Search This Blog

BILA HATI KATA SAYANG - MARISSA


Judul : BILA HATI KATA SAYANG
Penulis : MARISSA
Harga Buku : RM 18.00
Buku : Baru 


Aku Hanya Ingin Tahu Aku Sayang Padamu...

Sinopsis :

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
ehsan:KS

TINTA - NASRON SIRA RAHIM, SYUD, PINGU TOHA

TINTA - NASRON SIRA RAHIM, SYUD, PINGU TOHA


Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?

Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

“Sufiy.”

“Ya?”

“Nama saya Ameer.”

“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”


Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

ehsan:JS

566 HARI MENCARI CINTA - ILYA ABDULLAH



566 HARI MENCARI CINTA
HARGA BUKU : RM18.00
BUKU : BARU

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar. 
Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.
Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?
Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

ehsan : KN