Search This Blog

DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF


DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF
HARGA : RM30.00
BUKU : BARU

“Aku terima nikahnya, Kifayah binti Soffian dengan mas kahwinnya…”

BERNIKAH? Dalam usia yang begitu muda? Oh, tidak. Kifayah mempunyai cita-cita dan impiannya yang tersendiri. Tapi tak siapa yang faham tentang itu! Malah Kifayah dipaksa mengahwini lelaki yang baginya akan memusnahkan seluruh masa depan yang dia inginkan.

Dek tak sanggup merana kemudian hari, Kifayah mengambil keputusan untuk melepaskan diri. Namun, dalam tempoh menjadi pelarian itu, Kifayah bertemu cinta hatinya. Munculnya seorang lelaki yang berjanji akan menyelamatkan dia daripada kesengsaraan.

Namun, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Hero dalam hatinya itu lesap pada saat-saat genting. Sedang melawan perasaan itu, muncul pula penyelamat yang tersesat dalam masalahnya.

Antara kehendak keluarga, budi dan cinta, siapakah yang harus Kifayah pilih? Namun begitu, Kifayah tidak mahu mementingkan diri. Mampukah dia mengecapi bahagia bersama lelaki yang tidak diinginkannya?

Setelah semuanya terlambat, haruskah dia kekal berpegang kepada janjinya bersama lelaki yang dulunya pernah bertakhta dalam hatinya? Sedangkan dia memiliki insan yang lebih berhak ke atas dirinya iaitu, suami…

“Mencintai sayang, membuatkan abang melarang mana-mana perempuan daripada masuk ke dalam hati abang. Kalau ada yang nak mengurat, abang akan tahan. Ops!!! Dilarang masuk ke dalam hatiku!”


SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA




SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA
BUKU : BARU
HARGA : RM21.00

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.

Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!


MY FLYING KISS GIRL - WANNIE NORDIN


MY FLYING KISS GIRL - WANNIE NORDIN
BUKU : BARU
HARGA : RM31.00

Mungkinkah ciuman terbang itu dilayangkan bersama dengan mantera atau jampi cinta, Rayyan sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu adalah ciuman terbang itulah yang telah merubah hidupnya serta-merta. Berubah daripada seorang yang tidak tahu menghargai perempuan, menjadi lelaki yang penuh dengan rasa cinta. Berubah daripada seorang yang tidak pernah merindui dan menyayangi seorang wanita, menjadi perindu bulan siang dan malam. 

Tetapi, adakah untuk memiliki gadis flying kiss semudah yang disangka?

Demi untuk mendapatkan gadis idaman hati, pelbagai cara dilakukan oleh Rayyan Hafizi. Dirayu, dipujuk, digoda, dipaksa dan pelbagai lagi cara lagi demi untuk memastikan empunya badan dapat dimiliki sepenuhnya. If you’re not willing to sound stupid, you do not deserve to be in love. Memang, demi cinta Rayyan sanggup melakukan apa saja demi membuktikan keikhlasan! Dan Aireen, mampukah dia bertahan untuk tidak mengalah pada rasa cinta, lebih-lebih lagi apabila sudah tinggal sebumbung dengan Romeo Malaya itu?

Ya, suka ataupun tidak, mahu ataupun tak, rela atau dipaksa, Aireen perlu menerima hakikat bahawa dia disatukan dengan Rayyan Hafizi dan kini bukan sahaja berkongsi bumbung yang sama, tetapi juga berkongsi bilik yang sama, katil, tilam dan bantal yang sama! Namun, Rayyan takkan mampu menakluki sepenuhnya kepercayaan dan kasih Aireen selagi dalam hati Aireen terselit nama Amir dan terngiang-ngiang nama Rafeeq!

Antara mereka, siapa yang tidak akan mampu melupakan sejarah silam? Kewujudan Rafeeq, kehadiran Hannah, membuatkan cinta dan kasih sayang Rayyan dan Aireen teruji untuk ke sekian kali.

My flying kiss girl, kisah cinta ini takkan terjadi tanpa hadiah ciuman terbang daripadamu! 

KERANA AYA SOFYA - APRIL SNOW



KERANA AYA SOFYA - APRIL SNOW
HARGA : RM26.00
DISKAUN : RM2.00
STOK : 1

Sinopsis:-

Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan lebih lima tahun dahulu. Kerana Aya Sofya mereka berdua menjadi seteru. Namun kerana Aya Sofya juga, tanpa diduga Laila dan Wazif terikat rasa… tersimpul jiwa.

Aya Sofya, insan comel yang menjadi rebutan dua pihak. Laila tetap teguh mempertahankan haknya atas Aya Sofya yang jadi miliknya usai dilahirkan. Si kecil tu nyawanya selama ini. Takkan mungkin diserahkan sewenangnya!

Bagi Wazif si peguam syarie yang ampuh menjunjung prinsip undang-undang yang tertulis, hak tetap hak. Bagi Wazif, sahabatnya Fakhrul dan isterinya Aliyana pemilik sebenar si comel Aya Sofya. Bukan Laila!

Bagi Laila, Wazif penyebab dia kehilangan Aya Sofya buat selama-lamanya. Muncul lelaki itu dalam hidupnya merengut bahagia dia bersama Aya Sofya. Selama-lamanya!

