Search This Blog

Showing posts with label ANAASA PUBLICATION. Show all posts
Showing posts with label ANAASA PUBLICATION. Show all posts

KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI

KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI
HARGA : RM27.00 / RM30.00(S/S)
PROMOSI : FREE POS

Ramai yang ingin menghulurkan cinta kepadanya tapi hatinya terkunci rapat. Dia hidup sendiri dengan kenangan yang masih tersimpan rapi. Namun, pertemuan pertama dengan Naqib sudah membuatkan hatinya berdetik tidak tenang. Apatah lagi, ada pertemuan seterusnya yang tidak dijangka. Sikap Naqib membuatkan Yani sesak. Naqib suka menakluki dirinya menjadikan Yani bertambah benci padanya. Lelaki perasan bagus!

"Berani kau tampar aku?" - Naqib

"Beranilah. Dah awak tu gatal. Saya dah tolong awak tadi dah cukup bagus tau. Orang dah tolong, boleh pula nak ambil kesempatan. Saya tak suka, awak tahu tak?"- Yani

Naqib selalu membuat tindakan tanpa diduga oleh akal fikirannya. Hingga mereka berdua terikat sebagai suami isteri. Segalanya Naqib aturkan sendiri dengan tindakan segeranya.

"Nanti kita kongsilah. Mak kau akan jadi mak aku juga. Mummy aku, jadi mummy kau juga"- Naqib

"Tak kuasa!"- Yani

"Aku kuasa nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar… Garang… Aku suka!- Naqib

Hari kedua perkahwinan mereka, Yani dikejutkan dengan kisah sebenar yang disimpan oleh Naqib selama ini. Hatinya bagai diragut sekelip mata. Kerana dendam, Naqib sanggup memperjudikan cinta Yani. Dia mahu Yani menangis sepertimana dia menangis. Dia berjanji akan membuatkan Yani merana. Tetapi, telatah dan sikap Yani yang tidak rebah dengan layanannya membuatkan Naqib pula yang sakit kepala. Dirinya pula digoda oleh si isteri. Ada sahaja sikap Yani yang sengal-sengal ubi buatnya terkena kembali.

"Dia jodoh istikharah aku. Aku yakin dengan ketentuan Tuhan. Jika dia sudah dijodohkan dengan aku, aku akan buat dia tunduk pada aku. Tak kisah dikatakan perigi cari timba. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku" - Yani

Demi cinta yang mula mekar di hatinya, Yani berdiri dengan senyuman paling manis. Halangan dan dugaan tidak dapat menafikan dia sebagai pemilik cinta Naqib. Demi mematikan sebuah janji, Yani bangkit. Apa yang dilakukan Naqib, sesekali tidak membuatkannya putus semangat. Yani percaya ada cinta yang mewangi dalam hati Naqib. Lalu, bermulalah misi mengejar cinta suami. Mampukah Yani mencuri hati suaminya? Atau Naqib akan terus menyalahkan dirinya dan korbankan cinta itu? Bagi Yani, kalau benci lepaskanlah. Kalau diam siapa yang tahu. Tapi kalau sayang jangan marah!
 


ABANG SAYANG ADIK MANIS - AILAH DIELA


ABANG SAYANG ADIK MANIS - AILAH DIELA
HARGA : RM27.00 / RM30.00 (S/S)
PROMOSI : FREE POS 
“Qaseh. You know what. The truth is you don’t need a boyfriend to be happy. But you need me. Your future husband. Trust me!” – Meor

Bercinta dengan orang lain. Tapi berkahwin dengan orang lain. Memang ada yang terjadi. Contoh terdekat adalah Qaseh Daria. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja lelaki tu ajak dia kahwin.

Tak nak! Dia dah ada Zakuan sebagai kekasih hati.
Tapi kalau dah jodoh tu kuat, kahwin juga mereka akhirnya. Itupun dengan seribu satu janji yang dia buat dengan kekasih hati.

Cuma...

Bila dah kahwin, dia ada masalah besar. Suami dia super duper sweet! Manis melekit hingga ke dasar hati. Jatuh cintakah dia? Tambah lagi bila kekasih hati mula buat hal. Mulalah dia rasa nak bubarkan semua janji-janji bodoh sebelum kahwin tu.

Ye! Dia dah sayang tahap tak boleh dikira pada Meor Baihaqie. Hidup dia memang untuk Meor sahaja. Zakuan? Tolak tepi. Tapi, bila bunga sakura sudah pun memenuhi hatinya, Zakuan datang kembali menuntut janji.

“Lepas ni sila pulangkan Daria pada aku. Aku tak kisah nak ambil bekas kau” - Zakuan

“Sekali aku dah pakai, aku memang tak ada niat nak bagi orang lain rasa. Maaf, salah tempat nak cari barang terpakai.” – Meor

Meor memang suami yang terbaik. Tak pernah sekalipun cuba melepaskan dirinya walaupun diri sendiri dah terluka. Dia pulak macam mana? Walaupun mulut memaksa diri untuk pergi tapi hatinya menjerit sendiri. Hati Meor adalah hatinya. Cinta Meor juga adalah cintanya. Sanggupkah terus-terusan menyakiti hati lelaki sebaik Meor? Sanggupkah dia membuatkan hati Meor tercalar sendiri?

“Tinggalkan Qaseh, abang!” – Qaseh

“Abang tak ada sebab untuk tinggalkan Qaseh. Tapi abang banyak sebab untuk terus bersama Qaseh. Qaseh Daria memang dilahirkan untuk Meor Baihaqie. Abang tak pernah rasa sedih sejak kehadiran Qaseh dalam hidup abang. Apapun yang jadi abang terima. Tapi permintaan Qaseh ni buat hati abang sakit, pedih. Abang tak boleh, sayang” – Meor Baihaqie

Apa yang akan berlaku pada rumahtangga yang dia bina atas kebodohan diri sendiri. Sejauh manakah dia untuk mengenali cintanya? Dan seteguh manakah cintanya untuk membenarkan Meor Baihaqie berada di carta teratas hatinya? Pada Meor, dia ingin kekal sebagai abang sayang kepada adik manisnya.

Kerana dia adalah pereka cinta mereka!
 


KUPILIH UNTUK SETIA - AMEERA AMEER

KUPILIH UNTUK SETIA - AMEERA AMEER
HARGA : RM28.00
BUKU : BARU

“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila

Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!

"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff

Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.

Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?

"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff

Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.

Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata? 


PELITA DI BAWAH PURNAMA - ADNIL ZAFF

PELITA DI BAWAH PURNAMA - ADNIL ZAFF
HARGA BUKU : RM 29.00
BUKU : BARU

Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. keakraban mereka seperti adik dan abang. apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.

Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiab mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn.

Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui oleh Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.

Lapan tahun mereka berdua terpisah. cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? sudah tentulah tidak. Kebencian Aryan bagaikan tidak bertebing kepda lelaki itu. Tiada maaf yang mampu idhulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.

Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, Namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu