KAU PERGI JUA - HESSA WIDAD


KAU PERGI JUA - HESSA WIDAD
Harga: RM30 (Semenanjung) // RM33 (Sabah & Sarawak)
HARGA TERMASUK POS : RM32 (SEM) / RM35 (S/S)
BUKU : BARU

Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua.
Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog “Jiwa Esha” yang sekian lama diikutinya itu ialah si polos Zuleesha. Gadis itu benar-benar telah mengubah pandangan hidupnya ke arah yang lebih baik.
“Saya mulai ada rasa sayang pada Lesha. Lesha berikan saya satu semangat baru. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Saya tahu buat masa sekarang ni hati Lesha tak mampu menerima mana-mana lelaki lagi. Lesha ingin fokus pada pelajaran. Percayalah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati saya pada Lesha.” – Akil Aiman
Tetapi, Akil hanya berdiam diri setelah menyambung master di Australia. Zuleesha khuatir bertepuk sebelah tangan, mungkin Akil sayang kepadanya tidak lebih sayang seorang abang terhadap adik.
Jadi, keputusan diambil dan… “Abah, acik fikir kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat ni dan abah rasa orang tu sesuai, abah terima ajelah.”
Qada dan qadar tertulis, mualaf Kevin Yeong@ Amirul, abang angkat Zuleesha meminangnya. Zuleesha dengan reda menerimanya dan berusaha untuk menyerahkan sepenuh hatinya terhadap Amirul.
“Lengkapkan diri jadi isteri abang yang soleh, ya. Abang cintakan Zuleesha Izara ketat-ketat.”
“Saya tahu...”
“Betul, Izara. Abang sangat, sangat, sangat sayangkan Izara.”
“Saya tahu.”
Atas kehebatan cintanya, Amirul telah berjaya memenangi hati Zuleesha. Kini memang dia akui dia cintakan Amirul walau saat terdengar nama Akil, jantungnya masih berdegup kencang.
Suatu insiden tidak terduga berlaku pada hari perkahwinannya, Amirul kemalangan dan pergi dari hidup Zuleesha buat selama-lamanya. Kehilangan Amirul buat Zuleesha pasrah dan sendiri.


AKU, DIA DAN STILETTO - SRI SARAH


AKU, DIA DAN STILETTO - SRI SARAH
Semenanjung : RM33  /  Sabah/Sarawak : RM36
HARGA TERMASUK POS : RM35 (SEM) / RM38 (S/S)
BUKU : BARU

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.
“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA
Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA
“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” - ASHRAFF
“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah.
Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” - ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
“Kau nak bermadu dengan aku?” - HELINNA
“Kau sanggup? ” - AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.


ISTERI TAK DIJANGKA - S. N. HIDAYAH HARON


ISTERI TAK DIJANGKA - S. N. HIDAYAH HARON
Harga: RM21(Semenanjung) // 
RM24(Sabah & Sarawak)
PROMOSI : PENGHANTARAN PERCUMA

ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang
Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua.
“Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak aku jadi juri?” – MYA
“Kau nak ugut aku?” – ZALIFF
“Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” – MYA
Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff.
“Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA
“Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF
Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka antara Zaliff dan Mya?


BERSATU SELAMANYA - ROYAL KEOSS


BERSATU SELAMANYA - ROYAL KEOSS
Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32
PROMOSI : PENGHANTARAN PERCUMA

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna. Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak mengendahkan kehadiran si teruna.
Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba dihindari walaupun hati mula menerima lelaki itu. Namun, jika sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga, mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu alasan agar lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.
“Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan berkahwin.” - FAZRI
“Jangan mengarut… Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin dengan perempuan seperti saya?!” - FAZIRA
“Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi!” - FAZRI
Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.
“Macam mana nak pakai kalau bentuk badan tu hilang nanti? Helo?! Dah lama berkahwin, takkanlah tak faham-faham lagi. I’m sure bentuk badan tu hilang lepas your wife mengandung.” - ERIN
Sampai ke satu saat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana wanita termasuklah Fazira. Disebabkan rasa kecewa yang tidak mampu dibendung, dia membawa diri dengan membawa hati yang lara. Dia reda andai itu yang terbaik bagi dirinya.
Bagi Fazri pula, kehilangan Fazira umpama kehilangan nyawa sendiri. Tekadnya cuma satu, membawa pulang isteri tercinta dan kembalikan cahaya cinta dalam rumah tangganya. Berjayakah Fazri? Dan apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Fazira?


DIA YANG KU JADIKAN SUAMI - RINSYA CHASIANI



'DIA YANG KU JADIKAN SUAMI' – Rinsya Chasiani

Halaman : 752 ms
Harga :RM28.00 

SINOPSIS – DIA YANG KU JADIKAN SUAMI

NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”
“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”
“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”
“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”
“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.
“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.
“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I.
I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah.
You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’...
Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.
You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.