Laila bencikan Wazif. Benci yang sesungguhnya! Namun bagi Wazif, mengenali Laila dalam erti kata yang sebenar telah membuka pintu hatinya untuk melihattulus jiwa seorang gadis yang berkorban apa sahaja demi seorang Aya Sofya yang nyata bukan darah dagingnya sendiri.
Laila buat Wazif rasa teramat berdosa. Berjumpa Laila kembali setelah lebih lima tahun mencari, gadis itu tak mungkin dilepaskan. Wazif nekad. Dia hanya mahukan Laila. Hanya nama Fahratu Laila yang tertulis di hatinya!
Akan bertautkah dua hati yang punya rasa yang berbeza? Akan terciptakah bahagia antara mereka jika rentak di jiwa tidak seirama nadanya? Dan kala cinta baru mula berputik bunganya berupayakah mereka berdepan dengan kemunculan cinta lama yang datang mengusik kenangan di jiwa... mahu merebut kembali hati yang parah tercarik luka.
“Semua insan inginkan bahagia... macam pelangi, indah dan mendamaikan mata. Tapi... tidak mungkin pelangi akan muncul tanpa ada titis-titis hujan. Begitu jugalah hidup ini. Bahagia itu ada harga yang harus dibayar.”

BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU


BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU
HARGA : RM21.00
BUKU : BARU

Sinopsis:-
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

HADIRKAN CINTA BUAT AKU - TULIP UNGU



HADIRKAN CINTA BUAT AKU - TULIP UNGU
HARGA : RM25.00 

SINOPSIS

SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”

Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

ANUGERAH TERINDAH - SOPHILEA


ANUGERAH TERINDAH
BAKAL DISIARKAN DI TV3

DAPATKAN SEMENTARA ADA STOK !




ANUGERAH TERINDAH
HARGA : RM25.00 (SEM) / RM28.00 (SS)
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366


Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

CERITA CINTA AHMAD AMMAR

KEHIDUPANNYA seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya!

Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.

Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.


CERITA CINTA AHMAD AMMAR
HARGA : RM23.00
BUKU : BARU
STOK : ADA

SINOPSIS

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.
Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

YANG DIA PILIH - HANI FAZUHA



YANG DIA PILIH - HANI FAZUHA


RATING/REVIEW : YANG DIA PILIH 4.22***

Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tidak kesampaiannya pada Lya buat dia hampir tersungkur. Pertemuan yang tiba-tiba dengan Fatia buat Hareez kembali ‘hidup’. 

Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul. “Kalau nak tahu, cubalah.” Hareez senyum senget. “Cuba apa?” Fatia tiba-tiba jadi blur. “Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak.” Mata dikenyit nakal. “Awak ni gatal kan?” Terus membulat mata Fatia. “Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu.” Melamar Fatia bukan kerana cinta tetapi kerana dia suka. Bukankah suka itu juga salah satu dari akar cinta? 

Persoalannya… bolehkah bahagia tanpa cinta? Dan…apabila dugaan datang melanda dengan tawaran untuk Hareez mendapatkan cinta pertamanya bersama Lya, ada banyak hati yang terpaksa dikorbankan. Kerana bahagia itu banyak jalan yang bersimpang, mereka harus membuat pilihan. ‘Setia tidak menjanjikan balasan kesetiannya juga.’ Persoalannya, siapa yang tidak setia diantara mereka? Kesinambungan HATI KALA CINTA ini membawa kita mengenal siapa sebenarnya Hareez Daniel yang pernah ditolak Lya kerana memilih adiknya, Zhafran.


HANYA DIA...CINTA - FARAH HUSAIN



HANYA DIA...CINTA - FARAH HUSAIN
HARGA : RM23.00 (SEM) / RM26 (S/S)
BUKU : BARU


Kali pertama melihat si gadis, dia sudah terpaut. Kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia hendak, itulah yang akan dia dapatkan. Langkah paling agresif dibuat. Hantar saja keluarganya merisik si gadis. Tapi, kalau dah namanya Zara Harlina, apa yang orang nak, itulah yang dia tak akan beri. \"I. Nak. You.\"~ Adhan. \"Tapi… I.Tak.Nak.You!\" ~ Zara Adhan mengejar, Zara berlari. 

Bila si jejaka berhenti mengejar, Zara mula tercari-cari. Dia akhirnya mengakui, lelaki itu sudah mula menguasai hati. Tapi bila dah berumah tangga, tak semuanya kekal indah macam waktu bercinta. Bibir yang selalu mengucapkan kata manis bergula dah mula bertukar nada. “Kadang-kadang rasa penat bercakap dengan Zara ni. 

Abang tak tahulah, Zara dengar atau tidak.” ~ Adhan. Hidup berumah tangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir berputus asa. Kata dua diberi pada si suami. “Zara akan pergi. And I won’t be coming back too,” ~ Zara Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?


LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH



LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH
HARGA : RM23.00 (SEM) / RM26 (SS)
BUKU : BARU


Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta. “Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. “Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. “Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. “Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?

JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH

JUDUL : JAUH DARI CINTA
GENRE : Romantik-Drama
SIARAN : Astro Prima dan Maya HD
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 5 ptg]
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir



Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah. 
Harga: RM21.00 SEM
RM24.00 S/S
PENGHANTARAN : PERCUMA


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL
. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!


SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA


SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA
HARGA : RM19.90
BUKU : BARU
STOK : 1
Sinopsis
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....