Search This Blog

LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH



LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH
HARGA : RM23.00 (SEM) / RM26 (SS)
BUKU : BARU


Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta. “Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. “Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. “Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. “Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?

JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH

JUDUL : JAUH DARI CINTA
GENRE : Romantik-Drama
SIARAN : Astro Prima dan Maya HD
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 5 ptg]
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir



Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah. 
Harga: RM21.00 SEM
RM24.00 S/S
PENGHANTARAN : PERCUMA


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL
. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!


SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA


SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA
HARGA : RM19.90
BUKU : BARU
STOK : 1
Sinopsis
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN - UMIE NADZIMAH



KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN 
HARGA BUKU: RM 27.00
BUKU : BARU

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.


Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
 —

CUKUP DERITA ITU - SITI ROSMIZAH




Tajuk : Cukup Derita Itu
Nama Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM38.90 
BUKU : BARU

Confirmkn segera. Macam goreng pisang panas!!

SINOPSIS

Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.

"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!

Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.

Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya. 




GUY NEXT DOOR - ROSE HARISSA

TERBARU DARI PENULIS TIP TOP ; ROSE HARISSA!
JALAN CERITA YANG SWEET, COMEL DAN KELAKAR..
DAPATKAN NOVEL YANG MENARIK INI SEKARANG!


GUY NEXT DOOR - ROSE HARISSA
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

GOODREADS REVIEW & RATING (4.51***)

Sinopsis:-

Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.

Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.

“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”




MY DEAR, MR. DIMPLE - AIFA BATRISYA


MY DEAR, MR. DIMPLE - AIFA BATRISYA
HARGA : RM24.00
BUKU : BARU 

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.
“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.
“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.
Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!
Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.
Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

DOA CINTA SEORANG LELAKI - PENA KAYU


DOA CINTA SEORANG LELAKI - PENA KAYU
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

REVIEW : http://www.goodreads.com/book/show/20933409-doa-cinta-seorang-lelaki

Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah

Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine

Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya.

Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine

"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan..tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku." – Abu Hanifah

Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?


YANG PERNAH TERLUKA - HANA EFRIENA



YANG PERNAH TERLUKA - HANA EFRIENA
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU



Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah

Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa' gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus

“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.

“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa.

Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.

“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa
“Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus

Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli' kembali kepercayaan Merlissa?


LILI BUAT NAJAH - NAZURAH AISHAH

LILI BUAT NAJAH - NAZURAH AISHAH


Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

KEMELUT DI MUARA RINDU - AFFI DHIYA


Kemelut di muara rindu
Harga Asal : RM21
Harga Jual : RM16
Penghantaran : POSLAJU SEM M'SIA/
SABAH SERAWAK TAMBAH RM4

Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi membawa diri.

“You tak kisah beritahu siapa you?”

Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.

Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?

SUZAN - MANAF HAMZAH


SUZAN - MANAF HAMZAH
HARGA BUKU : RM40.00
BUKU : BARU

Suzan...
Gadis rupawan yang kehilangan segala-galanya. Dia ingin mencari haluan yang lebih bermakna dan bertekad untuk berdikari. Namun tanpa disedari, ada rahsia padanya yang membawa bahaya.

Ruztem...
Pemuda yang memiliki segala-galanya, kecuali hati dan perasaan. Apabila mengetahui bahawa ada tersimpan rahsia tentang dirinya, dia bertekad untuk membongkarnya walau dengan apa cara pun.

Dua Jiwa...
Bertemu dalam tipu-daya, tapi terpaksa berganding bahu untuk mengelak musuh yang mahu membinasakan mereka. Namun saat semua rahsia terbongkar dan huraian ditemui mungkin sudah terlambat untuk mereka mengecapi kebahagiaan yang diimpikan..


AIRMATA KASIH - NORHAYATI BERAHIM

AIRMATA KASIH - NORHAYATI BERAHIM
HARGA TAWARAN : RM27.00
SERIOUS BUYER SAHAJA!!!
(TIADA PAKSAAN)

GARIS-GARIS SENJA - FATIMAH KASSIM

GARIS-GARIS SENJA - FATIMAH KASSIM
RM10 - free poslaju semenanjung

RAHSIA UMMI - FAIZAL TEHRANI

RAHSIA UMMI - FAIZAL TEHRANI
RM10 - free poslaju semenanjung

Kisah Kasih - Kreisya Reisya

Kisah Kasih - Kreisya Reisya
Harga Jual : RM16.00

MUNGKINKAH? - HANNI RAMSUL



MUNGKINKAH? - HANNI RAMSUL

HARGA BUKU : RM32.00
BUKU : BARU


Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila. 

