Search This Blog

DIA IDAMAN HATI - NADRA YASMINA

DIA IDAMAN HATI - NADRA YASMINA
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!

KEMELUT DI MUARA RINDU - AFFI DHIYA

KEMELUT DI MUARA RINDU - AFFI DHIYA
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi membawa diri.

“You tak kisah beritahu siapa you?”

Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.

Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?
 
 

SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK - FARISHA IMANI

SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK - FARISHA IMANI
HARGA BUKU : RM30.00
BUKU : BARU
STOK : ORDER


NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
 “Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

 Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
 “Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


DAN SEBENARNYA CINTA - SYAFA' IKHWAN

DAN SEBENARNYA CINTA - SYAFA' IKHWAN
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU : BARU
STOK : ORDER

Nama saya Nur Sufrina binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup saya dan keluarga saya.
 “Kalau apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ni.  Lindungi dia macam anak Suf sendiri.  Kakak merayu.  Jangan benarkan Firdaus ambil anak ni!  Jangan benarkan!  Janji dengan kakak.  Ya, Suf?” – Nur Sazrina
Ya, Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak pasti. Adakah dia orangnya?
“Kenapalah Sufrina?  Kalau awak tak cintakan saya, saya tak boleh salahkan awak.  Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak?  Kenapa mesti awak yang saya cinta?!” – Rohaizat
Tiba-tiba, dia hadir. Saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu.
“Tak elok perempuan marah.  Nanti cepat berkedut.  Tengok, kedut-kedut kat muka awak tu dah makin nampak.” – Amirul Haikal
Adakah dia sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima kehidupan saya yang sebenarnya…
“Saya cuma lelaki bodoh yang sentiasa ditipu oleh perempuan yang sama!” – Amirul Haikal
Akhirnya, siapakah yang menjadi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya membuat keputusan ini? Saya memang sayangkan dia! Tapi kalau saya memilih dia, mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya.

KALA CINTA MENGGODA - NOORFADZILLAH

KALA CINTA MENGGODA - NOORFADZILLAH
HARGA BUKU  : RM19.90
BUKU : BARU
STOK : ADA

Mak Cik Siti Ayu seorang janda beranak tiga anak dara yang mempunyai berbeza karakter. Resahnya semakin membukit tatkala melihat usia anak-anak dara sudah hampir mencecah akhir 20an. Si anak sulong, Siti Saleha berusia 29 tahun, seorang gadis yang cukup pandai bergaya. Sering berpenampilan menjolok mata. Pantang melihat lelaki karier-kaya-kumis. Sayang sekali buah hatinya yang mempunyai ciri-ciri 3K itu pula suami orang, pengurus tempatnya bekerja. Si anak kedua, Siti Nurbaya berusia 28 tahun mempunyai keperibadian berbeza sering tonjol dengan ala tomboy. Lalu bagaimana dia harus mendapat pendamping hidup? Si dara bungsu, Siti Raihana berusia 27 tahun berprofesion sebagai guru di sekolah rendah. Cukup santun, lembut gemalai kadangkala menggelabah tidak bertempat. Rimas dan geli-gelaman di saat guru duda kematian isteri yang mempunyai tubuh pendek, perut boroi dengan kepala depan separuh botak menggodanya. Tiga Siti yang saling berbagi cerita. Tiga Siti yang berbeza karakter. 3 Ibu bersama saling membantu. Meski tidak sekepala tetapi tidak kering gusi dibuatnya.

KEJORA DI LANGIT CINTA - ANIS AYUNI

KEJORA DI LANGIT CINTA - ANIS AYUNI
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU : BARU
STOK : ADA

NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahin Hakimi yang suatu ketika dahulu liar berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

SUNAN MUSAFIR - RAMLEE AWANG MURSHID

SUNAN MUSAFIR - RAMLEE AWANG MURSHID
HARGA BUKU : RM22.00
BUKU : BARU
STOK : ADA

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

BAGAIKAN PUTERI - RAMLEE AWANG MURSHID

BAGAIKAN PUTERI - RAMLEE AWANG MURSHID
HARGA BUKU : RM19.90
BUKU  : BARU
STOK : ADA

Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

PATRICIANS VS AURORA - HALIBAN

PATRICIANS VS AURORA - HALIBAN
TERBITAN : MUST READ
HARGA BUKU : RM16.90

 
AURORA

Gelak ketawa empat orang gadis memenuhi ruang kafe Kolej Inspirasi. Semua pelajar lama sudah lali dengan kelakuan empat gadis itu. Empat sekawan tersebut tidak pernah menghiraukan orang yang memandang dan memerhati mereka. Mereka tidak menghiraukan komen dan cakap-cakap para pelajar tentang apa yang mereka lakukan kerana mereka tahu mereka tidak membuat salah.

PATRICIANS

Di satu sudut bertentangan di dalam kafe itu pula terdapat empat orang pemuda. Mereka tidak kurang sama dengan keempat-empat orang gadis tadi. Mereka tidak mempedulikan orang sekeliling setiap kali membuat sesuatu, selagi mereka tidak menyusahkan orang lain. Namun segala pergerakan gadis berempat itu sentiasa diperhatikan supaya mereka mendapat peluang untuk mengenakan mereka.

Apabila Patricians bertemu Aurora;
“Kau memang patogen, Syafiq! This means war!” -Aurora
“Kami tunggu, alergen!” – Patricians Kesimpulannya
“Revenge is sweet. Do you guys know that?”

DAYANA DEBAB - SHAH BAKRI

DAYANA DEBAB - SHAH BAKRI
TERBITAN : MUST READ
HARGA BUKU : RM16.90

  
“Dayana Debab! Dayana Debab! Dayana Debab!” seperti anak itik mengekori langkah ibunya, seperti itulah sekumpulan lelaki menurut langkah Dayana dari belakang sambil mengejeknya yang baru sahaja berjalan keluar dari kelas.

“Awak ni, saya risaukan awak. Sudahlah tangki perut awak itu banyak ruang, boleh muat banyak coklat. Awak tidak risaukan badan awak yang asyik naik saja saya tengok. Ish, gerunlah saya! Saya takut, satu hari nanti badan awak tidak muat nak masuk kedai ini, tahu. Nanti tersekat di pintu,” dalam usikan Syafika, masih ada nilai keprihatinan sebagai seorang sahabat.

“Alah, saya makan coklat. Berkhasiat. Lagipun, saya juga jaga kesihatan. Saya minum air masak sahaja dan tidak minum air bergas. Saya juga makan makanan berkhasiat yang ada nutrisi. Cuma coklat ini saja sebagai…” Dayana meneruskan kunyahannya. Habis comot sekeliling bibir dengan cairan coklat.

“Saya tahulah. Itu pun sebab emak awak yang bertegas, bukan? Saya tahu perangai mak awak itu bagaimana. Mak awak itu bertanggungjawab, tegas dan berdisiplin. Kalau mak awak kongkong sedikit cara pemakanan awak, awak cakap dia buat macam di penjara pula. Keras betul hati awak. Padahal awak tidak tahu, apa yang mak awak buat itu ada banyak kebaikan, dia nak awak jaga badan sebab awak sendiri sudah tidak reti jaga badan awak,” panjang lebar Syafika berceramah dengan wajah seriusnya.

JUJUR AKU SETIA - EKA FAHARA

 JUJUR AKU SETIA - EKA FAHARA
HARGA BUKU : RM25.00
BUKU : BARU

PULANGNYA Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup. Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing.

Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta? Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati. Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

CURI-CURI SUKA - LIYANA ZAHIM

CURI-CURI SUKA - LIYANA ZAHIM
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

KAHWIN GANTI - ALFA BATRISYA

KAHWIN GANTI - ALFA BATRISYA
HARGA : RM21.00
BUKU : BARU
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

CAHAYA KASIH - KATHY TUAH

CAHAYA KASIH - KATHY TUAH
HARGA : RM22.00
BUKU : BARU

"Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.
"Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.
"Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh." Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.
"Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini." Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.
Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.
Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

SEINDAH SAKURA - LIZA ZAHIRA


SEINDAH SAKURA - LIZA ZAHIRA
HARGA : RM19.90
BUKU : BARU
STOK : 2

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...