang aje. Eh, Asmidar. Kau kena solat, baru hati kau tenang dan aman tau.”
Daim – Aliesha Kirana
“Nama saya, Daim.”
“Hah, Daim? Macam coklat Daim tu?”
“Ya. Daim. Macam coklat Daim.”
Surat Untuk Bakal Isteri- Hanan Az-Zahra
Salam perkenalanku hulurkan buat bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku yang aku bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
Topeng – Hannah Ezaty
Kau boleh menyakitiku dengan kebenaran tetapi jangan pernah membahagiakan aku dengan kebohongan.
Dan Dia Jodohku – Nurul Ain Syuhada
“Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti!”
“Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin... Saya ialah gadis yang paling malang sekali!”
Bukan Tak Mahu- Ilmar Imia
Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula.
Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
Qasidah Buat Khadijah - Hana Ilhami
Kalau Tijah rasa saya tak sesuai untuk Tijah, saya tak paksa.
Dahlah hidung besar macam gorila, panggil kita Tijah pula. Eee... Tak suka!
Salam Cinta Satu Malam – S.N. Hidayah Haron
“Nurul, awak keluar dengan saya ini boyfriend awak tak marah ke?”
“Awak dah bawa saya sampai ke sini, tempat jin bertendang dan kemudian baru awak nak tanya soalan bodoh itu dekat saya? Apa kes?”
Demam Cinta Misi Noora – Ummi Hafiy
Noora menepuk pipinya berkali-kali. Penyakit gilanya ini sudah datang kembali. Sejak sekolah menengah lagi dia sudah dapat penyakit begini. Dia akan terkejut beruk dan teruja apabila memandang lelaki kacak.
Jadikanku Wanita Syurga – Izzah Haneefa
“Kewajipan menutup aurat adalah salah satu cara Allah mengangkat martabat wanita. Tapi, kenapa masih memilih untuk merendahkan martabat diri sendiri?”
Gadis Bersubang Bintang – Kejora Mawaddah
“Itu padi tak menjadi, hujan tak turun dah hampir dua minggu. Ini semua sial Si Gadis, datang-datang bawa kemarau!”
Zahrin – Luna Adresia
Dia kemudian ketawa geli hati. Tak sangka gadis itu begitu senang diperbodohkan dan jatuh cinta kepadanya hingga sanggup menawarkan diri.
Seindah Takdir – Cahaya Najihah (Adaptasi ke Telefilem)
Assalamualaikum wahai insan yang bergelar suami. Waktu kita berdua mungkin tidak lama. Terima kasih kerana sudi menerima insan sepertiku menjadi bidadari hatimu. Hanya satu hati ini ingin berkata. Teruskan hidupmu. Allah selalu di sampingmu. 


SAYANG AWAK IRHAM DANIEL - CAHAYA AINN

SAYANG AWAK IRHAM DANIEL - CAHAYA AINN
HARGA : RM33.00
BUKU : BARU

Untuk pertama kali dalam hidup ini, insan bernama Irham Daniel telah membuatkan seorang Irine jatuh cinta.
Dalam diam Irine mula jatuh cinta pada Irham, namun keadaan memisahkan mereka. Masing-masing ego untuk mengaku sayang. Namun, jika sudah jodoh, lari kemana pun tetap akan bersatu. Akhirnya mereka ditunangkan. Tetapi di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.


SWEET VENDETTA - SERA ELYA

 SWEET VENDETTA - SERA ELYA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang  nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best  ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

 “Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill  lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang  yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

 “We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita  saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?”  ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...”  ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.

KHAIRIZAL : A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHADA

KESINAMBUNGAN KISAH 'ABANG KHAI TOMBOY'

KHAIRIZAL : A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHADA
HARGA : RM22.00
BUKU : BARU

“Abang, mana abang pergi selama ni? Rina rindu abang... Rindu sangat-sangat...”

Selepas  kehilangan insan yang tersayang, Khai berubah menjadi dirinya yang dulu, iaitu seorang tomboi. Baginya, lebih baik dia mencari punca kehilangan suaminya meskipun terpaksa bertindak sendirian! Ya, Khai berani melakukannya. Demi menuntut kebenaran yang tiada siapa dapat merungkaikannya.

Namun, tak mungkin Khairul dan Azman akan membiarkan Khai bertindak sendirian. Dengan bantuan mereka, Khai semakin menghampiri kepada kebenaran. Sehinggalah, mereka terjumpa ‘seseorang’ yang menyebabkan agenda mereka terkendala. Kehadiran Alif menyebabkan mereka musykil. Agenda mereka terutamanya Khai jadi terpesong semenjak hadirnya lelaki itu.

“Aku perasan sesuatulah, Khai.”

“Apa dia?”

“Muka kau macam perempuan. Kalau rambut kau panjang sikit mesti kau dah jadi perempuan.”

Kehadiran Alif membuatkan hati Khai yang sedang berduka, terubat sedikit rasa kerinduan terhadap suaminya. Adakah Alif mampu menggantikan Rizal dalam hatinya? Atau kehadiran Alif harus disembunyikan daripada pengetahuan sesiapapun agar lelaki itu tidak menjadi mangsa sepertimana Rizal menjadi mangsa?

“Aku cintakan kau! Hati aku jadi tak keruan sejak pertama kali aku pandang kau dekat kampung. Walaupun masa tu aku belum tahu kau perempuan. Aku tak pernah ada perasaan macam ni pada sesiapa pun.”

ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA


ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA
HARGA : RM22.00
BUKU : BARU

ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA
Peristiwa lalu menyebabkan sehelai sapu tangan menjadi saksi sekaligus menjadi janji kepada hati Auni. Dan tanpa Auni ketahui, ia juga menjadi sebuah janji kepada diri empunya sapu tangan itu.

Namun Auni kecewa apabila mengetahui pemilik sapu tangan itu sudah berpunya lalu membawa hati yang lara dengan meninggalkan Malaysia.

“Auni dapat bunga lagi?”
“Auni takut. Yalah, Auni tak tahu siapa yang hadiahkan bunga ni.”

Auni runsing. Sejak pulang dari luar negara, dia sering menerima tiga kuntum bunga ros berserta kad ucapan. Namun tiada pula nama pengirim yang tertulis pada kad tersebut. Dia tidak dapat mengagak gerangan yang selalu mengirimkan bunga-bunga itu kerana hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki selain ‘dia’ yang kekal bertakhta dalam hati.

“Awak??? Apa awak buat kat sini?”

“Cantik kan baju ni, saya nak belilah.”

“Tapi saya yang tengok dulu baju ni.”

Muncul pula lelaki bernama Aeryl. Auni naik rimas dengan lelaki yang bernama Aeryl itu. Ke mana saja dia pergi, pasti mereka akan bertembung. Dan apabila bertembung pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka bertekak.

Bagaimanakah pengakhiran kisah ini? Sebuah janji telah membuatkan Auni nekad untuk tidak menghiraukan lelaki yang silih berganti datang mengetuk pintu hatinya. Lantas, jalan manakah yang perlu Auni pilih supaya hatinya yang terluka dapat diubati?

“Saya suka, sayang dan cinta awak. Sudi tak awak jadi special girlfriend saya?”