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”




JANGAN BENCI CINTAKU - EMY ROBERTO


JANGAN BENCI CINTAKU - EMY ROBERTO
HARGA : RM23.00 (SEM) / RM26 (S/S)
BUKU : BARU

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

RATING : 4.35*
GOODREADS

TIADA YANG LAIN - ANA SOFIYA


TIADA YANG LAIN - ANA SOFIYA
HARGA : RM24.00 (SEM) / RM27.00 (SS)
BUKU : BARU

Pertama kali bertemu Zharif, hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’. “Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif “Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa. Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka. “Awak beruntung dapat Afif. Dia memang sesuai dengan awak. He has everything that I don’t have.” ~ Zharif. Dia mengalah demi Atiqah. Dia mahu melihat wanita kesayangannya bahagia bersama lelaki pilihan keluarga. Kerana merasakan cintanya tidak dihargai Zharif, Atiqah bertekad untuk menjadi isteri yang baik kepada Afif. Begitu dia berazam untuk setia, begitu dia berusaha agar hatinya redha. Malangnya Afif bukan lelaki yang layak menerima cinta dan kesetiaannya. Apakah yang akan terjadi bila Zharif pulang bersama kesalan? Sanggupkah Atiqah bertahan dalam sebuah rumah tangga penuh gelora? “Kan Iqa dah janji dengan abang. Takkan tinggalkan abang selagi ada nyawa Iqa? Lupa?” ~ Atiqah. Siapakah yang layak menerima cinta Atiqah? Zharif atau Afif?

RATING : 4.27*


TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR

TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR
HARGA : RM25.00 (SEMENANJUNG) /: RM28.00 (SABAH SERAWAK)
HARGA TERMASUK POS: RM27.00 (SEMENANJUNG) /: RM230.00 (SABAH SERAWAK)
BUKU : BARU

RATING : 4.47* GOODREADS

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. 
Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. 

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. 

Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri. 

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie 

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan 
tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. 
Adakah mereka berjaya menghadapinya?

SEJAK KITA BERTEMU - CAMELLIA

BAGI YANG TELAH MEMILIKI 'ERTI CINTA' PASTI TIDAK MAHU KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI KISAH DAMIEN DAN ANIS SELANJUTNYA..

SEMUANYA ADA DALAM 'SEJAK KITA BERTEMU'
MILIKINYA SEKARANG!

FREE POS!!!

SEJAK KITA BERTEMU - CAMELLIA
HARGA : RM24.00 (SEMENANJUNG)
              : RM27.00 (SABAH SERAWAK)
BUKU : BARU

Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta Anis terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran.
Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.
“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS
“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN
“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS
Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam  hati Anis. Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?
Namun Damien juga punya keraguan sendiri.
“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN

Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.

RATING : 5*
GOODREADS

SESEORANG UNTUK DINIKAHI - RATU BULAN

PENULIS BESTSELLER PRINCE CHARMING DAN HIKAYAT CINTA KINI KEMBALI DENGAN KARYA TERBARU!
DAPATKAN SEGERA!

SESEORANG UNTUK DINIKAHI - RATU BULAN
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Jatuh cinta. Bercinta .Putus cinta . bercinta kembali.

Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. walaupun sudah banyak kali dikecewakan , tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya . Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya , Selagi ada usaha , dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati . Namun , tanpa diduga , dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri , Nazwan Syah .

Cinta perlu dicari . Nak cari cinta kita perlu ada usaha . Macam mana nak berusaha ? itulah yang dikatakan memburu cinta - Arissa . 

Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa memikat Nazwan . Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka , Luqman dan Sarah , yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun , Arissa tidak peduli . Dia terus melamar nazwan sebagai kekasihnya .

"Nazwan , jom jom kita dating ; ujar Arissa tanpa berkias - kias lagi .
"jangan setuju , Nazwan . dia dah gila ," ujar Luqman mendesak Nazwan menolak . 

"jomlah dating," ujar Arissa dengan manja separuh gedik . "okey," jawab Nazwan pendek.
"what?" sarah dan luqman memandang Nazwan . "yes!" sorak Arissa gembira.


Namum , Nazwan tidak pernah serius. setelah berlaku suatu insiden, kedua - dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan . ketika pertunangan itu berlangsung, Nazwan mengambil keputusan melarikan diri ke luar Negara . kecewa memang kecewa , tetapi Arissa tetap menjalani kehidupannya tanpa Nazwan di sisi . 

Dua tahun berlalu , ketika hati semakin sembuh , muncul Mr . Iphone yang menceriakan hari - harinya . Dalam masa yang sama juga , Nazwan muncul semula dalam hidupnya . mampukah cinta lama berputik kembali ? Dan apa yang Nazwan sembunyikan daripada Arissa selama ini ?

MENCARI MR. CHARMING - ANNA LEE

MENCARI MR. CHARMING - ANNA LEE
HARGA : RM24.00
BUKU : BARU

Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak  
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah  water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki 
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama ! 

Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ? 
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya ? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ? 

RATING : 4.18*
GOODREADS

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH - ORKID EDYLIYNE

Sebuah lagi novel akan diadaptasi ke drama di
TV3. Tajuknya, Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne.




TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH - ORKID EDYLIYNE
HARGA BUKU : RM21.00

BUKU : BARU


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Credit : EDTV