Search This Blog

Showing posts with label KAKI NOVEL. Show all posts
Showing posts with label KAKI NOVEL. Show all posts

BIARKAN YM TERUS BERBICARA - HANNI RAMSUL


PERCUMA KOS PENGHANTAN!

BIARKAN YM TERUS BERBICARA - HANNI RAMSUL
SEMENANJUNG:- RM24.00 
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 
BUKU : BARU
PERCUMA KOS PENGHANTARAN

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.
Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.
Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.
 “Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI - DZIE TYEA

 SESUCI KASIH SEORANG ISTERI - DZIE TYEA
HARGA BUKU : RM19.00 
BUKU : BARU
 

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

KU SERU RINDU ITU - HANNI RAMSUL

KU SRU RINDU ITU-HANNI RAMSUL
HARGA ASAL : RM26.00
BUKU : BARU

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

PERGILAH AIRMATA - HANNI RAMSUL

PERGILAH AIRMATA-HANNI RAMSUL
HARGA BUKU : RM28.00

BUKU : BARU

Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
selamanya...

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA…

Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan.

Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan…
BADRUL…

AKU YANG KAU TINGGALKAN - ALINA HAIZAR


AKU YANG KAU TINGGALKAN 

BUKU : RARE' OUT OF PRINT



Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.


Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

ehsan:KN

566 HARI MENCARI CINTA - ILYA ABDULLAH



566 HARI MENCARI CINTA
HARGA BUKU : RM18.00
BUKU : BARU

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar. 
Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.
Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?
Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

ehsan : KN

BIARLAH YM BERBICARA - HANNI RAMSUL

BIARLAH YM BERBICARA - HANNI RAMSUL
HARGA BUKU : RM20.00
BUKU : BARU

 
KLIK GAMBAR UNTUK SINOPSIS