UNIKNYA CINTA - SHA IBRAHIM

 UNIKNYA CINTA - SHA IBRAHIM
CETAKAN KEDUA
CETAKAN TERHAD!
DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN STOK!



UNIKNYA CINTA - SHA IBRAHIM
HARGA BUKU TERMASUK POS : RM36(SEM) / RM40(S/S)

CETAKAN TERHAD!
TIADA DIJUAL DIKEDAI BUKU


INFO

Kepada sesiapa yang tak tahu... Novel UNIKNYA CINTA ialah novel yang diulang cetak... dengan cover baru dan bonus satu cerpen di dalamnya...yang lama tu memang out of stock! Untuk yang baru ni stok buku buat masa ni masih ada

TEBAL BUKU 621ms TERMASUK SEKALI CERPEN ISTIMEWA YANG TEBALNYA DALAM 50++ms bertajuk PENGAKHIRAN YANG PASTI ...😉

*****************************************

SINOPSIS 


Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga tidak dilunaskan dengan sebaiknya. Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil berat Imran Hanif Hashim itu?


Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati lelaki itu bergetar hebat setiap detik.


Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya hanya untuk Amani.


Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?


“Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”
“IMAM! Perasan tak?”
“A’ahlah! Comel!”
“Tahu tak apa!”



Uniknya cinta Amani dan Encik Imran, unik juga aturan jodoh mereka.





1 comment: